Assalamualaikum....sebelum
saya menyertai dalam industri makanan tambahan ni, saya ingatkan ubat
dan makanan tambahan itu sama...kedua-duanya diperlukan untuk
sihat...tapi bila saya dah pergi banyak kelas anjuran Shaklee barulah
saya nampak yang ubat dan makanan tambahan itu berbeza. Harini saya akan
kongsikan perbezaan ubat dan makanan tambahan
1. Ubat adalah sesuatu yang ganjil pada tubuh hal ini kerana kandungan yang digunakan dalam ubat adalah tak sama dengan badan kita manakala makanan tambahan adalah semulajadi dan penting kepada tubuh kita. Jika kita kurang mengambil makanan tambahan, kita akan mati atau sengsara kerana kelemahan organ berfungsi.
2. Ubat ialah bahan kimia yang boleh mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim manakala makanan tambahan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan dan kebanyakannya kekal dalam badan manakala makanan tambahan tidak menimbulkan kesan sampingan
4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan ia boleh terganggu antara satu sama lain manakala makanan tambahan bertindak lebih baik antara satu sama lain
5. Ubat baik dimakan biasanya di pertengahan antara dua waktu makan mengelakkan dengan hal yang saling mempengaruhi atau pencarian oleh kesan daripada makanan manakala makanan tambahan baik diambil bersama. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghazaman lain-lain faktor pemakanan.
6. Ubat berkemungkinan membawa maut jika disalah guna atau dose yang berlebihan manakala makanan tambahan adalah selamat kerana tiada kenyataan mengenai merbahayanya pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino
7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang, seseorang boleh merasai kesan pengambilannya manakala makanan tambahan tidak menghasilkan tindak balas kepada sesorang, ia hanya berkesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata berkurang dalam badan
8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda skit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ia hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan manakala makanan tambahan bertindak merawat terhadap punca penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangan. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan suatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan akan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi tidak berulang lagi
9. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan. seseorang boleh menerima kesannya dalam dalam masa yang singkat samada beberapa minit atau jam manakala makanan tambahan bertindak secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang. Biasanya mengambil masa berbulan-bulan untuk nampak kesannya bergantung kepada berapa cepat tubuh anda akan dapat menyesuaikan diri dengan makanan tambahan yang diambil
10. Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang merbahaya ke arah tindakan sampingan manakala makanan tambahan tidak memerlukan pengawasan yang rapi. Setiap sel badan hanya boleh menerima bekalan makanan tambahan dengan terhad. Apabila keperluannya mencukupi, ia tidak akan menerima lagi. Jadi mana-mana bekalan vitamin yang berlebihan akan dikeluarkan melalui peluh atau kencing
11. Ubat bagi orang tua, sukatannya rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda manakala bagi makanan tambahan orang tua memerlukan lebih banyak bekalan bahan yang berkhasiat oleh kerana faktor yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.
12. Ubat sebenranya boleh menghasilkan penyakit (sekiranya diambil tanpa kawalan contoh mengambil ubat batuk dengan banyak boleh menyebabkan ketagihan) manakala makanan tambahan sedia meemelihara badan daripada penyakit dengan menguatkan sel-sel daripada seranagn kuman, bakteria, virus dan lain-lain serta melambatkan kelemahan organ berfungsi dengan baik di dalam badan
^ bagi kami pengamal makanan tambahan, kami tidak benci atau anti kepada perubatan moden. sekiranya sakit dan doktor berikan antibiotik, silalah habiskan mengikut kata doktor. Kerana sesungguhnya niat kami sama iaitu ingin memastikan anda sihat. Jadikanlah makanan itu sebagai ubat kamu dan bukan ubat sebagai makanan kamu. Dalam Islam sendiri menyuruh kita besederhana jangan berlebihan...berpada-pada mengambil ubat...jangan berlebihan kerana berlebihan itu menyakitkan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini