Hai semua...cerah cuaca harini...tempat anda macamna? Cuaca memang cerah tapi hati saya yang tak cerah...la kenapa? Saya belum tukar kad maybank...
Sebelum ni saya tukar kad bank islam di kaunter...oklah tak ramai terus buat akaun internet...pagi tadi saya masukkan cek etiqa bagi kepada suami saya di maybank...ingat nak terus tukar kad...sekali bapakla ramainya orang tengah beratur nak ambik nombor bagi urusan tukar kad...saya pun beratur jugak...sempatla berborak dengan orang depan, kenapa maybank tak hantar terus kad kita ke rumah macam dia hantar kad kredit...kan senang tak perlulah kita semua beratur memenuhkan bank sampai takde lantai nak pijak...org depan hanya senyum...
Tak boleh jadi macam ni...pukul berapa nak tercongok kat sini...di rumah banyak kerja menanti...terus capai hp...search tukar kad maybank...ada 1 blog kata boleh tukar via m2u...la boleh rupanya tukar via m2u...apa lagi saya terus tinggalkan barisan balik rumah je tukar kad...
Tapi kena cepat tau harini dah 15hb. Maybank sampai 18hb je. Dalam blog saya harini saya nak sharekan step by step macamana nak tukar kad maybank menggunakan maybank2u.
1. Ok, mula-mula log in di www.maybank2u.com.my
2. Masukkan id dan password
3. Setelah dah masuk, pilih card management
4. Seterusnya pilih ATM/debit card
5. Pilih Replace card
6. Isikan detail ke mana kita nak kad kita dihantar
7. Request no TAC
8. Masukkan no TAC yang dihantar melalui SMS di ruang yang disediakan
9. Click confirm
10. Selesai. Kad akan dihantar ke alamat lagi 21 hari
Uish senang betul...selain guna maybank2u, boleh tukar kad di branch (memang tak dicadangkan kecuali awak memang ada masa banyak sangat untuk menunggu) atau di kiosk maybank yang terpilih.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit Syikin Hashim Pengedar Shaklee No 1 Anda 0197905220 (jwhatsapps only) COD BBU, Kempas, Larkin, JB, Singapore Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapore
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini