pernah dengar tak pasal vertigo? masa raya haritu, saya dan suami berkunjung ke rumah makcik di singapura...dia bercerita yang dia tak larat bulan puasa lepas sebab dia diserang vertigo...saya pun tanya vertigo tu apa? dia kata yang vertigo tu pening sampai rasa melayang...terbayang seriusnya penyakit ni terutama kena bila tengah drive, boleh menyebabkan kemalangan...
tadi mencari majalah lain, sekali terbaca isi dalam majalah I-sihat cerita tentang vertigo...bagus juga kalau ambil tahu, boleh nanti bagitau pada makcik tu...kalaupun bukan pasal makcik tu, lebih kepada pengetahuan tambahan untuk diri saya yang menjual ops berkongsi tentang supplemen...
Menurut kajian, wanita lebih berisiko dengan penyakit ini berbanding lelaki kerana perubahan hormon yang berkaitan dengan kitaran haid...punca lain adalah disebabkan masalah saraf dan ketidak seimbangan dalam telinga dalam (teringat masa belajar sains dulu, bahagian otak yang mengawal keseimbangan badan adalah serebelum yang bersambung dengan saraf telinga)...
- segera duduk atau baring apabila terasa pening
- bangkit dari tidur perlahan-lahan. duduk sekejap di birai katil
- elakkan tidur pada sebelah telinga yang terjejas
- jangan membongkok untuk mengambil sesuatu
- gunakan dua bantal atau lebih untuk meninggikan bahagian kepala
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini