Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Monday, August 31, 2015

TESTIMONI BERSALIN TANPA PERLU DIJAHIT

Assalamualaikum...

Nak share testimoni lagi...

Almaklumlah selepas melalui proses IUI haritu...

Doktor ada bgtau jangan angkat punggung, nanti rahim akan ke

belakang...susah nak buat...kalau bersalin akan menyebabkan

koyak besar...ngilu rasa bila kena jahit...

Macamana kalau saya kongsikan testimoni ibu2 yang konsisten

 menggunakan set kehamilan shaklee semasa melalui proses

kehamilan tak perlu dijahit walaupun bayi 4kg lebih...


Jadi ibu-ibu mengandung, pilihan di tangan anda...

set YES mengandung masih offer...

TESTIMONI IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum...
hi bloggers...
harini saya nak kongsikan testimoni seorang sahabat yang mengandung ketika umurnya 42 tahun...


Kaki cramp sekali...muka tak sembap...
aktif semasa mengandung...bukan ini ke semua perkara yang diinginkan semasa mengandung

7 LOKASI WAJIB PERGI PADA WAKTU MALAM DI JB



                                              











Assalamualaikum...
hi bloggers...lambat pulak bersiaran harini...
ada yang bertanya kat mana saya boleh pergi waktu malam di JB?
almaklumlah kadang-kadang masing-masing ada kursus ke... melawat sedara ke...
di sini saya nak kongsikan 7 lokasi wajib pergi pada waktu malam di JB...
Memang happening lah...

1) BAZAR KARAT @ BAZAR JB

terletak sepanjang Jalan Sg. Segget berdekatan dengan Galeria Kotaraya...
kira macam uptown...
jual macam2...sebut je nak cari apa...
dari baju, seluar, shawl, alat elektonik, mainan kanak-kanak, viper, stoking, binatang peliharaan, jam tangan...pendek kata macam-macam ada...
ada yang barangan baru...ada yang barangan second
ada yang tiruan, ada yang original
dan yang paling best boleh tawar menawar...
dibuka setiap malam, dari pukul 6 petang hingga 2 pagi...

gambar: cik Google

2) PASAR BORONG PANDAN

Saturday, August 29, 2015

MY EVENING

Assalamualaikum...

Mlm ni nak celebrate besday anak sedara sofiya azzahra...

nak dijadi cerita keknya tak sempat didecorate...

so terpaksalah decorate sendiri...

mencabar rupanya nak decorate kek...

my hand is shaking...ni first time decorate kek...

dan hasilnya...tarra...


Boleh agak tak gambar apa?

GEMPUR MERDEKA

Assalamualaikum...
hi bloggers...

wah berehat semua...panjang cuti eh...hujung minggu yg

panjang...tp kitorg org johor besok keje huhu...siap exam lg

So apa planning merdeka ni?

Merdeka ni saya perlu gempur untuk ...

Friday, August 28, 2015

TESTIMONI SET KEHAMILAN SHAKLEE





Assalamualaikum...

ada yang bertanya ada ke testimoni yang berjaya hamil dengan set kehamilan shaklee? ada memang ada...

AMALAN DAN DOA NABI ZAKARIA A.S BAGI MENDAPAT ZURIAT

Assalamualaikum...

Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati ada makanan di sisinya. Zakaria bertanya; “Wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini?” Maryam menjawab; ”Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab”
 
Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya m Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.
Diceritakan dalam al-Quran: Ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”
Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu. Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”


Allah berfirman kepadanya: “Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”

Kemudian Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”

Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.
Firman Allah bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.

Doa Nabi Zakaria. a.s.
doa dapat zuriat
Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. 

“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Ini kami petik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran – Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)


doa mudah hamil
Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.

Sumber daripada : http://www.mudahhamil.com/

SET KESUBURAN SHAKLEE

Rentetan daripada post saya sebelum ni tentang usaha untuk subur, di sini saya sertakan penyelesaian kepada masalah ketidak suburan...saya masih amalkan set ni walaupun saya belum diizinkan Allah untuk bergelar ibu...mungkin saya boleh membantu pasangan di luar sana...


Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?
Vitamin Asas
(1)Vita-Lea (Multivitamin)
(2)Vitamin C
(3)B-Complex

Adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan. jika tubuh kita sihat, dalaman pun akan sihat dan akan meningkatkan kesuburan

TUTORIAL BLOG: BAGAIMANA NAK LINK KAN POST KITA DENGAN POST YANG SEBELUM NI?

Assalamualaikum...
hi bloggers...
ada kawan yang bertanya, macamana nak link kan post kita dengan post yang saya buat sebelum ni...konon-konon nak buat ala-ala cite novella...ada sambungan...kang orang tak tahu apa cite sebelum ni, ceritanya macam tak sampai pulak...hehehe

ok kali ni saya kongsikan tutorial blog bagaimana nak link kan post kita dengan post yang sebelum ni? mudah je sebenarnya...

ok...post mana yang awak nak link dengan post sekarang...katakan macam post sebelum ni saya link dengan post sebelumnya...ni contohnya...siap tutorial gambar untuk lebih faham...

 klik link di atas

akan keluar paparan seperti ini...klik view blog (jangan tutup paparan sebelum ini) 

SAYA NAK HAMIL...

Assalamualaikum...hi bloggers...

teringat kata-kata seorang sahabat apabila saya buat moderasi sejarah di sekolahnya baru-baru ni...saya bercerita dengan dia saya sedang berusaha untuk mengandung...dan balasannya teruskan usaha...saya sokong 100 % sahabat ni dah ada dua orang anak, dan lama 6 tahun barulah ditakdirkan Allah untuk bakal menimang anak ke3 (sedang mengandung sekarang ni) dia cerita dia pun usaha macam2 nak dapat yang ketiga ni...alhamdulillah...dan anak keduanya tak sabar nak tunggu adik...bila baby nak lahir ni? sahabat saya jawab tahun depan...lamanya setahun nak tunggu hehehe

ni lanjutan daripada post saya sebelum ni tentang proses kehamilan saya nah baca kat sini...setelah buat IUI, doktor bagikan ubat asid folik dan 1 lg ubat untuk kesuburan...tapi prosesnya agak lama sebelum sampel sperma suami dapat dimasukkan ke dalam tubuh isteri...ambil masa separuh hari saya berada di hospital...tapi trust me, memang kena kuat fizikal n mental time buat IUI...baru faham pesanan kawan2 kepada kawan2 yang nak bersalin...jangan sekali2 angkat punggung...awak tak faham? takpelah...nanti awak akan faham

ISLAMIK : TIPS HABISKAN SURAH AL-KAHFI


Assalamualaikum...


hai bloggers...kerap kali kita dengar ustaz@ ustaah ingatkan kita tentang baca surah al -kahfi bagi

melindungi kita daripada fitnah dajjal...dan sekarang pun kita dah nampak fitnah dah tersebar

macam-macam cerita...macam-macam kisah...macam-macam orang...semoga kita semua terlindung

daripada fitnah manusia dan fitnah dajjal...

Moga ada manfaat. Korang nak SHARE atau TAG ke seluruh alam pun takpe, share dan tag saja..

nak buat wallpaper pun takde masalah.




‪#‎JumaatMubarakah

p/s: 1. kredit kepada Hlovate. Saya dapat idea ni pun daripada dia. Moga Allah permudahkan urusan dia dunia akhirat.

5 FAEDAH TIDUR UNTUK KECANTIKAN


 


assalamualaikum...hai bloggers...
 
siapa nak cantik? mesti ramai yang angkat tangan...

berapa jam awak tido biasanya?

 Seelok-eloknya kita tidur 6 - 8 jam sehari...tapi jangan terlebih tidur pulak...sebab kita bukan baby

yang perlukan tidur lebih 12 jam sehari hahaha...elok-elok muka boleh jadi cantik jadi sembap sebab

asyik nak tidur je...hari siang untuk bekerja...hari malam untuk tidur...cuma hari siang boleh tidur 10

minit sebelum zohor namanya apa eh...(terlupa pulak istilah tido sekejap tu)


Selain untuk kesihatan, tidur juga mempunyai faedah untuk kecantikan. Inilah Faedah Tidur untuk Kecantikan.

SIRAH NABI : PENGASAS BERHALA DI MAKKAH

Assalamualaikum...
salam jumaat semua...

harini saya nak tambah 1 lagi slot iaitu slot SIRAH NABI

Perkongsian sirah nabi ni saya sharekan apa yang adik saya dapat semasa dia mengikuti kelas SIRAH NABI...Moga perkongsian ilmu ini bermanfaat. sesiapa yang berminat nak sertai kelas sirah ni, silalah contact no yang tertera dalam gambar...

Monday, August 24, 2015

TESTIMONI KURUS DENGAN VITALEA

Assalamualaikum...
hi bloggers?..
membelek-belek gambar dalam hp, terjumpa testimoni ni...
kebetulan kat sekolah masing-masing tengah berdiet...
diet secara sihat ye...
jangan ikut2 orang ye...


SAYA NAK HAMIL

Assalamualaikum...
buat yang ada masalah telur tak matang seperti saya, boleh baca ni...
saya copy info dari blog keluarga jutawan saya...Master To Be Atiqah

SOAL JAWAB BERSAMA PAKAR NUTRISI: Telur Isteri (Ovum) Banyak Tetapi Tidak Matang. Apa Penyelesaiannya?

RAWATAN UNTUK MENDAPATKAN BABY EPISOD 2

Assalamualaikum, hi bloggers...
terasa lama tak sambung tentang rawatan kesuburan saya...
bagi yang belum baca post saya sebelum ni bolehla klik rawatan-untuk-pasangan-yang-belum-hamil 1  

ok sambungan daripada post itu saya berhenti di proses ke 3 HSG (untuk check samada tiub bermasalah atau tidak)...selepas dapat keputusan HSG, dan doktor akan bandingkan dengan keputusan ujian sebelum ini (ujian darah dan ujian sperma) jika semuanya ok, doktor akan berikan PIL KESUBURAN buat isteri biasanya doktor akan sarankan kita makan sebiji bersamaan 50mg dan pil ini perlu dimakan pada hari kedua hingga ke 6 period...



Appointment berikutnya doktor akan scan rahim untuk pastikan si isteri ada fibroid atau cyst (dan biasanya period hari ke 2 kita ada appoinment dgn doktor) keputusannya saya ada FIBROID dan ia tidak mengganggu untuk saya hamil...

Saturday, August 22, 2015

SET GOJES YANG MESTI CUBA


Assalamualaikum...
hi bloggers...baru dapat bersiaran...

Adakah anda telah penat mencuba pelbagai jenis skincare
products untuk mendapatkan kulit wajah idaman? Mungkin anda perlu cuba untuk "merawat" masalah kulit anda dari dalam terlebih dahulu. Shaklee turut menawarkan rangkaian vitamin untuk kecantikan kulit. Dulu set ini dikenali sebagai Family Wellness Set (Vita-Lea + Vita-C + B-Complex + ESP) + Vita-E + GLA Complex + CarotoMax. Ini merupakan full package yang paling optimum, namun anda boleh mix and match mengikut keperluan dan budget anda. Mari kita lihat bagaimana vitamin-vitamin di atas boleh membantu kecantikan kulit anda.

Friday, August 21, 2015

IBADAT QURBAN DI KASHMIR 2015



Assalamualaikum...
tadi terdengar tentang ibadat Qurban di Kashmir di dalam Radio IKIM...
Balik rumah terus search tentang projek ni...
manalah tau ada yang nak membuat urban tahun ni, mungkin maklumat ini berguna...






Assalamualaikum
Dato / datin / Tuan /Puan Kaum muslimin dan Muslimat
Kami dari Yayasan Al Moqni Malaysia akan mengajurkan Ibadah QURBAN DI BUMI KASHMIR 2015.Dengan kerjasama IKIM.FM
2. Sehubungan ini..marilah kita mengembirakan sahabt2 sahabat kita di Bumi kashmir yang kurang bernasib baik seperti kita..dengan kita menyertai IBADAH QURBAN D BUMI KASHMIR bersama kami YAMM
"Qurban d bumi kashmir"
1 bahagian RM 420.00
Yg berminat sila hubungi wakil yayasan almoqni di talian
019 2870206
013 4256309
03 6734 6704
No acc maybank 552-125-558606
YAYASAN ALMOQNI MALAYSIA
Pdaftar bmula 3 ogos hingga 10 sept 2015...atau anda ke website kami " www.yayasanalmoqi.com
Penyertaan Anda semua adalah tanda kasih dan kekitaan antara bumi Malaysia dan Bumi Kashmir.
Semoga allah membalas jasa baik Anda semua..
Amin ya rabbalalamin..
Sukran
US FIRDAUS JAAFAR ALSIQQI
Pengerusi YAMM.





TEMUDUGA TERBUKA DI KUANTAN

Assalamualaikum...hi bloggers...
harini giliran saya post tentang khidmat masyarakat...
sebarang hebahan untuk pengetahuan umum...

Kebetulan masuk msg dalam wa...
jadi bagi yang berminat bolehla bertindak


6 PERKARA BASIC YANG MESTI ADA DALAM BLOG

Assalamualaikum...
hi bloggers...di saat orang lain sedang nyenyak tido, saya update blog...sebenarnya terjaga sebab nak marking pt3, alang-alang dah terbangun kita belanja 1 post lah... saya ni baru berjinak2 dengan blog...adalah ilmu sikit yang Allah pinjamkan tentang blog di samping belajar melalui blogwalking...kelas blog...

Ok bagi yang baru terjebak dengan dunia blogging ni...perkara ni mesti ada dalam blog anda...

1) MESTI ADA TAJUK BLOG
macam blog saya, saya letak nama Saya nak sihat, saya nak cantik, saya nak kaya...dan tajuk ni awak boleh tukar kalau tak suka...cuma jangan selalu tukar supaya pelawat2 yang dah datang ke blog awak boleh cari blog awak...lebih bagus tajuknya catchy sikit supaya orang mudah tertarik



Thursday, August 20, 2015

5 FAKTA TENTANG ALERGIK YANG ANDA MESTI TAHU






Assalamualaikum...
hi bloggers...haritu masa saya makan di kantin, ada kawan yang bagitau dia alergik...tak boleh makan udang apatah lagi udang kering lagilah merenyam kulit jadinya...saya pun pernah alergik masa kecil...badan penuh dengan kudis air sampai ke tapak kaki...asyik berdukung je...mujurlah sekarang dah tak alergik, bolehlah makan seafood, ayam dll...saya memang peminat seafood lagi2 sotong...

ikut jadual harini saya MESTI share tentang info kesihatan, beleklah majalah kesayangan saya I-SIHAT untuk cari idea yang sesuai...ok jumpa satu artikel berkenaan fakta vs mitos tentang alergik...mari kita tengok mana satu mitos mana satu fakta...

MITOS Kerap mandi
FAKTA Mereka yang alergik diingatkan supaya selalu mandi bagi singkirkan segala habuk, debunga ataupun bulu binatang melekat pada badan, tetapi jika anda menggunakan 'shower curtain' boleh meracuni udara dengan kelembapan dan suhu sekeliling menyebabkan kulapuk...jadi tak payah guna 'shower curtain'



PLAN SEMINGGU DI BLOG

Assalamualaikum...
hi bloggers...semalam kami di keluarga jutawan shaklee dicabar oleh super mentor kami untuk upkan post n blogwalking...sebagai syaratnya purata 200 blogwalking seminggu dan 10 post seminggu untuk menyertai kelab blogger jutawan ala2 macam kelab ben ashari...memang ramai pengikut keluarga jutawan ni...jadi saya pun draft la jadual mingguan...taklah teraba bila nak post di blog kesayangan saya ni...

Masa buat jadual ni terasa macam menyusun rancangan drama bersiri di tv 3 pulak...moga2 perancangan saya berjalan lancar...


DOA DIMURAHKAN REZEKI

Jom beramal dengan doa ni...


Wednesday, August 19, 2015

10 PETUA MEMUTIHKAN KULIT

Assalamualaikum...
hi bloggers, ada di kalangan kita yang suka pakai krim pemutih supaya kulit putih..." muka je putih, tangan hitam" hahaha...bagi yang tak suka bahan2 kimia mungkin mencari cara natural untuk memutihkan kulit....harini saya nak kongsikan petua tradisional untuk memutihkan kulit...mungkin kalau rajin, boleh cuba mana2 yang nampak mudah dan bahan senang dicari

1. BARLI

Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur.
Untuk mendapatkan hasil, amalkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali. InsyaAllah anda akan dapat lihat hasilnya nanti.

2. BERAS PULUT

Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

Cara-Caranya:

1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.

PETUA MERANCANG JANTINA ANAK

Assalamualaikum...
hi bloggers...terjumpa artikel ini...
terasa berguna untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil...sebab pagi tadi ada kawan yang baru naik cuti berpantang, si ibu muda beranak 3, bagitau yang dia nak stop dulu sebelum menambah zuriat...

Perkongsian Petua Merancang Jantina Oleh Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat:

Menurut Dr Hamid Arshat petua yang diberikan ini tidak boleh dijamin 100% keberhasilannya..Mungkin dengan izin Allah s.w.t.anda akan mencapai 70% kejayaan..

Menurutnya lagi sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y..Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X..Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan)..

Secara jelasnya begini,jika sperma yang mengandungi kromosom x bercampur dengan ovum yang hanya mempunyai kromosom x,maka hasil percantuman ini,janin akan mempunyai kromosom xx(anak perempuan)

Tuesday, August 18, 2015

GAMBAR MAGIC

Assalamualaikum...
hi bloggers semalam dalam group family saya ada makcik share tentang gambar ni...yang magicnya bila save colour lain, bila download colour lain, bila kita forward colour lain...macamna boleh jadi mcm ni eh...

Amazing 👌pic.. when you get this pic...its Red...when u download it...its Maroon and when u fwd it ,it turns green !!when u touch for fwd its Violet.... Try it!

bila diforward tukar colour hijau


bila diclick untuk diforward jadi colour purple

Ada pulak yang dapat gambar ni yang first

Ada yg dapat gambar ni yang first

gambar first yang saya dapat


Monday, August 17, 2015

SELAMAT BERPANTANG



Assalamualaikum...
hi bloggers, harini saya nak share tentang set lengkap berpantang dan menyusu shaklee...kebetulan tadi saya share kepada kawan yang sedang menanti saat melahirkan...moga saat berpantang adalah saat yang menyeronokkan

1) ESP Protein - fungsi, sihatkan sel.. Bentuk semula sel baru.. Kurangkan water retention (sesuai untuk ibu berpantang nak shape up semula badan, dan bantu pudarkan stretch mark, badan ibu tak letih, bertenaga, milk booster)

2) Vita-Lea with iron - sumber multivitamin dan multimineral bekalkan nutrisi kepada ibu terutama zat besi sebab ibu bersalin banyak hilang zat besi dan susu ibu kaya zat besi, jadi pengambilan Vita-Lea percepat ibu tambah darah semula. Menyumbang penghasilan susu

Wednesday, August 12, 2015

PROMO BULAN OGOS 2015





Assalamaualaikum...
hi bloggers...di saat orang heboh dengan mata wang Malaysia makin jatuh, Shaklee boleh buat banyak promo dalam bulan ni, saya rasa excited nak share  promo bulan Ogos 2015 ni...lagipun ramai yang tertanya-tanya 'kak, bulan ni promo apa' 'vit c ada promo tak' bulan Ogos ni memang best promosinya...tetapi promosi ni khas untuk AHLI SHAKLEE yang berdaftar sahaja...memang untung bagi yang join bulan ni...banyak betul promosinya

PROMOSI 1 (VITALEA FOR KIDS buy 4 at 3)

Tuesday, August 11, 2015

2 TIPS MUDAH PENANDAAN PT3 SEJARAH

Assalamualaikum...
hi bloggers...tentu ada di kalangan rakan-rakan bloggers yang sedang pulun menanda pt3 sejarah seperti saya...di saat pening kepala menanda pt3, saya nak kongsikan 2 tips mudah penandaan pt3 sejarah.

Tips yang pertama, sangat berguna buat yang menanda banyak kelas seperti saya 5 kelas...jumlah skrip 150...jumlah hari menanda 17 hari (saya ambil dari tarikh kita diberi menanda) 4 ogos hingga 21 ogos...dan harini dah makin berkurang harinya...contoh saya, 150 skrip bahagi dgn 17 hari bersamaan 7.1...so sehari saya wajib siap tanda sekurang-kurangnya 8 skrip. 8 skrip sehari atau lebih oklah, taklah terasa berat sangat...

bacaan santai...

Perkongsian dalam group whatsapp...moga bermanfaat

Jgn delete sblum baca, jgn like sblum baca...

🏁Perkongsian...
🎯   Kalau kawan kawan yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab 1 tin  minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.

🎴         70% penyakit kanser payudara adalah berpunca dari sikap pemarah penghidap tu sendiri. Kalau bukan masa tua, mungkin masa muda…Dia cakap kalau dah pulih dari kanser, kena jaga emosi jika tak dalam tempoh enam bulan kanser tu akan datang semula…

🃏         Dalam badan wanita ada hormon progesteron dan estrogen kan? Hormon progesteroi ada pada ovary dan estrogen pada tulang.

Thursday, August 6, 2015

8 PETUA KEMPISKAN PERUT

Assalamualaikum...
terjumpa artikel ni dalam FB...moga bermanfaat...
PETUA 1 (Asam Jawa)
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.
PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)
Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati.

Monday, August 3, 2015

Assalamualaikum...
lagi kami dalam majalah...
bukan 1, bukan 2 tapi 3 artikel sekaligus
wow... jemput baca...
jemput like...
jemput jadi ahli:)

Sunday, August 2, 2015

TIPS SUSUN ATUR DALAM HANDBAG



Assalamualaikum...
hi bloggers... masih mood raya...selamat hari raya semua...

pernah tak girlfriends di luar sana yang bila simpan kunci kereta atau pendrive atau lipstik...bila dah masuk dalam handbag, susah nak cari...teraba-raba...terseluk-seluk...lagi-lagi kalau hp berbunyi...adui seksanya nak cari...lagi bahaya bila kita berseorangan especially di tempat parking...dulu saya pun macam tu...semakin besar handbag semakin susah nak cari kunci kereta...semakin susah nak cari pendrive...pakai masuk je semua benda dalam handbag...resit ke duit syiling ke pakai campak je dalam handbag...agak2nya tikus pun boleh beranak dalam handbag hahahaha dan tips susun atur dalam handbag ni tak susah pun...

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search