Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

Saturday, November 14, 2015

POTONG KUKU IKUT SUNNAH

Assalamualaikum...
hi bloggers...
sebelum ni potong kuku pakai taram je...
tapi kalo ikut sunnah kan lg baik...
bersih + kemas + dapat pahala...
jom kita beramal...walaupun sunnah ni nampak kecil...

 


Monday, September 14, 2015

SEMUT OH SEMUT



Assalamualaikum...
hi bloggers, sebelum tidur teringat saya akan kisah semut yang saya dengar semasa dalam perjalanan ke hospital...semut...tentu istimewa serangga ini sehinggakan terdapat surah semut (alnamlu) dalam alquran...

Pelbagai pengajaran yang dapat kita contohi daripada serangga kecil ini...semut sinonim dengan rajin, berdedikasi, disiplin, beringat ketika senang (biasanya mereka akan kutip makanan dan simpan untuk kehidupan akan datang) hidup dalam kumpulan, seolah bersalaman apabila berjumpa...

Sedikit info yang dapat saya ambil tentang semut.

Taukah Anda semut merupakan makhluk hidup dengan populasi terpadat di dunia? Bisa dibayangkan, perbandingan untuk setiap 700 juta semut yang akan hidup ke dunia, hanyalah sekitar 40 kelahiran manusia saja. Dan masih banyak lagi informasi mengenai makhluk kecil ini yang akan kita bahas pada tulisan ini.

Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Semut hidup secara ber
kelompok atau "berkoloni" seperti halnya sebuah masyarakat yang tersusun dalam berkehidupan dengan jirannya, yang memiliki peradaban seperti halnya manusia. 

Sebagai makhluk sosial, semut dibagi menjadi semut pekerja, semut pejantan, dan juga ratu semut. Setiap koloni semut terkadang terdiri dari ribuan semut, satu koloni semut dapat menguasai dan memakai sebuah daerah luas untuk mendukung kegiatan mereka. Koloni semut kadangkala disebut superorganisme kerana koloni-koloni mereka yang membentuk sebuah kesatuan.

Meskipun ukuran tubuhnya yang relatif sangat kecil, semut adalah haiwan terkuat 


Friday, September 4, 2015

JANGAN BERDUSTA DENGAN NAMA RASULULLAH

Assalamualaikum...
hi bloggers...
kebelakangan ni banyak sangat hadis yang dishare di media sosial...entahkan hadis tu betul entahkan hadis tu dhaif dari segi perawinya...lagipun akhir2 zaman ni fitnah berleluasa sehingga ada yang sanggup menggunakan hadis nabi untuk melepaskan diri...dulu di sekolah ambil Al-quran dan Assunnah, sayangnya hanya di peringkat tingkatan 4 dan 5 dan tak disambung di peringkat ijazah...

Friday, August 28, 2015

ISLAMIK : TIPS HABISKAN SURAH AL-KAHFI


Assalamualaikum...


hai bloggers...kerap kali kita dengar ustaz@ ustaah ingatkan kita tentang baca surah al -kahfi bagi

melindungi kita daripada fitnah dajjal...dan sekarang pun kita dah nampak fitnah dah tersebar

macam-macam cerita...macam-macam kisah...macam-macam orang...semoga kita semua terlindung

daripada fitnah manusia dan fitnah dajjal...

Moga ada manfaat. Korang nak SHARE atau TAG ke seluruh alam pun takpe, share dan tag saja..

nak buat wallpaper pun takde masalah.




‪#‎JumaatMubarakah

p/s: 1. kredit kepada Hlovate. Saya dapat idea ni pun daripada dia. Moga Allah permudahkan urusan dia dunia akhirat.

SIRAH NABI : PENGASAS BERHALA DI MAKKAH

Assalamualaikum...
salam jumaat semua...

harini saya nak tambah 1 lagi slot iaitu slot SIRAH NABI

Perkongsian sirah nabi ni saya sharekan apa yang adik saya dapat semasa dia mengikuti kelas SIRAH NABI...Moga perkongsian ilmu ini bermanfaat. sesiapa yang berminat nak sertai kelas sirah ni, silalah contact no yang tertera dalam gambar...

Thursday, November 13, 2014

SEDEKAH SUBUH???

As salam semua....jom sama sama kita jadikan amalan!
Saya dapat kisah ni daripada group wa...dan saya rasa sangat bermanfaat, moga turut memberi manfaat kepada anda juga...
Dan saya mengajak suami saya untuk menyumbang ke tabung subuh kami...jika xde tabung, boleh juga gunakan sampul duit raya atau sampul surat...

Friday, November 7, 2014

BACALAH...

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

Saturday, October 25, 2014

SALAHKAH MENJADI KAYA?

assalamualaikum...hai bloggers...

Berbalik kepada soalan saya di atas tadi, salahkah menjadi kaya? Kenapa orang Islam takut nak menjadi kaya? Ada pendapat yang kata, kalau saya kaya mungkin nanti saya akan jadi seorang yang kedekut, mungkin nanti saya akan lupa nak beribadat, mungkin juga saya akan abaikan keluarga saya, mungkin juga saya akan sentiasa nak menunjuk-nunjuk kekayaan saya...mungkin akan timbul perasaan sombong dengan kekayaan yang saya ada...alasan demi alasan...

Tapi sebenarnya salahkah menjadi kaya? Setiap orang kalau diberi pilihan semua nak pilih jadi kaya...tiada yang nak jadi miskin...kalau boleh dapat duit selepuk depan mata, seronok jugak kan...jadi OKB...Orang Kaya Baru...tapi bila teringat alasan di atas tu, masing2 menikus masing2 takut nak jadi kaya....

Saturday, October 4, 2014

amalan sunat sewaktu aidiladha...

Assalamualaikum...hi everyone...
Harini nak share amalan sunat sewaktu aidiladha...
1) mandi sunat aidiladha
2) memakai pakaian yang bersih dan baru
3) memakai wangian yang menyenangkan
4) makan selepas balik dari solat hari raya
5) menggunakan jalan yang berbeza ketika pergi dan balik dari masjid
6) bertakbir, bertahmid bermula maghrib 10 zulhijjah sehingga terbenam matahari 13 zulhijjah
7) besederhana dalam membuat persiapan
8) berkorban bagi yang berkemampuan

Amaran...hadis palsu jangan disebarkan

Assalamualaikum...hi bloggers...
Semalam ramai yg minta maaf sebab baca 1 hadis...

~SHARING IS LOVING~

Berhubung dengan mesej yang tersebar ini
----------------------------

Assalamu'alaikum wbt..
Sesiapa yg terasa hati@marah pd saya, saya harap maafkan saya sblum berakhirnya hari Arafah...
sbb Rasulullah
bersabda:
'Pd hari Arafah di angkat segala amalan kpd ALLAH, melainkan org yg bermusuhan (bergaduh)'

Monday, May 19, 2014

6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG


Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.

SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.

SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.

SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.

Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh

Thursday, August 15, 2013

program wakaf al-quran

Assalamualaikum semua..

Kami pihak UniKL MIIT dengan berbesar hati ingin memberitahu bahawa kami telah kembali dengan Program Wakaf Quran 2013. Program wakaf ini adalah kesinambungan daripada program wakaf yang kami jalankan pada tahun lepas.

Pada kali ini kami akan menghantar Quran-quran yang telah diwakafkan ke pesantren-pesantren di sekitar Jogjakarta dan Bandung, Indonesia. Mengapa Indonesia?

Ini kerana , pertambahan bilangan sekolah pondok di Indonesia adalah lebih pesat berbanding di Malaysia sesuai dengan populasi penduduk Muslim mereka yang paling ramai. Jadi atas sebab itulah kita ingin sumbangkan Quran dan peralatan lain kepada mereka untuk meringankan beban mereka.

Maklumat wakaf adalah seperti berikut:

1 Lot = RM 10
1 Naskhah(5 lot) = RM 50





 

Bagi sesiapa yang ingin membuat sumbangan terus boleh lah salurkan ke akaun bank syarikat SS Global Saga (14070000360104) - Cimb Bank.

**Kutipan berlangsung sehingga Hari Raya Qurban 2013**

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian berikut :

Megat Firdaus : 012-651 2262
Shameer : 017-211 9969
Badrul Hisham : 017-447 3009
Syafiq Fikri : 017-209 5059 / 03-2175 4000 ext 5406
Fairul Iskandar : 012-210 0805 / 03-2175 4000 ext 4419

ATAU Berkunjung ke Pejabat Kami beralamat di :

Hal Ehwal Mahasiswa
Tingkat 1,
Universiti Kuala Lumpur,
1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Sila layari Fan Pages kami juga untuk mengikuti aktiviti yang telah kami jalankan pada tahun lepas

Fan Pages : Program Wakaf Quran (UniKL)
Gambar Semasa Program 2012 : http://goo.gl/Rui6G

 

***TEKAN BUTANG "SHARE" DIRUANGAN BAWAH NI JUGA AKAN MENDAPAT PAHALA..INSYAALLAH***

Mungkin kita tidak mampu utk menyumbang apa2 tetapi dengan satu klik pada butang 'SHARE' ada saudara kita yang mampu menyumbang terbaca pekara ini dan telah menyalurkan wangnya kepada PROGRAM WAKAF QURAN maka dengan satu klik butang SHARE anda tadi telah menjadikan anda juga penerima pahala dari sebab sumbangan orang yang terbaca apa yang anda sharekan padanya...SUBHANALLAH...



credit Lyssa Faizureen

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search