hi bloggers, pagi tadi saya berkesempatan menghadiri majlis persaraan seorang guru di sekolah kami...Pn. Maimoon...dalam ucapan beliau, beliau ada menitipkan 5 jambatan yang kita perlu lalui dalam hidup...
Jambatan pertama, JAMBATAN TERPENDEK
apabila kita berasa putus asa, putus harapan, make it short...tak perlu nak sedih lama-lama, make a step...jangan biarkan berlarutan kalau boleh biarkan sesaat je kita putus asa
Jambatan kedua, JAMBATAN TERPANJANG
apa yang kita harapkan daripada pelajar, apa yang kita harapkan daripada anak-anak kita, apa yang kita harapkan daripada mak ayah, apa yang kita harapkan daripada pasangan kita...ia berpanjangan, bukan hanya waktu sekarang dan setelah kita mati pun kita masih mengharapkan doa anak-anak yang soleh
Jambatan ketiga, JAMBATAN TERKUAT
Keimanan dan keyakinan kita kepada Allah...sebab tu kita tak boleh berputus asa terlalu lama...bergantung harap pada Allah...mohon diberi kekuatan...mohon diberi keteguhan iman...serah semuanya pada Allah, kita hanya berusaha
Jambatan keempat, JAMBATAN PALING MAHAL
Pengorbanan...apa yang kita sanggup korbankan untuk berjaya...korbankan jiwa dan raga untuk sesuatu yang kita sukai
Jambatan kelima, JAMBATAN TERINDAH
kita mengharapkan setelah kita melalui 4 jambatan yang terdahulu, kita akan beroleh kasih sayang daripada pasangan, kasih sayang daripada saudara, kasih sayang daripada sahabat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini