Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Monday, September 28, 2015

CUTI PERSEKOLAHAN KERANA JEREBU

Assalamualaikum
hi bloggers...
harini heboh dalam group wassap...group telegram...
berkenaan cuti persekolahan di Johor dan Melaka pada hari besok Selasa (29 september 2015)...memang confirm cuti besok ye...jangan bersangka2...betul ke...betul ke...

Saturday, September 26, 2015

FAKTA TENTANG AIR



Assalamualaikum...
hi bloggers...
lamanya terasa tak update blog saya ni...almaklumlah cuti hari raya...kita pun cutilah hehe

harini saya nak kongsi tentang fakta air...


takut kan fakta ni...itu baru setitis, kalau segelas...kalau sebotol...dan sumber air kita sekarang pun dah tercemar...takut pulak air yang tercemar ni masuk dalam badan kita...

Sunday, September 20, 2015

KORBAN PERTAMA

Assalamualaikum...
hi everybody...
yeay hari ahad, hari sirah nabi...sebelum ni saya dah kongsikan tentang korban abdullah...kira lanjutan daripada cerita sebelum ni tentang korban tak jadi...kenalah dengan kita yang dah nak raya ni...

Sebelum ni saya hanya tahu kisah nabi ismail nak dikorbankan tapi tak tahu detail ceritanya...pagi tadi terdengar dalam radio ikim tentang kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Saturday, September 19, 2015

6 TIPS MENGELAKKAN ANAK DICULIK

Assalamualaikum...
hi bloggers...
pagi ni tadi tertonton rancangan nasi lemak kopi o di tv9,
topik tentang penculikan kanak-kanak...
sekarang ni hampir tiap hari kita dikejutkan dengan berita penculikan kanak-kanak...

Walaupun saya tiada anak, tapi saya rasa tips yang diberi oleh wakil polis tadi sangat berguna buat ibu bapa...kita tak mahu anak kita diculik...kita tak mahu anak jiran kita diculik...kita tak mahu sesapa diculik...

Tips ialah...
1) ajar anak-anak supaya gigit tangan orang yang tak dikenali (yang mengancam) jangan sebarangan gigit orang lain...

2) suruh anak jerit kalau ada penculik yang cuba menculik

3) jika anak-anak kita tengah menunggang basikal, biarkan anak tu pegang basikal tu bagi melengah-lengahkan penculik...kan susah penculik nak angkut dengan basikal sekali

4) ajar anak supaya jalan secara berkumpulan

5) ibubapa sila telefon no ni untuk memaklumkan kepada polis jika  ternampak orang yg mencurigakan 03-22663333

6) jika diancam pisau, bagi je apa yang dia mahu...tarik nafas dalam-dalam, gunakan otak untuk berfikir tindakan seterusnya

Thursday, September 17, 2015

TIPS KREATIF DEKO KAISON

Assalamualaikum...
hi bloggers...
nak kongsi lagi gambar-gambar rumah kawan yang sangat kreatif...siapa sangka wallpaper kaison boleh buat macam-macam


SENI DECO MENDECO RUMAH

Assalamualaikum...
hi bloggers...
harini dalam group wa, masing-masing share tentang seni deco mendeco rumah masing-masing...teruja tengok...kreatif dan inovatif rupanya kawan-kawan wanitaku...lawa-lawa belaka...yang bestnya kebanyakannya adalah barangan ikea dan kaison...bolehlah kumpul idea untuk mendeco rumah nanti...



Wednesday, September 16, 2015

KAEDAH WUDUK PESAKIT DENGAN BANTUAN INDIVIDU

Assalamualaikum...
hi bloggers...sambungan daripada post semalam tentang panduan-solat-pesakit 

Harini saya nak kongsi tentang kaedah wuduk pesakit dengan bantuan individu...penting untuk yang menemankan pesakit tahu hal ni...

Bolehkah pesakit mengambil wuduk dengan cara mengelap menggunakan tuala yang basah?
Sebelum ni saya ingat boleh...rupanya salah...TIDAK SAH, kerana wudhu hendaklah menggunakan air yang mengalir. Sebaik-baiknya guna spray air

Bagi pesakit yang tak mampu berwudhu sendiri perlulah mendapat bantuan 

Daripada waris (keluarga atau mahram yang haram dikahwini)
a) ibubapa
b) adik beradik
c) anak
d) individu lain yang tidak membatalkan wudhu

Daripada waris yang bukan mahram (yang boleh dikahwini) perlulah menggunakan sarung tangan getah ketika membantu pesakit
a) isteri
b) suami
c) individu lain

Tuesday, September 15, 2015

PANDUAN SOLAT PESAKIT

Assalamualaikum...
hi bloggers...semasa menjaga suami di hospital, saya terjumpa pamplet tentang panduan solat buat pesakit...solat itu fardhu wajib dikerjakan walaupun sakit...sangat bermanfaat untuk dikongsi...

Panduan berwudhuk untuk pesakit


1) Basuh muka beserta niat wudhu', semua bahagian muka diratai air. Balutan di muka yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya

2) Basuh kedua tangan hingga ke siku. Balutan di tangan yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya

3) sapu air di kepala. Balutan di keseluruhan kepala yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya

4) basuh kedua kaki hingga meliputi 2 buku lali, balutan di kaki yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya

Monday, September 14, 2015

SEMUT OH SEMUT



Assalamualaikum...
hi bloggers, sebelum tidur teringat saya akan kisah semut yang saya dengar semasa dalam perjalanan ke hospital...semut...tentu istimewa serangga ini sehinggakan terdapat surah semut (alnamlu) dalam alquran...

Pelbagai pengajaran yang dapat kita contohi daripada serangga kecil ini...semut sinonim dengan rajin, berdedikasi, disiplin, beringat ketika senang (biasanya mereka akan kutip makanan dan simpan untuk kehidupan akan datang) hidup dalam kumpulan, seolah bersalaman apabila berjumpa...

Sedikit info yang dapat saya ambil tentang semut.

Taukah Anda semut merupakan makhluk hidup dengan populasi terpadat di dunia? Bisa dibayangkan, perbandingan untuk setiap 700 juta semut yang akan hidup ke dunia, hanyalah sekitar 40 kelahiran manusia saja. Dan masih banyak lagi informasi mengenai makhluk kecil ini yang akan kita bahas pada tulisan ini.

Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Semut hidup secara ber
kelompok atau "berkoloni" seperti halnya sebuah masyarakat yang tersusun dalam berkehidupan dengan jirannya, yang memiliki peradaban seperti halnya manusia. 

Sebagai makhluk sosial, semut dibagi menjadi semut pekerja, semut pejantan, dan juga ratu semut. Setiap koloni semut terkadang terdiri dari ribuan semut, satu koloni semut dapat menguasai dan memakai sebuah daerah luas untuk mendukung kegiatan mereka. Koloni semut kadangkala disebut superorganisme kerana koloni-koloni mereka yang membentuk sebuah kesatuan.

Meskipun ukuran tubuhnya yang relatif sangat kecil, semut adalah haiwan terkuat 


Sunday, September 13, 2015

JOM BELAJAR KETURUNAN RASULULLAH (PART 2)

Assalamualaikum...
hi bloggers...
mungkin ada yang tertunggu sambungan slot sirah nabi...
memang hari Ahad adalah hari sirah...

Sudah menjadi kebanggaan masyarakat Arab mempunyai anak lelaki yang ramai.

Ketika itu Abdul Mutalib hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Al-Harith, Abdul Mutalib kemudiaannya bernazar untuk mengorbankan seorang anak lelaki jika Tuhan memberinya 10 orang anak lelaki. Dengan kuasa Allah, Abdul Mutalib dikurniakan 10 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan.

Abdul Mutalib pergi ke kaabah untuk mencabut nama anak yang perlu dikorbankan. 3 kali undi dicabut & 3 kali nama Abdullah terpilih. Abdul Mutalib berasa sangat sedih dan risau kerana Abdullah adalah anak yang paling disayanginya.

Abdul Mutalib telah berjumpa dengan ahli sihir wanita dan akhirnya mengorbankan 100 ekor unta sebagai tebusan agar Abdullah tak dikorbankan.

Maka, Nabi Muhammad adalah hasil 2 korban yang tak menjadi yakni korban Nabi Ismail dan Abdullah


Friday, September 11, 2015

MAKANAN : MURTABAK DAGING CHEESE JUMBO

Assalamualaikum...
hi bloggers...
tadi berkesempatan pekena murtabak daging cheese jumbo...makan-makan-murtabak-majid-special
first time rasa yang saiz triple ni...makan pulak 2 orang je...memang berpeluh gak nak habiskan...3x daging, 3x cheese, 3x telur, 3x saiz murtabak cheese biasa...


Thursday, September 10, 2015

RAHSIA TULISAN

Assalamualaikum...
hi bloggers
Jom kita kenali rahsia tulisan, yang baik kita kekalkan, yang tak baik kita baiki...

Tekanan


✏i. Tekanan yang kuat✏

-Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
-Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

Wednesday, September 9, 2015

MAKANAN PILIHAN SAYA DI PLAZA ANGSANA JB

Assalamualaikum...
hi bloggers...
pernah pergi bershopping di Plaza Angsana JB tak? Bila dah bershopping terasa lapar pulak...memang macam-macam ada kat sini...boleh kata syurga makanan lah...yang popular yang tak popular...

HIDUP ADALAH SATU PENGEMBARAAN

Assalamualaikum...
hi bloggers...
Terkenangkan pengembaraan saya selama ini...dh 33 tahun hidup...sebab tadi saya dan kawan terpaksa berkursus di PPD JB...dia pun bagitau yang dia tak tahu jalan dan balasannya saya kata takpelah saya tunjukkan...dan dia mengaku yang dia memang penakut bawak kereta...dia hanya tahu jalan ke sekolah dari rumah...kin takpe, kin memang berani orangnya...

Beranikah saya? Ya saya lebih berani daripada dia...saya berani memandu ke mana-mana asalkan tempat tersebut ada dalam GPS...walaupun saya memandu seorang diri...

Sunday, September 6, 2015

JOM BELAJAR KETURUNAN RASULULLAH [part 1]

Assalamualaikum...
Mari kita kenali siapa Nabi Muhammad SAW?
Makin kita kenali baginda, moga makin sayang kita kepada baginda
Allahumma soli alaihi wasalam

Muhammad Ibn Abdullah Ibn Abdul Muttalib Ibn Hasyim Ibn Abd Manaf Ibn Qusayy Ibn Kilaab Ibn Murrah.
Moyang nabi, Hasyim berkahwin dengan seorang wanita madinah dan dikurniakan seorang anak, iaitu 
Shayba (Abdul Muttalib).[Shayba bermaksud bayi yg ada uban]. Hasyim kemudiannya meninggal di 
Gaza. Shayba dijaga oleh ibunya di madinah.

Muttalib, iaitu saudara lelaki Hasyim pergi ke madinah untuk berniaga. Beliau ternampak Shayba dan 
merasakan paras rupa Shayba seperti orang Mekah.Setelah diselidik barulah Muttalib tahu Shayba 
adalah anak saudaranya. Dia pun membawa Shayba pulang ke Mekah.

Disebabkan takut tersebarnya berita bahawa Hasyim mempunyai anak di Madinah, Muttalib 
kemudiannya mengaku bahawa Shayba adalah hambanya.
Disebabkan itu, Shayba yakni datuk nabi digelar Abdul Muttalib (Hamba Muttalib).

To be continued....

Saturday, September 5, 2015

3 CARA MENYIMPAN DUIT WALAUPUN ANDA BEKERJA



Assalamualaikum...
Hi bloggers...
Harini saya nak kongsikan cara saya dan suami menyimpan duit walaupun kami masih bekerja...

Cara 1 Duit Syiling

 

Saya dan suami memang tak suka simpan duit syiling banyak-banyak dalam dompet sebab berat, koyak dompet. Jadi apa yang kami buat, setiap kali balik dari kerja saya dan suami akan keluarkan duit syiling dalam poket atau dalam dompet dan dimasukkan dalam tabung duit syiling. Suami saya yang selalu menyumbang duit syiling dalam tabung duit syiling kami, bila penuh duit tu kami akan tukarkan di bank atau kedai runcit tips-menyimpan-duit-tabung-syiling-di.html

KELAS BLOG ASAS #3 DI FAIZWORLD TRAINING CENTRE BANGI

Assalamualaikum...
hi bloggers, harini rasa bertuah sebab dapat menyertai kelas blog anjuran Failand Centre Bangi...
terasa sangat bertuah sebab seat limited...hanya 30 orang yang boleh join...
dan lebih bertuah sebab cik hb nak temankan saya ke kelas ni...
bertuahnya saya...

Malam tadi kami baru sampai di Muar dan pagi ni bergegas ke ke Faizworld Training Centre...mujurlah jalan lancar dan tak jem pagi ni...dan kami sampai dah pukul 9.30 dan tengah sesi taaruf...memang rase energetic nak join kelas ni...terasa banyak lagi ilmu blog yang saya kena explore...

Dan special nya kelas ni hanya untuk SID Shaklee di bawah keluarga Jutawan. Dan kami semua automatik masuk Kelab Bloggger Jutawan Shaklee di FB Group...Best ke best?


KENAPA KITA PERLU AMBIL SUPPLEMENT?


Assalamualaikum...
hi bloggers, harini saya nak cuba masukkan video dalam blog saya...
dan terjumpa video ni...

enjoy viewing it

Friday, September 4, 2015

JANGAN BERDUSTA DENGAN NAMA RASULULLAH

Assalamualaikum...
hi bloggers...
kebelakangan ni banyak sangat hadis yang dishare di media sosial...entahkan hadis tu betul entahkan hadis tu dhaif dari segi perawinya...lagipun akhir2 zaman ni fitnah berleluasa sehingga ada yang sanggup menggunakan hadis nabi untuk melepaskan diri...dulu di sekolah ambil Al-quran dan Assunnah, sayangnya hanya di peringkat tingkatan 4 dan 5 dan tak disambung di peringkat ijazah...

Thursday, September 3, 2015

MADU DAN KAYU MANIS?

✅Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

SEMINAR USAHAWAN TUDUNG JENAMA SENDIRI

Perkongsian seorang kawan dalam group wa...semoga bermanfaat...

☺Seminar Usahawan Tudung Jenama Sendiri☺

Lokasi Kl pada 27 september 2015.Kami nak bantu anda sampai berjaya.

6 perkara kenapa anda perlu sertai seminar ini.
1) Anda akan di beri ilmu tentang indusri tudung.

Wednesday, September 2, 2015

5 CARA NAK BLOGWALKING 50 BLOG SEHARI

Assalamualaikum...
hi bloggers...
biasa tak dengar blogwalking? bagi yang dah biasa dengan blog mesti tahu...bagi yang baru berjinak-jinak dengan blog, meh nak habaq mai...blogwalking ni wajib dibuat untuk bagitau orang supaya mereka singgah kat blog kita...kalau tak buat blogwalking, jadilah kita SS syok sendiri yang ada blog tapi takde pengunjung...sebelum kita nak orang lain datang blog kita, kita dulu kena pergi blog orang lain...tinggalkan kesan tapak kaki atau jejak di situ

masa saya menaip ni, saya baru blogwalking 27 blog...tinggal baki lagi 23 blog yang nak diterjah harini...misi blogwalking 50 blog sehari...banyak ke? mula-mula memang rasa banyak tapi kalau dah biasa 50 blog sehari xde hal lah...ops macam berlagak pulak...alah bisa tegal biasa orang kata...

ok post kali ni saya nak kongsikan cara nak blogwalking...

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search