Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya
. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah
orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah
orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang
yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi
anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia
meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1.
Kesilapan pertama: Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul
(penghulu)
Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :
8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar
anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa
diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan
kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib
(didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah,
menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit
bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak
menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak
kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan
kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani
(physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang
lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6.
Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium
mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW
mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin
Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya
Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah
mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra'
kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan
dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7.
Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh
atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan
kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan
anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan
selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di
rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama,
dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan
yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh:
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang
cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan
berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang
jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan
akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan
anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci
salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas:
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita,
baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana
ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih
membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi
rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari
media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas
lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan
yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan
kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah dan guru di sekolah untuk mendidik
anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak
akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk
berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber : Darulharis