Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Showing posts with label Tips bercuti. Show all posts
Showing posts with label Tips bercuti. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

LAWATAN KE KOTA TINGGI

Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Harap-harap sihat. Syukur kita masih menghirup udara yang percuma diberikan oleh Allah. Minggu lepas terasa sedih sebab tak dapat join family saya bercuti di terengganu...gara2 suami tak dapat cuti...huhuhu...

Monday, August 31, 2015

7 LOKASI WAJIB PERGI PADA WAKTU MALAM DI JB



                                              











Assalamualaikum...
hi bloggers...lambat pulak bersiaran harini...
ada yang bertanya kat mana saya boleh pergi waktu malam di JB?
almaklumlah kadang-kadang masing-masing ada kursus ke... melawat sedara ke...
di sini saya nak kongsikan 7 lokasi wajib pergi pada waktu malam di JB...
Memang happening lah...

1) BAZAR KARAT @ BAZAR JB

terletak sepanjang Jalan Sg. Segget berdekatan dengan Galeria Kotaraya...
kira macam uptown...
jual macam2...sebut je nak cari apa...
dari baju, seluar, shawl, alat elektonik, mainan kanak-kanak, viper, stoking, binatang peliharaan, jam tangan...pendek kata macam-macam ada...
ada yang barangan baru...ada yang barangan second
ada yang tiruan, ada yang original
dan yang paling best boleh tawar menawar...
dibuka setiap malam, dari pukul 6 petang hingga 2 pagi...

gambar: cik Google

2) PASAR BORONG PANDAN

Friday, April 3, 2015

KERANG SAMBAL SINCE 1986

Assalamualaikum...
hai bloggers...harini kebetulan saya dan suami cuti sama...susah nak dapat cuti sama...almaklumlah cuti JB dan Singapore tak sama...jadi kesempatan cuti ni kami pun balik kampung saya di Senggarang, Batu Pahat. Cuti sehari kami habiskaj di kampung...seronok rasanya dah lama tak balik.

Tiba-tiba mak tanya ko pernah g KLCC? Aku cakap tak pernah, suami pulak kata pernah...KLCC mana ni? Bukan KLCC kat KL ke? Mak kata bukan, ni KLCC dekat Rengit...wah apa plak tempat KLCC ni...khabarnya kat situ ada jual macam2 barang2 org Singapore kira barang second yang masih boleh guna lagi...memamng macam2 ada, ada barangan eletrik (mesin basuh, fridge, periuk nasi, microwave,, dryer baju, , vacuum, iron stim, kipas) barangan baby (stroller, katil baby, mainan baby, walker, buaian, car seat, meja makan baby)...perabot (sofa, kabinet, meja makan, almari) ni baru sebahagian barangan yang ada kat situ...memang mabuklah tengok  macam2 barang...lokasi KLCC ni berdekatan dengan MEdan niaga Rengit...ada bangunan batu dan bangunan kayu...cakap je nak barang apa, insya allah ada...harga boleh dirunding...memang sesuai untuk pengantin baru yang baru nak mulakan kehidupan...atau untuk yg duduk rumah sewa...

Wednesday, March 25, 2015

8 MAKANAN WAJIB CUBA DI JOHOR BHARU













Assalamualaikum...
hi bloggers...terasa lama tak post di blog ni...saya ni seorang yang suka makan...bila ada kawan2 yang bertanya apa yang special mesti cuba kat JB ni...so harini saya nak kongsikan 8 makanan yang wajib cuba di Johor Bharu. JB memang syurga makanan, jadi tak susah nak makan yg sedap di JB ni...

1) Kacang Pool

tau ke apa tu kacang pool? 1 mangkuk kacang kuda (rasanya) ada bawang dan cili merah yg dipotong tambah sebiji telur goreng dicicah dengan roti bakar...memang rugila sape yg tak cuba...yg popular kacang pool Haji...kalau di JB ada cawangan di medan selera MARA sebelah stesen bomba Larkin lagi satu betul2 di hadapan stesen bas Larkin (Plaza Larkin) semangkuk RM5 je...hanya ada di Batu Pahat dan JB...makanan yang WAJIB cuba di Johor Bharu

Wednesday, March 18, 2015

MENAIKI KERETAPI DARI SEREMBAN KE JOHOR BHARU

Assalamualaikum...
hi bloggers...sebelum selalu cakap pada cik hb nak try naik keretapi dari seremban ke johor bharu...terasa dah lama x naik keretapi untuk perjalanan jauh...nostalgia betul...tadi saya berkesempatan naik keretapi dari Seremban ke Johor Bharu...bukan hanya saya seorang, anak saudara dan mak saya sekali...seronok betul...

Sunday, December 21, 2014

10 TIPS APABILA ANDA INGIN KE BANDUNG

Assalamualaikum...
hi bloggers...
maaf lama tak bersiaran... baru-baru ni saya, suami, ibu dan bapa mertua berkesempatan ke Bandung...memang agak seronok bagi kami yang tak pernah pergi ke Bandung...dapat bercuti memang seronok...kami ambil khidmat Erwin Travel Agency...jadi kos pergi termasuk tiket, hotel, agen, makan...lebih kurang RM5000 untuk 4 orang...ok tips apabila anda ingin ke Bandung...






Saturday, November 8, 2014

TEMPAT SARAPAN POPULAR DI JB

Assalamualaikum...
Hi bloggers...
Harini saya nak sharekan tempat sarapan popular di JB...khas untuk org JB atau org luar JB yang datang berkunjung ke JB...orang Singapore pun rajin datang makan sini

Sunday, October 26, 2014

TRIP KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE KALI KEDUA

Assalamualaikum...
Hi bloggers...
Penuh aktiviti saya dan suami semalam...kaki kami dah lenguh sangat tapi kami enjoy sangat...seronok...

Harini kami pergi ke USS dari pagi USS baru bukak sampai USS tutup...kami pergi dengan menaiki bas.

Friday, October 17, 2014

MENAIKI BAS DARI JB KE USS?

Assalamualaikum...
Hi bloggers...

Harini saya nak sharekan tentang menaiki bas dari jb ke USS (Universal Studio Singapore)...sebelum ni, saya dan suami pernah bawa keluarga makcik ke USS dengan menaiki kereta...leceh skit dengan jammed, duit toll, minyak, duit parking,...

So kalini saya nk share dengan menaiki bas pula...bagi yang memang nak pergi USS semata2, boleh cuba tips ni...saya gunakan khidmat Rajawali Travel Agency...pejabatnya di Larkin, lorong di belakang Restoran Mat Misai dan berdepan dengan SMK St Joseph (B).
 

Beli tiket di sini. Pakej USS Dewasa RM190, Kanak-kanak RM150. Harga tu termasuk tiket masuk, tambang bas, dapat $5 utk makan (boleh share) dan {$5 untuk shopping (dengan pembelian 1 resit $35)}...pakej ni agak murah berbanding kalau kita berkerta ke USS sendiri...

Friday, September 19, 2014

5 Tempat Menarik Yang Wajib Dilawati di Singapura

Assalamualikum...hi everyone
Semalam saya dah kongsikan post pertama kali masuk singapura. Harini saya nak kongsikan beberapa tempat yang wajib dilawati di Singapura. Senang kata tempat2 yang percuma, tiada caj untuk masuk...orang putih kata absolutely free...

1) MERLION
memang sape yg pergi Singapore tapi tak sampai sini memang tak sahla...memang tak lengkap...kalau tak gi tengok singa kuar air dari mulutnya tak henti-henti hahaha...kepalanya singa, sebahagian bawah badannya ikan...ada 2, 1 besar (maknya) 1 lg kecik (anaknya) dua2 mengeluarkan air dari mulut. Mercu tanda Singapura



2) ESPLANADE
Berdekatan dengan Merlion, ada bangunan yang macam durian tu namanya ESPLANADE. Kira kat tempat kita macam Istana Budaya. Kat sini dipertontonkan teater, seni, nyanyian...Kalau setakat nak tinjau2 kawasan Esplanade tak kena bayar tapi kalau nak masuk tengok teater kenala bayar tiket ye...
Sedang berjalan ke Merlion



Jadi pemandu pelancong kpd kawan2

3) MARINA BAY SAND
Bangunan yang macam kapal ni adalah hotel...kat bawah adalah shopping complex. Setakat nak bergambar, dari Merlion pun boleh nampak tapi kalau nak pergi kenalah naik kereta. Bila lihat bangunan ni memang kagumlah dengan senibina Singapura




4) MASJID SULTAN
Terletak di Arab Street, masjid pertama di Singapura. Kawasan Arab Street ni memang kira kawasan orang melayu. Nak makan pun senang. Nak beli souvenir dari Singapore, kat sini boleh beli...keychain, fridge magnet, tshirt, topi apa2 yang ada tulis Singapore ada kat sini


Sekali lagi menjadi pemandu pelancong kepada Nenek Shaklee



5) TAMAN WARISAN MELAYU
Berdepan je dengan Masjid Sultan adalah Taman Warisan Melayu. Dulu ia adalah istana tapi sekarang dah jadi muzium. Nak bergambar di luar boleh je...tapi kalau nak masuk kena bayar. Dalamnya diceritakan asal-usul orang Melayu di  Singapura...serba serbi tentang kebudayaan Singapura

ok cukuplah 5 Tempat-tempat Menarik Yang Wajib Dilawati di Singapura dulu. Walaupun 5 tapi disebabkan berdekatan jadi sebenarnya kalau sehari boleh habis 5 tempat ni...Lain kali saya kongsi lagi pasal tempat lain atau makanan yang mesti cuba di Singapura

Thursday, September 18, 2014

Pertama kali masuk Singapura

Assalamualaikum, hi everybody...

Memandangkan sekarang ni masih cuti sekolah, ramai yang berura-ura nak masuk ke Singapura.Tapi takut nak masuk sebab tak tahu prosedur. Ok entry harini saya akan kongsi tentang pertama kali masuk ke Singapura. Memandangkan suami saya Penduduk Tetap Singapura dan dia bekerja di sana, memang kerap kali saya masuk Singapura. Jadi saya akan kongsikan apa yang perlu dibuat, ke mana harus pergi, bagaimana kalau berkereta, berapa banyak yang perlu ada dalam tangan sekurang-kurangnya...

Kelengkapan yang mesti ada untuk yang pertama kali masuk Singapore...
1) kad touch n go/kad plusmile (baki sekurang2nya RM17)
2) pasport yang belum mati...6 bulan sblm tarikh pasport mati dah tak boleh ke luar negara...
3) kad putih
4) insurans kereta (prepared je, kalau diminta)
5) duit singapore sekurang-kurangnya $100 (ni kalau tak nak shopping) tukaran biasa $1=RM2.50
6) kad autopass (kena beli)

Ok, itu kelengkapan yg mesti ada. Kalau nk shopping, maybe lebih skitla budgetnya...

Jika berkereta

Bila sampai di kastam JB, standby semua pasport penumpang  termasuklah pasport baby...pegawai kastam akan scan pasport kita, bila selesai...leretkan kad touch n go (caj baru RM6.80). Teruskan perjalanan...kalau tak bernasib baik, mungkin traffic jammed dari kastam JB ke kastam Spore...ikut je flow...

Sumber Google


Bila tiba di atas tambak, atau biasanya kita panggil causeway...maintain di sebelah PALING KIRI...hati2 dengan penunggang motor yang laju di sebelah kiri...lorong kereta yang paling banyak...ada 5 lorong kereta...ambil yang paling kiri (BERPAGAR) atau lorong yg kedua kiri...jangan ambil lorong lain takut sukar nak ke pejabat kastam Spore.

Setibanya di Kastam Singapore, bagitau kepada pegawai first time datang ke Singapore. Serahkan pasport n kad putih kepada pegawai (kalau takde kad putih minta dengan pegawai tu) dia akan mengoyakkan sebahagian kad putih dan sebahagian lagi ditinggalkan dalam passport...saya biasa memang minta lebih,

 dan terus ke pejabat tak jauh dari tempat check pasport tu, parking kereta dan masuk dalam. Kat situ nanti kena beli KAD AUTOPASS (Pasport untuk kereta keluar dan masuk di kastam Singapore sahaja) Kad Autopass $20.

Tunjukkan insurans kereta jika diminta. Bila dah selesai, kembali ke kereta, dan teruskan perjalanan untuk ke second checkpoint, dari pejabat tu kena himpit ke kanan, lorong berlabel hijau untuk check bonet kereta...Selesai check bonet kereta, anda dah selesai urusan di kastam. Welcome to Singapore.

Bila nak keluar dari kastam Spore, serahkan pasport bersama dengan sebahagian kad putih, masukkan kad autopass dalam slot mesin yang disediakan. Sekali caj $1.20. Manakala di kastam JB, ulangi proses serahkan pasport dan leretkan kad Touch n Go (caj Rm9.70) dan urusan selesai. Selamat Datang ke Johor Bharu

Sumber Google


Semoga tips pertama kali masuk Singapura ni membantu anda sekeluarga bercuti di Kota Singa


Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search