Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Harap-harap sihat. Syukur kita masih menghirup udara yang percuma diberikan oleh Allah. Minggu lepas terasa sedih sebab tak dapat join family saya bercuti di terengganu...gara2 suami tak dapat cuti...huhuhu...
Apa khabar semua? Harap-harap sihat. Syukur kita masih menghirup udara yang percuma diberikan oleh Allah. Minggu lepas terasa sedih sebab tak dapat join family saya bercuti di terengganu...gara2 suami tak dapat cuti...huhuhu...
Tup tup suami ajak pergi bercuti di kota tinggi...dia balik je dari kerja hari sabtu kitorg terus gerak ke kota tinggi. Jb - kota tinggi dalam sejam lebih...
Kitorang check in di Hotel Mayress...okla sebab hotel ni terletak di tengah2 bandar...satu malam dalam rm130. Oklah memang kitorang nak duduk semalam je
Malam tu kitorang bergerak ke Firefly Park...tiketnya tak mahal pun dewasa rm20, kanak2 rm15. Naik bot, sekali trip max 40 org. Dibawa menyusuri sungai selama 40 minit...dibawa melihat kelip2...seronok tak pernah mengalami pengalaman ni...back to nature...dan keadaan tak begitu gelap. Jadi taklah takut sangat...
Setelah selesai, kitorg bergerak ke Dataran Kota Tinggi...bersambung dengan bazar...macam2 ada dijual...kebetulan pula malam tu ada D Day kat dataran tu...boleh tahan ramai juga orang malam tu...sempat beli seluar trek, topi johor n selipar...kemudian kitorg singgah makan di Restoran Haji Daud...order set ala thai...memang sedap...kategori boleh dicadangkan datang...ingatkan balik tu nak pergi refesiologi (betul ke ejaan tu)... Sekali penuh plak...terus balik tdo...pusat refesiologi ni kat hotel mayress je...
Besoknya selepas sarapan, kitorang pun bergerak ke Muzium Kota Tinggi. Malangnya muzium dalam proses pengubahsuaian, lg 4 tahun baru siap. Bila ditanya orang, diorg cadangkan kitorg pergi Muzium Kota Johor Lama...terus bergerak ke sana...dalam 40 minit dari bandar...mencabar betul nak ke muzium ni...siap kawasannya seram...rupanya kitorang parking kereta di kawasan parking bas...bila sampai, wah cantiknya muzium ni...ada ciri-ciri rumah tradisional melayu...baca serba serbi cerita sejarah johor lama...
kemudian kitorg bergerak ke makam sultan mahmud mangkat dijulang, makam tun habab, makam cik siti aminah (tak jumpa makamnya walaupun dalam gps kata dah sampai) dan akhir sekali makam laksamana bentan. Makam kucing bertanduk dikhabarkan terletak dalam kawadan makam sultan mahmud mangkat dijulang. Semoga Allah merahmati mereka dan menjauhkan mereka daripada siksaan kubur...
Lunch kitorg konon nak cuba belangkas, memang takde rezeki...tutup plak kedainya...so 2nd option, restoran baser...spaciality nasi ayam n nasi beriayani...nasi beriayani kambing memang sedap gile...memang wajib cuba. Full house tau. Balik tu setelah penat berjalan n menyusuri sejarah johor, kitorg pun pergi memanjakan diri di pusat refesiologi...sedap rasa badan diurut setelah penat setahun bekerja..
Well percutian yang sekejap tapi sangat seronok...biarpun dekat tapi kalau kita dapat spend time bersama pasangan itu yang terbaik...itupun dah cukup...good bye daerah bersejarah...next trip kena pergi air terjun kota tinggi.muziim kota tinggi. N taman buaya
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini