Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Sunday, August 31, 2014

amalan untuk membanyakkan susu ibu

1. Doa


"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. 

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.



 2. Zikir 

Zikir Ya Matin (70x) setiap malam & subuh...hembuskan pada air & dibuat minuman.



3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar 

Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.



 4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60

Maksud ayat::  "Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."



5. Solat sunat Dhuha 

Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3 kali semasa sujud akhir

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh." 

Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini. Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu kini.

Renungkan ayat 233, Surah Al - Baqarah ini::


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)

Friday, August 29, 2014

Q & A GLA

Antara soalan kelaziman ditanya adalah:
Q   :   Apakah itu GLA?           
A   :   GLA adalah Gamma-Linolenic Acid iaitu bahan binaan bagi prostaglandin.   

Q   :   Apakah itu Prostagladin? 
A   :   Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ia penting untuk fungsi kimia badan seperti  
          mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik. Ia juga   
          anti-keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.  

Q   :   Siapakah yang memerlukan GLA?  
A   :   GLA diperlukan oleh golongan wanita yang mengalami pre-menstrual syndrome atau PMS. Selain itu 
          bagus untuk dicadangakan kepada pengidap arthritis rheumatoid dan juga yang mengalami 
          eczema.Selain itu, yang mengidap kencing manis serta mereka yang bimbang lebihan berat badan.

Q   :   Berapa biji GLA diambil untuk satu hari? 
A   :   GLA diambil satu biji pagi dan satu biji sebelum tidur atau serentak 2 biji selepas makan 

Q   :   GLA boleh diambil oleh ibu menyusu ke?
A   :    Ya, boleh diambil oleh ibu menyusu kerana GLA tidak menggangu penyusuan. Seperti yang 
          diterangkan di atas, GLA membentuk prostaglandin. Secara tidak langsung ia juga terlibat dalam ' 
          pembentukan hormon estrogen dan progestron iaitu hormon yang memainkan peranan penting dalam 
       kehamilan dan penytusuan. Malah pengambilan GLA bersama Alfalfa adalah booster untuk penghasilan 
         susu.   

Q   :   Sewaktu period, boleh kah GLA diambil?  
A   :   Boleh diambil seperti biasa 

Q   :   Untuk kecantikan kulit, berapa biji GLA perlu diambil?
A   :   Untuk kecantikan kulit pun ambil 2 biji sehari. Kalau nak lebih bagus ambil bersama Vitamin E.  

Q   :   Vitamin E dan GLA boleh diambil serentak ke? 
A   :    Tidak boleh diambil serentak. GLA dan Vitamin E tidak boleh serentak kerana vitamin E boleh '   
           menggangu kadar penyerapan khasiat so kena ambik berasingan. 
          Ambil GLA pada waktu pagi 1biji dan sebelum tidur 1biji vitamin E.  

Q   :   Bagaimana yang mengalami PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)?  Boleh ke ambil GLA? 
A   :   PCOS adalah keadaan di mana hormon wanita berada dalam keadaan tidak seimbang. Ini 
          menyebabkan kitar period berubah, terjadi cysts dalam ovary, mengalami masalah untuk  
          mengandung dan masalah kesihatan yang lain. So GLA paling recommended untuk mereka yang 
          mengalami PCOS. 

Q   :   Bagaimana GLA nie membantu waktu subur wanita dan pada masa yang sama ingin hamil? 
A   :   Kita perlu tahu kitar period setiap bulan. Samada 28 hari, 30 hari ke atau 36 hari bergantung pada 
         kitar period anda. Katakan lah kitar period 30hari setiap bulan.So 30 hari dibahagi 2, 30/2 = 15hari.   
         So hari subur adalah hari ke 15 daripada hari pertama period dan +/- 5 hari la waktu subur. Makan 
         GLA diambil setiap hari sehingga hari ke-14 so stop ambil GLA pada hari ke 14. Tunggu           
         sehingga datang semula period atau selepas 2-3minggu tidak period please check UPT (Urine 
         Pregnancy Test)..:)  

Q   :   Adakah GLA boleh kuruskan badan? 
A   :   Ya boleh. GLA boleh mengurangkan kolestrol dan menghalang penambahan berat badan. Ini kerana  
          GLA bertindak sebagai asid lemak bagi mengelakkan pembentukkan lemak  yang menyumbang 
          kepada pertambahan lemak. pengambilan semasa sebelum tidur berupaya memecahkan lemak 
          semasa           didalam tidur.   

Q   :   GLA boleh diambil oleh orang yang menopaus? 
A   :   Ya boleh. Menopaus terjadi disebabkan kekurangan penghasilan hormon estrogen dan pregestron 
          ataupun androgen (bagi lelaki). Hormon ini memainkan peranan           penting yang mana turut 
           mempengaruhi emosi seseorang. Antara           symptom-simptomnya seperti hot flashes (rasa muka 
           merah dan panas),           berpeluh, kekeringan pada vignal, sakit kepala dan perubahan emosi 
           yang           tidak mengira masa serta meningkatkan risiko untuk dapat osteoporosis.           Dengan 
           pengambilan kalsium bersama GLA dapat membantu mencegah           osteoporosis.  


kredit : Azeni

kenapa saya perlu ambil GLA?

Assalamualaikum...
harini saya nak share kenapa saya ambil GLA...

Sebab yang pertama, saya nak ZURIAT
Usia perkahwinan saya dan suami dah menjejak ke 4 tahun...sebelum ni dah cuba pelbagai produk kesuburan...baik yang beli di klinik mahupun yang beli di farmasi...baik yang pil mahupun yang syrup...nak mengandung,  kita usahakan betulkan hormon...alhamdulillah, period saya lancar...cuma kadang kala senggugut (+ ostematrix ) untuk mengurangkan impak kesakitan ketika datang bulan

sebab yang kedua, saya ada FIBROID
Pada bulan April yang lalu, saya dan suami pergi berjumpa doktor untuk mengetahui status kesihatan kami berdua. Setelah dibuat pemeriksaan, didapati saya mempunyai fibroid sebesar 5 cm yang mungkin mengganggu rahim saya (yang ni perlukan temujanji berikutnya untuk mengetahui samada ia mengganggu atau tidak saluran peranakan)

sebab yang ketiga, saya nak CANTIK
Tanyalah mana-mana wanita, mesti nak kelihatan cantik...terutama bila suami tegur...'abang perasan, syg makin cantik lah sekarang'...hehehehe...dari mata jatuh ke hati...dan memang isteri disuruh berhias-hias...bercantik-cantik untuk tatapan suamikan...bila cantik suami makin sayang:)

sebab yang keempat, saya ada masalah RAMBUT GUGUR
Penggunaan syampu yang tidak sesuai, makan makanan yang tidak seimbang menjadi punca rambut mudah gugur. Takut juga kalau bbanyak sangat rambut gugur, mau botak akhirnya...rambut kan mahkota wanita...dengan pengambilan GLA akan membantu membaiki masalah keguguran rambut

sebab yang keempat, MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI
Tugas saya seharian di sekolah, berhadapan dengan pelajar-pelajar nakal membuatkan tekanan darah saya selalu naik kerana marahkan pelajar-pelajar yang malas, pelajar-pelajar yang bermain-main... ditambah dengan tugasan yang rencam di sekolah membuatkan cikgu kurang dapat rehat secukupnya...dikhabarkan cikgu adalah golongan yang banyak ditempatkan di hospital mental atau hospital mental kerana tahap kestrssan yang melampau...tekanan darah tinggi ada kaitan dengan sakit jantung dan strok..

Raya dulu Raya Kini

Raya dulu-dulu (tahun lepas dan tahun sebelumnya) 

Mesti nak kena ada baju raya 4 pasang...cukup 4 hari...dengan tudung baru...dengan keronsang baru...handbag baru...kasut baru...berebut-rebut tukar duit raya (walaupun akhirnya duit raya guna untuk belanja harian sebab duit gaji dah habis)...makan juadah raya tak ingat2...saya suka makan juadah raya...saya takkan makan juadah raya selagi belum raya, sengaja nak menjaga kespesialan juadah raya...biasa kalau makan sampai perut sengkak dah kenyang macam ular sawa...selagi boleh makan...nak makan...

Raya kini...tahun ini
Baju kurung hanya sepasang...lagi 2 hanya blouse...ikutkan macam malas nak beli baju raya...tapi fikir kang raya kedua ketiga nak pakai baju apa...pergilah jugak cari baju...tudung mix n match (tukar imej raya ni...pakai shawl)...keronsang pakai yang mana ada...handbag n kasut pakai yang sedia ada...duit punn hanya tukar duit lama...bab makan juadah raya, saya mula telan PHYTOCOL (menghalang kolestrol), OMEGA GUAR ( membakar lemak), ALFAFA (detox), LECITHIN (membakar lemak) terasa badan sendiri akan stop bila badan sendiri dah kenyang...takla melantak macam tak makan 10 tahun...automatik tak
terasa nak makan banyak...dapatlah amalkan sunah nabi...berhenti sebelum kenyang...bukan tak mampu nak berbelanja mewah tetapi sengaja mengajar diri untuk bersederhana...dan bersyukur dengan apa  yang ada





Aidilfitri 2014

Assalamualaikum bloggers...
Walaupun aidilfitri dah habis beberapa hari yang lalu...malam ni nak share pasal raya saya tahun ni...
entah kenapa tahun ni rayanya kurang meriah...mungkin disebabkan banyak perkara yang berlaku menyebabkan rasa tak bape nak beraya...peristiwa kehilangan MH370...peristiwa terhempasnya MH17...Guru-guru Sejarah kena menanda PT3 time raya...semuanya membuatkan mood nak beraya hilang...

buat pertama kalinya, saya dan suami beraya secara sederhana...tiada handbag baru untuk raya...tiada sandal baru untuk raya...baju kurung raya hanya sepasang...dan 2 helai blouse...duit raya pun duit lama (kes lambat tukar di bank...hanya menukar duit dengan ustazah di sekolah atas sumbangan pelajar2 untuk TABUNG GAZA...

sederhana lebih baik daripada membazir







5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:


1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

[10 TIP SUPAYA ANAK KITA MENJADI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH]


Jom sama-sama kita amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga tau! InsyaAllah.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

  kredit: Prof. Dr. Muhaya

Wednesday, August 27, 2014

Vertigo

Makanan pemicu vertigo

  • makanan masin - hidangan sup, makanan sejuk beku, makanan di luar
  • gula berlebihan - minuman berkarbonat, gula-gula, coklat, jem yang disapu pada roti, kek
  • makanan yang mencetuskan migrain - berbeza ikut individu
  • kafein dan alkohol - kopi
mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular
Mengimbangi vitamin dan mineral


kalau ada yang bertanya adakah produk shaklee yang boleh saya cadangkan untuk penghidap vertigo?
ADA...
untuk peredaran darah & sistem saraf
mempertingkatkan peredaran darah




mempertingkatkan peredaran darah
diperlukan dalam sistem saraf dan fungsi otak
membantu peredaran darah
membekalkan lebih oksigen ke otak













SYIKIN HASHIM   0197905220

Tips kepada penghidap Merry Go Round @ VERTIGO

assalamualaikum...
pernah dengar tak pasal vertigo? masa raya haritu, saya dan suami berkunjung ke rumah makcik di singapura...dia bercerita yang dia tak larat bulan puasa lepas sebab dia diserang vertigo...saya pun tanya vertigo tu apa? dia kata yang vertigo tu pening sampai rasa melayang...terbayang seriusnya penyakit ni terutama kena bila tengah drive, boleh menyebabkan kemalangan...

tadi mencari majalah lain, sekali terbaca isi dalam majalah I-sihat cerita tentang vertigo...bagus juga kalau ambil tahu, boleh nanti bagitau pada makcik tu...kalaupun bukan pasal makcik tu, lebih kepada pengetahuan tambahan untuk diri saya yang menjual ops berkongsi tentang supplemen...
 
Menurut  kajian, wanita lebih berisiko dengan penyakit ini berbanding lelaki kerana perubahan hormon yang berkaitan dengan kitaran haid...punca lain adalah disebabkan masalah saraf dan ketidak seimbangan dalam telinga dalam  (teringat masa belajar sains dulu, bahagian otak yang mengawal keseimbangan badan adalah serebelum yang bersambung dengan saraf telinga)...

  • segera duduk atau baring apabila terasa pening
  • bangkit dari tidur perlahan-lahan. duduk sekejap di birai katil
  • elakkan tidur pada sebelah telinga yang terjejas
  • jangan membongkok untuk mengambil sesuatu
  • gunakan dua bantal atau lebih untuk meninggikan bahagian kepala



Manfaat GLA

Assalamualaikum...
promosi GLA tinggal berbaki 5 hari...jom kita lihat siapa yang akan dapat manfaat GLA?

  • DIABETIS - Memberi kesan positif pada diabetic neuropathy
  • HIPOTHYROIDISMA - Menstabilkan hormon
  • BERAT BADAN BERLEBIHAN - Membantu imbangan hormon
  • SKLEROSIS BERGANDA - asid lineloeik
  • MUKA BERJERAWAT - Membantu mencairkan sebum yg berminyak, mengurangkan rongga dari tersumbat
  • PIGMENTASI - Membantu ketidakseimbangan hormon
  • KOLESTROL TINGGI - Mengurangkan LDL
  • ECZEMA - Mengurangkan gatal dan imflamasi
  • KULIT YANG CANTIK - Membantu ketidakseimbangan hormon
  • LUPUS SLE - Menggalakkan kulit sihat
  • RAMBUT GUGUR - Membantu ketidakseimbangan hormon
  • ATHRITIS - Mengawal sakit dan imflamasi
  • MASALAH KUKU - Menguatkan kuku & melindungi dari patah
  • ANTI PENUAAN -  Membantu ketidakseimbangan hormon & Menggalakkan kulit sihat
  • MASALAH PROSTAT - EFA membantu mengelak bengkak & imflamasi prostat
  • KEMANDULAN -  Membantu ketidakseimbangan hormon
  • MASALAH KEPUTIHAN - Berkesan sebagai antikulat
  • SINDROM PRA HAID (PMS) - Mengimbangi hormon & membantu mengawal penghasilan prostaglandin
  • MENOPOUS - Bagus untuk panas badan / hot flush, penghasilan estrogen
  • ADHD - Membantu kanak-kanak autism dan hiperaktif
  • FIBROID -  Membantu ketidakseimbangan hormon
  • CYSTS -  Membantu ketidakseimbangan hormon
SYIKIN  HASHIM    0197905220

Monday, August 25, 2014

HQ Shaklee berpindah lokasi






HQ berpindah...lebih luas...lebih meriah...lebih selesa...lebih mesra pengguna...lebih mesra kanak-kanak...
sewaktu ibu bershopping, anak-anak boleh bermain di ruangan disediakan...
sewaktu ibu menghadiri health, anak-anak boleh main tanpa mengganggu...

cerita yang menginsafkan...

Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.

”Ada duit? Minta ayah sedikit…”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulillah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

”Emak, ayah asyik minta duit… Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit,” bisik saya kepada emak.



Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar di tebak reaksinya.

”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

”5 ringgit?”

Emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 RM…. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.



Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang ’permintaan’ ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan ’peruntukan’ khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ’ekonomi’ saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap permintaannya dan tetap senyum bila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ’ketajaman’ rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).



Begitu pun, setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.



Namun, secara bertahap-tahap, buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

”Nanti, besarlah kereta kamu ni…” ujar ayah senyum.

Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.



”Eh, tak payahlah ayah…” Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.



Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya… Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana ’kekurangan’ atau ’kelebihan’ kami. Tetapi dia memberi kerana Allah… Mencontohi Allah Al Wahhab itu!



Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kita kongsi bersama:



”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu-ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenar mereka adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya…”



”Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. Keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa.”



Baiklah, anda pembaca bagaimana? Inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia ’perniagaan’ yang jarang diperkatakan oleh para korporat. Juga tidak ditulis dalam mana-mana buku perniagaan… Masih mempunyai ibu bapa? Memberilah kepada mereka. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja… Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi Beruntung lah sesiapa yg masih punyai ibu n bapa..

Friday, August 22, 2014

TRIVIA GLA


GLA adalah Gamma Linolenic Acid adalah sama penting dengan asid amino. Malangnya ia tidak dapat dihasilkan oleh badan, ia hanya boleh diperoleh daripada makanan yang kita makan. Dan biasanya GLA diestrak daripada bunga EVENING PRIMROSE (Bunga yang bewarna kuning). 
Tetapi kita hanya dapat 7 % - 10 % kandungan GLA daripada bunga ini...



Selain Bunga Evening Primerose, kita boleh dapatkan GLA daripada blackurant. Kandungan GLA dalam blackurant lebih banyak iaitu 15 % - 20 % berbanding bunga Evening Primrose. Walaupun kandungan GLA yang lebih banyak, namun sangat jarang pengeluar supplement EPO mengestrak GLA daripada blackurant, hal ini mungkin disebabkan faktor kos yang lebih mahal

Jangan khuatir, kita ada 1 lagi sumber GLA iaitu kita boleh dapat daripada satu lagi bunga iaitu Bunga Borage. Setelah dibuat kajian, dikatakan kandungan GLA dalam bunga borage 17 % - 25% iaitu 2 kali ganda lebih banyak daripada bunga Evening Primrose , selain dari segi Bioavailabiliti 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Sumber GLA terbaik setakat ini. Ditambah pula dengan Shaklee telah menanam bunga Borage secara organik di kawasan Saskatchewan menjadikan bunga ini terpelihara dari segi keberkesanannya...


Jadi, buatlah pilihan yang bijak sekiranya anda ingin membeli supplemen EPO di pasaran. Biar kita menang membeli menang juga menggunakan. Saya sedia membantu untuk anda membuat pilihan

syikin hashim
919352
0197905220

Perbezaan GLA dan EPO

Assalamualaikum...anda pernah dengar EPO (Evening Primrose Oil)? 

Ni antara contoh supplement EPO di farmasi 

 
 Bila sebut EPO, ramai yang tahu bahawa EPO sangat sinonim dengan wanita yang sentiasa  mahu mengekalkan kecantikan dan kesihatan yang baik. Terutamanya membetulkan hormon wanita.
 Tetapi tahukah anda, di Shaklee juga terdapat satu produk yang mampu menandingi kehebatan EPO? Eh ada ke?



Perbezaan Shaklee

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO!

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.

1- Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
2- Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
3- Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
4- Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan  lebih baik
 
Bila dah tahu, jadi anda akan pilih EPO atau GLA?

 

Monday, August 11, 2014

GLA UNTUK LELAKI?

ada yang kata GLA hanya untuk perempuan...sebenarnya GLA asid linoleik sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya boleh diperoleh daripada makanan. Jom hadiahkan GLA untuk abah, suami, abang, datuk, anak lelaki...

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search