Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Showing posts with label ALFAFA. Show all posts
Showing posts with label ALFAFA. Show all posts

Friday, May 8, 2015

ECZEMA...JOM KENALI ECZEMA



Assalamualaikum...hi bloggers...
semalam dalam group wa, ada kawan2 yang mengadu anak mereka menghidap eczema...risau ibunya anak tergaru-garu...saya hanya menjadi pembaca setia tanpa memberi sebarang komen...dalam masa yang sama saya nak bantu kawan2 saya ni...jadi saya pun buatlah bacaan sikit tentang penyakit eczema...

Saturday, October 4, 2014

Nak tegangkan payudara dan punggung?

Assalamualaikum...hi everyone...
Ada isteri merangkap ibu2 yang menyusukan bayi mengeluh...sejak bersalin n menyusukan badan, payudara makin kendur...punggung pun dah kendur setelah melalui proses bersalin...kalau tak jaga, makin lama makin kendur...meh nak kongsikan set menegang shaklee...bukan setakat tegang luar, malah boleh tegang dalam sekali...persis anak dara...

Shaklee Collagen Powder...

Wednesday, September 17, 2014

Facial sendiri di rumah

Assalamualaikum, apa khabar bloggers...harap2 sihatlah hendaknya...

Dulu saya pernah pergi facial, kawan buat 1 bilik di rumahnya macam tempat saloon, siap ada kerusi dan kelengkapannya...mase tu memang muka saya agak teruklah banyak blackhead, whitehead,, jerawat, parut jerawat...pakejla sume ada...dan kawan ni buat pakej 5 percuma 1...maksudnya  5 kali facial dan akn dapat 1 kali facial free...pendek kata setiap bulanlah saya ada appoinment facial dengan kawan ni...sekali appoinment rm50...total pakej rm250...terasa la jugak kuar rm250 tu nak2 kalau kena time nak renew lesen...oppps terlebih cerita plak...

Sekali saya dapat pindah ke JB, mengikut suami...tempat baru mana tahu nak facial kat mane...so mulalah blackhead membiak...whitehead membiak...jerawat membiak dengan jayanya hahahha...setelah 2 tahun duduk di JB, saya diperkenalkan dengan Shaklee..eh rupanya Shaklee pun ada set kecantikan...emh bolehlah buat facial sendiri di rumah...jadi harini saya nak kongsikan cara facial sendiri di rumah. Yang pastinya lebih jimat, sekali facial purata mungkin RM15 je...

1) SCRUB WAJAH

Memang banyak produk scrub di pasaran. Nak jimat punya pasal, harini saya hanya gunakan apa yang dah ada kat rumah. Saya hanya gunakan ALFAFA. Ambil sebiji alfafa, rendamkan dalam air panas, hancurkan dan sapukan di wajah dalam putaran terutamanya di atas hidung dan di pipi. Biarkan kering selama 5minit. Bersihkan wajah


2) WAP

Kat rumah ada steamer ke? Kalau ada bolehlah guna, kalau takde kita guna apa yang ada, jangan membazir Masak je air sampai mendidih, masukkan air tu dalam mangkuk yang saiznya cukup2 boleh mengwapkan muka. Ambil kain towel untuk tutup kepala supaya wapnya tak terbebas...saya sengaja tambahkan Ginger Peppermint supaya ada bau2 berangin hahaha. Tujuan mengwap adalah untuk membiarkan pori-pori terbuka supaya memudahkan kulit menyerap segala khasiat



3) Masker

Takyah beli masker dari kedai pun. Kakak Adik Ibu-ibu ada minum ESP, boleh guna je ESP tu untuk buat masker. Tambah air sejuk. Boleh tambah Vitamin E, GLA (potong dan picit minyaknya keluar).

 



4) Cuci muka dengan pencuci muka nutriwhite

Nak cuci muka ada kaedah tau, caranya gunakan  dua jari je...jari manis dan jari hantu je...jangan gunakan seluruh jari.Ini akan memberikan tekanan kepada wajah. Ni saya sharekan video mencuci muka yang betul yang saya jumpa dari You Tube.

 


Tapi tadi saya tak jumpa pulak span ni, so basuh macam biasa je hahhaa

4) Toner

Bila dah siap cuci muka, gunakan toner untuk memastikan wajah kita betul-betul bersih. Gunakan facial cotton samada bentuk 4segi atau yang bulat. Sapukan dengan cara ke atas.



5) Moisturizer (Daily Defense Whitening Essence)

Gunakan moisturizer untuk melembapkan kulit. sapukan ke atas untuk menaikkan seri wajah




6) Spot whitening Treatment

Dan proses yang terakhir gunakan Spot Whitening Treat untuk membaik pulih kulit kita kalau ada parut jerawat ke, jeragat ke...tekan dan saya sapu pada bahagian yang berparut dan berjeragat...Kalau selalu letak, parut dan jeragat akan makin pudar.



 Tara dah siap, mudahkan. Tiap minggu pun boleh buat facial sendiri di rumah. Boleh buat pusat facial untuk suami, untuk mak...jimat memang jimat...sambil tunggu kering boleh buat kerja lain...taklah melangok habis masa kat saloon...kalau buat facial ni kat suami, tentu suami pun makin sayang...barulah sama-sama muka bersih:)

Kalau nak dapatkan set facial sendiri di rumah ni bolehlah dapatkan daripada saya, saya memang gunakan semuanya dan saya sangat sangat sangat puas hati. Pelaburan yang berbaloi dan jimat sebab setiap set ni boleh tahan berbulan-bulan dan mungkin juga cecah tahun especially set nutriwhite tu.

SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health Buddy



Wednesday, June 5, 2013

Akibat Diabetis...

Saluran darah retina mudah pecah



MENURUT Sim Ee, diabetes menjadi punca saluran darah pada retina dan bebola mata menjadi lemah, mudah bocor dan tersumbat


KAJI Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes pada 2012.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman, bilangan pesakit diabetes di Malaysia meningkat sebanyak 31 peratus dalam tempoh lima tahun berbanding pertambahan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.
Pada masa ini, dianggarkan terdapat lebih 5.6 juta pesakit diabetes di negara ini dan 25 peratus daripada jumlah itu mengalami komplikasi kaki yang serius dan memerlukan penjagaan luka yang betul.
“Ramai pesakit diabetes sedar betapa pentingnya penjagaan luka di kaki kerana mahu mengelak ia dipotong. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa risiko diabetes bukan sekadar lumpuh kaki.
“Mereka juga berisiko untuk mendapat retinopati diabetes penyebab buta,” ujar Pakar Optamologi, Pusat Perubatan Tropicana di Petaling Jaya, Dr. Khor Sim Ee.
Jelas beliau, retinopati diabetes adalah gangguan pembuluh darah di retina mata pesakit diabetes melitus. Kerosakan tersebut berlaku disebabkan komplikasi penyakit diabetes yang boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan membawa kepada buta jika pesakit tidak mendapatkan rawatan sewajarnya.
“Ramai pesakit muda tidak begitu mementingkan kesihatan mata sedangkan ia merupakan penyebab utama kebutaan bagi golongan belia yang baru bekerja,” katanya.
“Kebanyakan pesakit mula mengalami retinopati ini selepas 20 tahun menghidap diabetes.
“Akibat daripada komplikasi tersebut, saluran darah pada retina dan bebola mata menjadi lemah, mudah bocor dan tersumbat.
“Kebocoran tersebut mengakibatkan lemak, air dan darah memasuki retina sekali gus menjadikannya bengkak.
“Keadaan bengkak ini pula menjadi punca pandangan pesakit kabur. Ada masanya saiz serta bentuk objek yang dilihat berubah-ubah.


PEMERIKSAAN awal dapat menyelamatkan mata daripada buta sepenuhnya.


Bocor

“Jika keadaan ini berterusan, pesakit akan mendapati pandangan mereka diganggu oleh bintik-bintik hitam,” jelasnya.
Tambah Sim Ee, disebabkan komplikasi diabetes juga, kesihatan mata mula menyusut. Retina akan kekurangan oksigen dan zat-zat yang diperlukan untuk kekal sihat.
“Memandangkan adanya permintaan oksigen dan zat pada retina, saluran darah baharu akan tumbuh di permukaan retina untuk menampung kekurangan itu.
“Malangnya, saluran darah baharu tersebut bersifat kurang matang. Dindingnya mudah pecah dan pendarahan berlaku di belakang mata. Akibatnya, penglihatan menjadi kabur.
“Secara fizikalnya keadaan mata tidak berubah. Ia kelihatan seperti mata normal.
“Disebabkan itu, setiap pesakit diabetes perlu menjalani pemeriksaan mata.
“Bagi pesakit peringkat pertama, iaitu penghidap diabetes kanak-kanak dan remaja, mereka perlu menjalani pemeriksaan ini selepas lima tahun didiagnosis menghidap penyakit ini. Ini kerana kesan komplikasi tidak dapat dikenal pasti pada lima tahun pertama.
“Bagi pesakit diabetes peringkat dua yang melibatkan penghidap berusia 30 tahun ke atas, mereka harus menjalani ujian saringan ini sebaik sahaja disahkan mendapat diabetes,” katanya.
Jika mereka tidak mendapatkan rawatan awal dan keadaan mata sudah teruk, Sim Ee menambah, parut akan terhasil pada retina mata.
“Ini menyebabkan urat saraf lekang daripada lapisan dalam mata dan membentuk glaukoma yang juga punca kebutaan.


OBESITI dikaitkan dengan penyakit diabetes.


Tidak boleh ditukar
“Jika pesakit datang awal, sekurang-kurangnya kita boleh memberi rawatan untuk mengekalkan penglihatan yang ada.
“Jika sudah terlewat, retina yang rosak teruk tidak boleh diselamatkan lagi. Pesakit akan berdepan masalah buta seumur hidup kerana retina tidak boleh ditukar atau ditransplan, tidak seperti kornea,” jelasnya.
Bagi pesakit retinopati diabetes, ada beberapa kaedah rawatan untuk menyelamatkan mata mereka.
Antaranya, rawatan laser. Kaedah ini dapat membantu mengawal penyakit daripada merebak ke peringkat yang lebih serius.
“Pesakit juga boleh mendapatkan rawatan suntikan ubatan tertentu. Selain itu, pembedahan boleh dilakukan untuk membuang darah, lemak dan air yang bergenang di dalam bebola mata.
“Pesakit diabetes perlu tahu, selain risiko kehilangan kaki, mereka juga berdepan dengan risiko komplikasi mata kalau mereka tidak mengawal penyakit tersebut dengan baik.
“Risiko ini tidak boleh dihilangkan namun dengan pengawalan yang baik, risiko tersebut dapat dilambatkan perkembangannya.
“Sekiranya seseorang itu patuh kepada arahan doktor, dia mungkin mengambil masa selama 10 tahun sebelum kerosakan retinanya beralih dari peringkat permulaan ke pertengahan.
“Namun, jika pesakit tersebut tidak begitu menjaga kesihatannya, tidak mustahil dalam tempoh lima tahun, dia akan buta,” katanya.


Takutnya kalau DIABETIS...dahlah kena cucuk insulin, kaki dipotong dan ni pulak bakal BUTA...masa kita boleh nampak tak terasa pun MATA tu suatu NIKMAT tapi kalau kita dah buta... besarnya nikmat boleh melihat...
Di Shaklee, kami ada SET SUGAR CONTROL membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan penghidap kencing manis...
Kebaikan...
  1. Mengekalkan paras gula sihat dalam darah
  2. melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  3. membantu menyembuhkan luka



SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health Buddy

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search