Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Showing posts with label kisah saya. Show all posts
Showing posts with label kisah saya. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

LAWATAN KE KOTA TINGGI

Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Harap-harap sihat. Syukur kita masih menghirup udara yang percuma diberikan oleh Allah. Minggu lepas terasa sedih sebab tak dapat join family saya bercuti di terengganu...gara2 suami tak dapat cuti...huhuhu...

Sunday, January 24, 2016

YEAY ADIK BONGSU DAH KAWEN

Assalamualaikum...
hi bloggers...
semalam berlangsung majlis perkahwinan adik bongsu saya...majlis nikah n resepsi 1 hari...uniknya mereka dijodohkan oleh pasangan suami isteri kwn masing2...alhamdulillah dipermudahkan...diperkenalkan bulan 9@10 tiada bertunang terus nikah...betul2 cinta selepas nikah...

Yg happynya bila adik kawen dengan kapten dptla tgk pengantin jalan bwh pedang...mungkin skali seumur hidup kot pengalamn  ni...









*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit Syikin Hashim Pengedar Shaklee No 1 Anda 0197905220 (jwhatsapps only) COD BBU, Kempas, Larkin, JB, Singapore Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapore

Sunday, December 13, 2015

TIRAI 2015 HAMPIR DILABUHKAN



Assalamualaikum...
hi bloggers...rindunya nak menulis di blog ni...
malang tak berbau menyebabkan sy menyepi sekejap
alhamdulillah diberi kekuatan utk menulis lagi...

Sekejap je rasa kita dh sampai bulan disember...penutup tahun 2015...bagaimana hari2 anda dlm tahun ni? Mari kita muhasabah apa yang dah berlaku pada kita...muhasabah apa yang kita dah buat sepanjang tahun ini...
adakah memberi manfaat kepada orang lain...

Friday, November 6, 2015

JAMUAN KELAS 4ST 2015

Assalamualaikum...
hi bloggers...
malam tadi anak-anak 4ST buat jamuan kelas...yang bestnya saya guru kelas langsung tak terlibat dalam perancangan jamuan ni...semuanya diorg yg plan...cikgu2 dpt invitation melalui whatsapp...ada wakil pelajar yang pm cikgu2 yg mengajar kelas ni sorang2...

Thursday, October 15, 2015

JOIN KELAB BLOGGER JUTAWAN DAPAT HADIAH?

Assalamualaikum...
hi bloggers...dulu bila saya mula berblogging, saya lihat ada blog yg ahli kepada blogger ashari...macam best je ada kelab blogger macam ni...

Sehinggalah tahun ni apabila KELAB BLOGGER JUTAWAN ditubuhkan...dan kelab ni ekslusif...bukan calang-calang orang boleh masuk...ada syarat yang mesti dipatuhi...dan alhamdulillah saya terpilih masuk group yang EKSLUSIF ni...
Banyak ilmu blogging, tips2 dikongsi oleh otai2 blog...tak cukup secara teori, ada praktikal pula...ada kelas diadakan...dan kelas ada yuran yang sangat murah dikenakan...setiap kali datang kelas ada je ilmu baru...

Dan baru2 ni saya terpilih sebagai topten ahli kelab yang rajin update blog untuk bulan ogos/september...terkejut + bangga + bersyukur...siap diannounce dalam group lagi...ni yang buat makin bersemangat nak update blog...nilai harga beratus tau...bukan cikai2 hadiahnya...





*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit Syikin Hashim Pengedar Shaklee No 1 Anda 0197905220 (jwhatsapps only) COD BBU, Kempas, Larkin, JB, Singapore Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapore

Wednesday, September 9, 2015

HIDUP ADALAH SATU PENGEMBARAAN

Assalamualaikum...
hi bloggers...
Terkenangkan pengembaraan saya selama ini...dh 33 tahun hidup...sebab tadi saya dan kawan terpaksa berkursus di PPD JB...dia pun bagitau yang dia tak tahu jalan dan balasannya saya kata takpelah saya tunjukkan...dan dia mengaku yang dia memang penakut bawak kereta...dia hanya tahu jalan ke sekolah dari rumah...kin takpe, kin memang berani orangnya...

Beranikah saya? Ya saya lebih berani daripada dia...saya berani memandu ke mana-mana asalkan tempat tersebut ada dalam GPS...walaupun saya memandu seorang diri...

Wednesday, October 22, 2014

[Kisah saya dan shaklee]


Tengok semua orang share pasal kisah masing-masing membuatkan saya terpanggil untuk sharekan kisah saya pula...Kisah cinta saya kepada Shaklee bermula pada Disember 2012 diperkenalkan oleh kakak saya merangkap Mak Shaklee iaitu Kak Azreen Hashim set yang mula-mula saya cuba ialah SET KESUBURAN iaitu Vitalea, Vitamin E, GLA dan Zink...masa tu memang tak tanya banyak, ingatkan kakak saja nak suggestkan almaklumlah saya ngan suami dah hampir 3 tahun berkahwin dan kami belum dikurniakan anak...jadi ingat mungkin ade kawan dia cuba dan berjaya dia terus suggest pada kitorang...lagipun atas dasar percaya cakap doktor...cuba jelah...tak rugi pun mencubakan....lagipun elok juga untuk menyihatkan organ2 dalaman yang kita tak nampak...

Wednesday, September 3, 2014

saya salah seorang penerima APC tahun lepas?

Assalamualaikum...
Harini nak share gambar minggu lepas...bertempat di dewan conselor UTM Skudai...Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013...membariskan 680 penerima APC dari sekolah rendah, sekolah menengah daerah johor bahru...alhamdulillah...syukur walaupun buat biz shaklee, saya mampu menerima anugerah ini...moga menjadi pembakar semangat kepada yang lain...

Indahnya tahun 2013...menerima APC...title leader - supervisor dlm biz shaklee...moga terus gemilang



Friday, August 29, 2014

Raya dulu Raya Kini

Raya dulu-dulu (tahun lepas dan tahun sebelumnya) 

Mesti nak kena ada baju raya 4 pasang...cukup 4 hari...dengan tudung baru...dengan keronsang baru...handbag baru...kasut baru...berebut-rebut tukar duit raya (walaupun akhirnya duit raya guna untuk belanja harian sebab duit gaji dah habis)...makan juadah raya tak ingat2...saya suka makan juadah raya...saya takkan makan juadah raya selagi belum raya, sengaja nak menjaga kespesialan juadah raya...biasa kalau makan sampai perut sengkak dah kenyang macam ular sawa...selagi boleh makan...nak makan...

Raya kini...tahun ini
Baju kurung hanya sepasang...lagi 2 hanya blouse...ikutkan macam malas nak beli baju raya...tapi fikir kang raya kedua ketiga nak pakai baju apa...pergilah jugak cari baju...tudung mix n match (tukar imej raya ni...pakai shawl)...keronsang pakai yang mana ada...handbag n kasut pakai yang sedia ada...duit punn hanya tukar duit lama...bab makan juadah raya, saya mula telan PHYTOCOL (menghalang kolestrol), OMEGA GUAR ( membakar lemak), ALFAFA (detox), LECITHIN (membakar lemak) terasa badan sendiri akan stop bila badan sendiri dah kenyang...takla melantak macam tak makan 10 tahun...automatik tak
terasa nak makan banyak...dapatlah amalkan sunah nabi...berhenti sebelum kenyang...bukan tak mampu nak berbelanja mewah tetapi sengaja mengajar diri untuk bersederhana...dan bersyukur dengan apa  yang ada





Aidilfitri 2014

Assalamualaikum bloggers...
Walaupun aidilfitri dah habis beberapa hari yang lalu...malam ni nak share pasal raya saya tahun ni...
entah kenapa tahun ni rayanya kurang meriah...mungkin disebabkan banyak perkara yang berlaku menyebabkan rasa tak bape nak beraya...peristiwa kehilangan MH370...peristiwa terhempasnya MH17...Guru-guru Sejarah kena menanda PT3 time raya...semuanya membuatkan mood nak beraya hilang...

buat pertama kalinya, saya dan suami beraya secara sederhana...tiada handbag baru untuk raya...tiada sandal baru untuk raya...baju kurung raya hanya sepasang...dan 2 helai blouse...duit raya pun duit lama (kes lambat tukar di bank...hanya menukar duit dengan ustazah di sekolah atas sumbangan pelajar2 untuk TABUNG GAZA...

sederhana lebih baik daripada membazir







Saturday, May 24, 2014

dulu vs kini


DULU saya sangat lokek nak membelanjakan duit saya untuk membeli vitamin atau supplemen kesihatan, almaklumlah masih muda...kesedaran tentang kesihatan pun kurang...masih sihat...masih cergas...masih bertenaga...kulit pun takde masalah...so saya rase saya tak perlukan supplement

KINI setelah umur menginjak ke 30 series...saya dah mula rasa banyak penyakit yang mula nak menjalar dalam diri...ketumpatan tulang pun makin berkurang, tenaga tak secergas masa dulu, kulit pun mula menunjukkan ada kedutan...ada eyebag...rambut pun dah makin gugur...dah mula sakit sana sini ok saya sedar saya perlukan supplemen...pantang habis je supplement kat rumah cepat2 Restock baru...SAYA SAYANG DIRI SAYA...SAYA SAYANG KELUARGA SAYA...dan pilihan saya sekarang supplemen Shaklee,,,saya yakin saya telah membuat pilihan yang terbaik


-better late than never-

Monday, December 30, 2013

selamat menyambut tahun baru...

Tahun baru 2014 bakal menjelang...bagaimana tahun 2013 anda? bagi saya, saya sangat gembira pada tahun 2013, saya telah memilih suatu produk kesihatan yang terbaik...dan saya tak menyesal dibawa menceburkan diri dalam perniagaan ni oleh kakak saya...Dr Nurul Azreen...terus terang saya katakan sebelum ini saya tak penah dengar tentang shaklee sehinggalah kakak saya yang memperkenalkan kepada saya...dan saya berani mencuba salah satunya sebab kakak saya seorang doktor...dia lebih pakar tentang hal2 supplement ini...di penghujung tahun 2013 ini, saya berasa sangat bersyukur dan sangat berterima kasih kepada kakak saya kerana memperkenalkan suatu jenama yang TERBAIK, SELAMAT, SEMULAJADI  DAN TERBUKTI BERKESAN...
10 THUMBS UP FOR SHAKLEE
http://www.shaklee.com.my/img/content/Image175511566.jpg
Add caption

Thursday, December 19, 2013

PMR...PMR...PMR...

Assalamualaikum rakan-rakan blogers...
hari ni keputusan PMR diumumkan di sekolah...alhamdulillah keputusan yang agak membanggakan di sekolah saya. keseluruhan subjek meningkat daripada tahun lepas...

Di sekolah, saya adalah guru tingkatan bagi kelas yang hujung iaitu 3B4...tadi kebanyakan pelajar datang bersama dengan mak dan ada yang datang dengan kawan-kawan...ada seorang pelajar perempuan datang dengan ibunya, dan apabila melihat kepada keputusan anaknya, ternyata si ibu agak kecewa jelas pada wajahnya...(apa yang diharapkan oleh ibu pelajar ni, kemungkinan beliau kecewa kerana anaknya tak mendapat sebarang A)...tapi saya pujuk kembali, puan, result anak puan ni memanglah tidak sebagus pelajar-pelajar lain tapi result dia ni yang terbaik berbanding dengan result peperiksaannya sebelum ini...

ibu...ayah...
setiap anak ada potensi diri...tapi sekiranya anak telah mendapat keputusan yang lebih baik, berilah mereka galakan sekurang-kurangnya ucapan tahniah...jangan kerana anak-anak tidak mendapat seperti yang kita harapkan, tidak menjadi top scorer kita langsung tidak memberikan penghargaan kepada mereka. Sebentar tadi saya baru post di wall facebook saya berkenaan ucapan tahniah kepada anak-anak didik, tidak kira walau apapun keputusan yang diperolehi, bersyukur...CIKGU BANGGA DENGAN KALIAN...
percayalah, hanya dengan memberikan galakan dan kata-kata semangat sebegini terutama kepada pelajar yang sederhana dan lemah membuatkan anak-anak berasa sangat dihargai dan akan cuba menonjolkan potensi diri masing-masing. 

Tak lama selepas saya update post saya di facebook tadi, seorang pelajar dari kelas saya telah berhasrat nak beli OMEGA GUARD daripada saya...mula-mula saya ingatkan dia tanyakan untuk neneknya rupanya dia yang nak makan OMEGA GUARD tu untuk lebih fokus di kelas pada tahun hadapan.

Sunday, December 15, 2013

Luahan hatiku

Assalamualaikum...
Apa khabar rakan2 bloggers...
Semalam masa saya dan mak tonton tv drama siapa aku di hatimu di tv 1.
Ada satu scene si mak bercakap pada anaknya,
'mak tak sabar nak timang cucu'
Saja mengalihkan perhatian time scene tu...
Sememangnya sy takut kalau mak saya cakap mcm tu dgn saya...
Saya nak jawab apa? Belom sedia, jawapan dahlia lakonan anzalna...atau apa...

Kalau ditanya, siapalah yang kawen taknak anak..
Blom rezeki...Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambanya...
Masa dapat tahu adik yg kawen lebih lambat dr saya dh preggy, sy menangis teresak2...gembira mendengar khabar gembira tu tapi dalam masa yg sama rase sayu+sedih...

Setakat ni dah berurut...dah mkn mkanan untuk preggy yg kebanyakannya xsedap yaks...dah jumpa doktor...namun belom lagi berhasil...blom cukup usaha agaknya...

Sekarang, saya seboleh mungkin taknak bertanya pasal anak atau baby kepada kawan2 atau sepupu yang senasib dgn saya...isu ni sensitif bg yg senasib dgn saya...takut sangat akan mengecilkan hati sesapa yg berkenaan...yang mana tahu disebabkan kecik hati, doa saya belum Allah makbulkan. Dan saya juga mewakili kawan2 dan saudara saya yg senasib belum memiliki anak sangat berharap, janganlah org keliling selalu bertanya eh blom ada anak lagi...ataupun kau ni bila nak mengandung...si polan si polan kawin lambat dari kau, dah mengandung, kau ni lambat betul...bla bla bla...kata2 ni sangat mengguris hati kami...tolonglah kami...jangan siksa perasaan kami dgn kata2 ni...apa kata doakan kami moga cepat dikurniakan anak, itukan lebih baek daripada mengutuk kami...

Jodoh, hidup mati, rezeki, anak itukan rahsia Allah...tapi saya takkan putus asa.tentu ada hikmahnya saya menjadi isteri terpilih yg belum bergelar ibu

Skrg ni, sy bertekad nak disiplin ambil set kesuburan shaklee...kita cantikkan dan sihatkan dalaman kita...sekiranya berjaya dgn izin allah, saya nak bantu mereka yg senasib dgn saya dan suami...Ya Allah permudahkanlah urusan kami

Thursday, September 19, 2013

kisah sedih melanda diriku...

salam...
baru-baru ni sewaktu saya berada di rumah saya di JB, saya dikejutkan dengan perkhabaran yang tak pernah saya jangkakan...suami wa...datang hospital khoo teck phuat di Yishun...i got into accident...berderau darah...tak tahu nak buat apa...cepat2 solat magrib...terus drive kete untuk masuk singapore...set2 gps takde plak hospital tu...serious memang rase blurr...macamana ni...

memang tekad...tak kiralah macamana nak pegi hospital tu, dah sampai kang baru fikir...masa tu tuhan je yang tahu betapa berdebarnya saya...air mata bercucuran dari masuk kereta sampailah masuk di kastam singapore...mase tu kepala memang ingat yang negatif je...tapi mulut asyik kata in sya allah dia tak apa2...otak dan mulut dah tak sehala...bila hampir masuk ke kastam, abah mertua call, dia kata dah tau ke? tadi abah sempat naek ambulans sama2 dengan Jas (nama suami) lagilah makin laju air mata bercucuran...

rasa belum cukup berkhidmat kepada suami...rase banyak lagi belum buat bersama...belum ada anak dengannya...masih banyak cacat cela...ya allah bagilah peluang untuk saya berkhidmat kepadanya...untuk saya terus menyayanginya...

bila sampai di rumah mak mertua, mak terus tahan teksi untuk ke hospital tu...sesampai di hospital, abah tunjuk box dan helmet abang...dah ingat box tercampak ke...apalah keadaannya abang...bila dibenarkan melawat abang, memag terus peluk abang...dah tak malu dengan mak abah bila saya menangis sekali lagi macam anak kecik...memang saya takut saya akan kehilangannya...dan memang kesian tengok keadaannya banyak luka sana sini...tangan kanannya berbalut...patah...ya allah syukurla dia tak apa2...saya tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi pada saya sekiranya dia tiada...sesungguhnya betullah orang kata masa dia ada, kita kurang hargai...tapi bila dia tiada kita tercari-cari...

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search