Raya dulu-dulu (tahun lepas dan tahun sebelumnya)
Mesti nak kena ada baju raya 4 pasang...cukup 4 hari...dengan tudung baru...dengan keronsang baru...handbag baru...kasut baru...berebut-rebut tukar duit raya (walaupun akhirnya duit raya guna untuk belanja harian sebab duit gaji dah habis)...makan juadah raya tak ingat2...saya suka makan juadah raya...saya takkan makan juadah raya selagi belum raya, sengaja nak menjaga kespesialan juadah raya...biasa kalau makan sampai perut sengkak dah kenyang macam ular sawa...selagi boleh makan...nak makan...
Raya kini...tahun ini
Baju kurung hanya sepasang...lagi 2 hanya blouse...ikutkan macam malas nak beli baju raya...tapi fikir kang raya kedua ketiga nak pakai baju apa...pergilah jugak cari baju...tudung mix n match (tukar imej raya ni...pakai shawl)...keronsang pakai yang mana ada...handbag n kasut pakai yang sedia ada...duit punn hanya tukar duit lama...bab makan juadah raya, saya mula telan PHYTOCOL (menghalang kolestrol), OMEGA GUAR ( membakar lemak), ALFAFA (detox), LECITHIN (membakar lemak) terasa badan sendiri akan stop bila badan sendiri dah kenyang...takla melantak macam tak makan 10 tahun...automatik tak
terasa nak makan banyak...dapatlah amalkan sunah nabi...berhenti sebelum kenyang...bukan tak mampu nak berbelanja mewah tetapi sengaja mengajar diri untuk bersederhana...dan bersyukur dengan apa yang ada
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini