Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Wednesday, October 1, 2014

rawatan untuk pasangan yang belum hamil

Assalamualaikum...hi everyone...
Ada tak yang dah lama kawen tapi belum dikurniakan anak? Sayalah tu...ok saya cerita sikit, saya dan suami kahwin pada 4 jun 2010...bermakna dah 4 tahun usia perkahwinan kami...dalam 4 thn ni macam2 produk dah kami cuba...dari yg cecair, yg serbuk, yg sapu termasuklah yang pil...namun Allah belum takdirkan untuk kami cahaya mata...bohonglah saya kata kalau saya tak sedih time period datang tiap2 bulan...bohonglah kalau saya tak jeles tgk sahabat2 dgn anak2 kecik...bohonglah kalau saya tak rasa sedih bila org tanya bila nak mengandung...eh takde anak lagi...saya berjanji pada diri saya xkan tanya soalan cepu emas ni pada kawan2 lain...rasa hati bagai disayat bila ada yg bertanya...eh moment sedih pulak...

Ok back to the topic...bagi yang senasib dengan saya, tolonglah dapatkan rawatan doktor...kita takkan tahu apa masalahnya selagi kita tak berjumpa dengan doktor...

1) Bila saya kena jumpa doktor setelah saya kawen?
Sekiranya dalam masa setahun anda belum mengandung, period anda ok tiap2 bulan...dan anda serumah dengan suami...ya masa ni anda dah boleh jumpa doktor sakit puan (lebih cepat dikesan masalah lebih baik) macam saya dah masuk tahun ke3 baru saya dapatkan rawatan...better late than never...boleh ambil supplemen kesuburan, tapi dalam masa yg sama dapatkan rawatan doktor supaya kita tahu apa masalahnya

Seelok2nya bawa suami untuk mendapatkan rawatan bersama...ceritakan pada doktor yang kalian dah kawen berapa tahun, dan sedang berusaha nak dapatkan anak...jangan berselindung bila doktor tanya awak ada ambil apa2 supplemen? Ya saya ambil set kesuburan shaklee contohnya.

Rawatan pertama, dlm perjumpaan pertama, doktor akan scan rahim kita menggunakan suatu alat...doctor akan sapukan gel pada perut kita dan akan scan perut aka rahim jika terdapat cyst, fibroid atau ketumbuhan...ni rutin pertama yang terpaksa kita lalui. Sekiranya ada, doktor akan membuat pemeriksaan lanjut...dalam perjumpaan pertama, doktor belum dapat kenal pasti masalah kenapa kita belum mengandung...hanya gambaran awal tentang kesihatan dalaman kita...dan biasanya doktor akan berikan temujanji berikutnya untuk proses seterusnya. Dan kita akan diberikan 1 set borang untuk diserahkan kpd unit xray


Perjumpaan kedua, sewaktu temujanji diberi...kita akan diminta untuk membuat ujian darah (isteri) untuk melihat hormon kita samada aktif atau sebaliknya manakala suami akan diminta untuk memberikan sampel sperma untuk dianalisa..keputusan boleh diterima dalam masa 2minggu...

Rawatan ketiga, apabila period, kita perlu maklumkan pada unit xray untuk temujanji yang berikutnya...biasanya pihak xray akan berikan tarikh 10 hari selepas tarikh period untuk rawatan HSG...ketika saya menaip ni, saya baru balik dari rawatan HSG di Hospital Sultan Ismail. Rawatan ini, doktor di bhgn xray akan memasukkan belon ke dalam rahim kita...(seriously agak tak selesa dan agak sakit waktu dia nak masukkan belon tu ke dalam rahim) tips jangan angkat punggung...makin sakit...tahan aje walaupun air mata dah nak keluar. Kemudian doktor akan masukkan cecair bewarna untuk lihat samada tiub falopio kita tersumbat atau bocor...keputusan filem xray akan keluar seminggu lps rawatan HSG dibuat...kesan yang saya rasa selepas belon tu dikeluarkan ialah loya, senak perut, rasa nak muntah, tak stabil...kesan mungkin berbeza bagi setiap individu...alhamdulillah tiub falopio saya takde masalah

Proses rawatan untuk pasangan yang belum hamil akan saya sambung dalam post yg akan datang memandangkan saya sendiri baru melalui proses ketiga. Kesimpulannya, dapatkan rawatan secepat mungkin. Suami isteri kena letak jauh2 sikap ego, sikap menyalahkan sesama sendiri, kita perlukan bantuan untuk hamil...kerana kita istimewa tak macam orang lain yang mudah urusannya untuk hamil

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search