Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Showing posts with label TIPS SUPAYA ANAK CEMERLANG. Show all posts
Showing posts with label TIPS SUPAYA ANAK CEMERLANG. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Wednesday, November 5, 2014

KEM-KEM CUTI SEKOLAH NOV/DIS 2014

Assalamualaikum...hi bloggers...
 Tak lama lagi cuti sekolah...apa perancangan ibuayah untuk anak2? Nak pergi bercuti? Belom tahu lagi? Apa kata hantar anak2 ke kem motivasi...sekurang2nya xlah masa cuti mereka terbuang begitu sahaja...di sini saya lampirkan beberapa kem cuti sekolah akan datang untuk rujukan ibuayah...

Thursday, October 2, 2014

aktiviti kanak2 yg murah dan bagus untuk minda

Terjumpa entry ini dalam facebook, so sengaja tepek kt blog untuk rujukan bila sya ada anak nanti...sangat menyeronokkan...pasti anak2 tak bosan...di samping menggunakan barangan yg murah...dan mesra pengguna





Seorang Ibu Menulis 13 Permainan Yang Kita Patut Tahu Jika Mahu Anak Pandai. #7 Sangat Simple


Kami amat menggemari post blog ini!

Seorang ibu, Puan Adlil Rajiah, menulis di dalam blognya 13 permainan yang ibu bapa patut tahu untuk menggalakkan perkembangan minda anak. Kebanyakan permainan yang diperkenalkan, adalah dari barangan harian – ia amat murah dan mudah untuk dilakukan! Tanpa menunggu lagi, sila baca penulisan beliau di bawah ini:
—————–
Aktiviti kanak-kanak yang murah & bagus untuk perkembangan minda!
Ok topik hari ni agak ke”mak-mak”an sikit. Orang bujang mesti boring baca. Tapi kalau bujang yang kuat berangan, boleh la baca sambil berangan anak ada kat sebelah. Scaryyyy~~ ;D
Ok sebenarnya since aku publish entry pasal Child Psychiatrist tu kan, ramai parents yang email aku dan share pengalaman masing-masing buat assessment dengan Child Psychiatrist. Rupanya ramai jugak parents yang dah pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist kan. Aku ingat aku sorang je. -___-

Thursday, October 24, 2013

TIPS PELAJAR CEMERLANG

DR FADZILAH KAMSAH
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
| Notes | Reblog |

Monday, June 3, 2013

TIPS SUPAYA ANAK CEMERLANG


Setiap anak-anak dilahirkan dengan memiliki keistimewaan tersendiri.  Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan anak menjadi insan cemerlang atau sebaliknya.
Anak-anak adalah aset paling berharga yang bakal mendoakan kebahagiaan ibu bapa sama ada masih hidup di dunia atau setelah meninggalkan dunia ini. Bahkan merekalah permata hati yang menyerikan kehidupan rumah tangga ibu bapa.
Memiliki anak-anak yang soleh umpama satu ganjaran yang bakal diterima oleh ibu bapa bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat jua.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak seperti mana yang dituntut oleh agama bukan mengikut kehendak sesuka hati. Menerapkan nilai-nilai dan didikan positif pada anak-anak perlu dimulakan sejak peringkat awal, iaitu sejak proses pertumbuhan janin.
Mulakan dengan amalan pemakanan yang halal, bersih dan berzat kerana ia mempengaruhi perkembangan dan tumbesaran anak-anak sama ada dari aspek fizikal dan akhlaknya. Banyakkan berdoa agar janin yang dikandung terbentuk menjadi bayi yang sihat dan cemerlang.
Selain dari itu hubungan ibu bapa juga menjadi faktor penentu pembentukan sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa ada role-model terbaik bagi anak-anak. Justeru itu, ibu bapa perlu menjaga kerukunan rumah tangga serta hubungan dengan ahli keluarga kedua belah keluarga.
Membentuk anak-anak cemerlang perlu dimulakan mengikut pelbagai tahap. Setiap tahap memerlukan pendekatan dan strategi yang berbeza-beza daripada ibu bapa.
Pada tahap pertama (bayi hingga usia tujuh tahun), ibu bapa harus menyayangi, bergurau senda dan mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak.
Pada tahap kedua (lapan hingga 14 tahun), ibu bapa perlu didik dengan penerapan nilai disiplin dan pemahaman tentang pengagihan tanggungjawab sama ada di rumah mahupun di sekolah.
Kemudian pada tahap ketiga (usia 15 hingga 21 tahun) elakkan daripada menggunakan kekerasan atau herdikan yang melampau. Ini kerana jiwa mereka mudah memberontak.
Manakala bagi usia 21 tahun ke atas, ibu bapa perlu memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk membuat keputusan sendiri. Namun, ibu bapa masih perlu memantau, menasihati dan berdoa agar anak-anak sentiasa mengikut landasan yang betul

Tip anak cemerlang
*Didik mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak.
*Kenal pasti kecenderungan dan minat anak-anak.
*Jana keyakinan dan ketabahan diri mereka.
*Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan seimbang.
*Isi waktu lapang anak-anak dengan aktiviti berfaedah.
*Beri anak-anak ruang berdialog bersama anda dalam situasi tenang dan ceria.
*Ambil berat kebajikan anak dan tunaikan hak-hak mereka mengikut tahap kemampuan ibu bapa.
*Beri galakan dan amaran ke arah sesuatu yang positif. Jika anak lakukan kesalahan, beri hukuman yang wajar dan tidak keterlaluan.
*Bermain dan bergurau dengan anak sambil memberi nasihat.
*Mengasuh anak melalui teguran dan nasihat.
*Didik anak berdasarkan pengalaman yang anda pernah lalui (positif atau negatif) atau pernah berlaku di sekeliling anda

(SUMBER MAJALAH PAMA)

Lagi tips yang berguna untuk kita semua akan saya kongsi dalam blog saya pada masa akan datang...


SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health Buddy

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search