Assalamualaikum...
hi bloggers...terasa lama tak post di blog ni...saya ni seorang yang suka makan...bila ada kawan2 yang bertanya apa yang special mesti cuba kat JB ni...so harini saya nak kongsikan 8 makanan yang wajib cuba di Johor Bharu. JB memang syurga makanan, jadi tak susah nak makan yg sedap di JB ni...
1) Kacang Pool
tau ke apa tu kacang pool? 1 mangkuk kacang kuda (rasanya) ada bawang dan cili merah yg dipotong tambah sebiji telur goreng dicicah dengan roti bakar...memang rugila sape yg tak cuba...yg popular kacang pool Haji...kalau di JB ada cawangan di medan selera MARA sebelah stesen bomba Larkin lagi satu betul2 di hadapan stesen bas Larkin (Plaza Larkin) semangkuk RM5 je...hanya ada di Batu Pahat dan JB...makanan yang WAJIB cuba di Johor Bharu
Gambar: Mr. Google
2) Mi Rebus
Ada beberapa pilihan Mi Rebus di JB ni. Yang paling popular Mi Rebus Haji Wahid. Klik untuk baca Sejarah Mi Rebus Haj Tepiani Wahid. Mi Rebus Hj Wahid ni ada banyak cawangan antaranya di ANGSANA, Tepian Tebrau, Stesen Bas Larkin ni antara yang saya ingat. Memang marvellous. ataupun boleh cuba Mi Rebus di Plaza Larkin atau kalau nak cuba yang lebih special, cubalah Mi Rebus Tulang (siap dapat gearbox 2 atau 3) mestilah di Restoran ZZ Sup Tulang Hutan Bandar (pagi sahaja)
Gambar: Mr. Google
3) Soto dan begedil
4) Lontong (basah/kering)
Dua makanan ni anda kenalah baca post saya sebelum ini. tempat-sarapan-popular-di-jb.
5) Nasi Ambang (disebut ambeng oleh orang Jawa)
Pilihan saya mestilah Nasi Ambeng Mat Corner di Medan Selera Mahsuri Bandar Baru Uda. Memang kalau mak saya dari Seremban dan kakak saya dari KL, kalau turun JB memang akan ajak saya pergi makan di sini. Marvelous lah...6)Murtabak Cheese
Dapat bayang tak kalau makan murtabak yang disalut cheese melimpah ruah macam makan pizza tapi makan murtabak? Hahhaha...kalau makan pizza kat boleh tarik2 panjang cheesenya...yang nipun sama cuma bezanya kita makan murtabak...yang ni memang tak sesuai untuk yang sedang berdiet. Bila saya taip ni pun macam terasa-rasa nak makan murtabak ni...pernah masuk dalam TV8 cerita Best Of The World (ye ke tajuknya ni, pakai belasah je yang pengacaranya Razif ke Zarif)...kalau nak cuba boleh cari di Kg Kurnia atau di Restoran Cenderawasih Larkin7) Ayam Penyet
Saya ni antara peminat ayam penyet. Setiap kali nak pekena ayam penyet, saya akan ke sini. dan memang terpampang The Best Ayam Penyet in Town kat bunting yang digantung di restoran ni. MESTI cuba Ayam Penyet Restoran Banafe tapi jauh sikit dari bandar JB dalam 20 minit berdepan dengan Hotel New York. Jangan confuse memang ada 2 kedai Banafe, 1 macam buruk je depan Hotel New York lagi satu macam ekslusif namanya Banafe Village. Yang sedap di depan Hotel New York8) Satay
Senarai makanan yang wajib dicuba di JB ialah satay. Yang paling popular ialah Satay Wak Radol. Sama macam Mi Rebus Hj Wahid, satay Wak Radol ni pun banyak cawangan. Almaklumlah perniagaan turun temurun. Antara cawangannya terletak di Kempas (sebelah highway Pasir Gudang), Taman Desa Skudai, Setia Tropika dan Taman Kemas. Dan pilihan kedua satay yang menjadi pilihan saya dan suami adalah satay Rozy di sebelah Masjid Mahmoodiah berhampiran dengan Pejabat TNBjangan lupa cuba ye...gerenti puas hati...gerenti berbaloi dengan harga yang anda bayar...asalnya nak bagi 7 je sekali ada extra plak lagi 1...1 hingga 5 makanan tradisi orang Johor, dan selebihnya makanan umum. Ada lagi satu Laksa Johor, saya tak pasti di mana yang sedap di JB ni...baru cukup corumn makanan Johor...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini