Secara amnya,
obesiti merupakan pengumpulan
lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu
penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-
organ
badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek.
Siapakah yang tergolong dalam obesiti
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
- Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
- Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
- Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Makanan dan kesesuaian
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet
pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga
serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai
di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan
televisyen.
Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat
aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda.
Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk
dan tidak sedikit pun melakukan
senaman bagi membakar
kalori
dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu,
bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah
melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti
bermain,
menari, menyertai acara
sukan, mengemas rumah atau mencuci
kereta
di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan
keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat
membantu otot-
otot kita menjadi kuat.
Apakah berat badan sepatutnya?
Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang
berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan
berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai
sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan
berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi
banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah
menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan
berkhasiat seperti
buah-buahan dan
sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.
Pemakanan
Tahukah anda apa itu
asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses
pencernaan
dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu,
dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita
bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan,
misalnya
vitamin,
protein, lemak, dan sebagainya.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran,
tenusu, dan
bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.
Apakah Indeks Jisim Badan?
Indeks Jisim Badan (BMI) (
bahasa Inggeris:
Body Mass Index)
merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan
ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung
komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat
dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan |
Status |
BMI |
Kurus |
Kurang 20.6 |
Normal |
20.7 - 26.4 |
Gemuk |
26.5 - 30.9 |
Obesiti |
31.0 - 45.2 |
Bahaya |
Lebih 45.3 |
[perlu rujukan]
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati
ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan
pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam
meter (m):
BMI = |
berat(kg) |
------------------------------ |
tinggi(m) x tinggi(m) |
|
Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah
kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau
terlalu kurus.
Kandungan lemak dalam makanan
Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak
kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan
diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.
Jenis makanan |
Gram lemak setiap sajian |
% kalori dari lemak |
Makanan tinggi lemak |
Hamburger saiz biasa |
11.8 |
39 |
Hot dog |
14.5 |
54 |
Kentang goreng |
20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran) |
12.247 |
Keropok kentang - 1 aun |
10.1 |
61 |
Mentega/marjerin - 1 sudu teh |
4 |
94 |
Sos salad - 2 sudu makan |
11.1 |
85 |
Kek keju |
16.3 |
57 |
Makanan rendah lemak |
Kacang hijau - direbus = cawan |
0.2 |
9 |
Roti - 1 keping |
1.1 |
16 |
Mil oat - 1 cawan |
2.4 |
15 |
Buah epal - 1 biji |
0.5 |
6 |
Ubi kentang - 1 biji dipanggang |
0.2 |
1 |
Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan
ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
CADANGAN SUPPLEMEN SHAKLEE
SET KURUS
ALFAFA / HERBLAX - DETOX SEGALA TOKSIN
LECITHIN/OMEGA - PEMECAH LEMAK
ESP / CINCH - BINA OTOT
saya boleh mencadangkan mengikut budget anda...
klik sini untuk membuat pembelian.
set kurus
SYIKIN, Shaklee ID: 919352 |
donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim
Page AlyaSofiya Your Health
Buddy