Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Wednesday, March 4, 2015

8 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PROTEIN

Assalamualaikum...hi bloggers...
malam ni saya nak berkongsi tentang 8 perkara yang perlu anda tahu tentang protein.

1. PROTEIN adalah makanan tunggal dan terpenting. Perkataan protein diambil daripada perkataan Yunani 'protos' yang bermaksud pertama muncul atau mengambil tempat pertama.

Teringat masa belajar Sains dulu, cikgu kata protein diperlukan untuk pembesaran, pembentukan otot tetapi betul ke tubuh kita memerlukan protein?


2. Tubuh badan kita terdiri daripada PROTEIN. Ini kerana tulang, kulit, rambut, otot-otot dan organ diperbuat daripada protein...ini info baru mungkin anda juga seperti saya, sangkakan tulang mesti kalsium...tapi sebenarnya tulang diperbuat daripada protein tetapi tulang memerlukan kalsium untuk memastikan kepadatan tulang. Manakala antibodi, enzim, hormon terbentuk daripada protein. Hemoglobin yang mengangkut oksigen ke sel-sel sebahagiannya ialah protein seterusnya sel-sel dengan anggaran jumlahnya 60 trillion dalam tubuh kita yang membentuk tubuh badan semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsi-fungsi seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu tua dan menggantikan tisu-tisu rosak dan usang

Wow nampak betul-betul penting protein dalam tubuh kita...bahaya ke kalau saya kurang mengambil protein dalam makanan seharian saya?

3. Kita berisiko menghadapi gangguan masalah seperti...
  • anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati
  • ulser perut & usus
  • penglihatan kurang baik
  • pengaliran darah yang tidak lancar
  • tinggi kolestrol
  • kandungan gula dalam darah rendah low blood sugar)
  • tekanan darah rendah
  • saraf tidak stabil
  • luka lambat sembuh
  • kurang ketahanan untuk melawan penyakit
  • menggeletar
  • kelesuan
  • penat
  • tinggi kandungan air dalam tisu badan
  • jika berpanjangan boleh terencat akal
isy nampak macam bahaya bila kita tak cukup protein dalam tubuh kita.

4. Asid Amino merupakan unsur asas bagi protein. Protein terdiri daripada 22 jenis asid amino yang bercantum dalam pelbagai cara untuk membentuk protein. Asid amino terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu PERLU (Essential) ada 9 jenis. Dan badan kita tidak mampu menghasilkannya, maka kita perlu ambil daripada makanan kita TIDAK PERLU (non essential)- bakinya lagi 13 jenis boleh dibuat oleh badan daripada 9 asid amino yang PERLU tadi...

Saya kurang fahamlah tentang asid amino ni, boleh tak bagitau saya apa contoh makanan protein? Pendek kata, badan kita hanya memerlukan 9 asid amino untuk menghasilkan lagi 13 asid amino

5. Ada 2 kumpulan protein...kelas pertama adalah terdiri daripada makanan yang berasal daripada haiwan seperti daging, ikan, ayam, telur, susu. Kelas ini dianggap lengkap malangnya % kandungan protein terhad kerana terdapat lemak dan kolestrol. Kelas 2 adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutamanya kacang dan biji-bijian yang dianggap tidak lengkap. Jadi sekiranya mereka yang pengamal vegetarian, mereka hanya mendapat protein yang tidak lengkap daripada kekacang.

Jadi maksudnya pengambilan protein saya seharian tak cukuplah. Apa beza protein lengkap dan tak lengkap?

6. Protein lengkap bermaksud suatu makanan mengandungi semua asid amino perlu dalam jumlah yang betul untuk menyokong kesihatan sempurna. Ia mengandungi niali biologi yang tinggi bagi tubuh kerana ia boleh digunakan dengan paling berkesan manakala protein tidak lengkap jika sesuatu makanan kekurangan mana-mana asid amino perlu

Jadi berapa jumlah protein yang saya perlukan dalam sehari?

7. Kanak-kanak & remaja
  • 1-3 tahun 23gm
  • 4-6 tahun 30 gm
  • 7-10 tahun 34 gm
  • perempuan 11-18tahun 46 gm
  • lelaki 11-14 tahun 45 gm 
dewasa
  • lelaki 15+ - 56gm
  • wanita 19+ - 44 gm
  • hamil - 74gm
  • menyusu - 64gm
oh maksudnya jika saya hamil saya memerlukan lebih banyak protein berbanding wanita lain

8. Perbezaan protein Shaklee (ESP) berbanding minuman protein lain
Ia merupakan PROTEIN LENGKAP kerana terdapat 9 ASID AMINO yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Diperbuat daripada bahan terbaik iaitu SOYA (berbanding protein daripada daging yang kandungan proteinya hanya 22% selebihnya adalah lemak. TANPA KOLESTROL DAN LEMAK SANGAT MINIMUM (1 gm). KADAR PENGHADAMAN SANGAT TINGGI. TIADA PERISA TIRUAN, PEMANIS, PEWARNA & PENGAWET. TANPA LAKTOSA (gula tersembunyi) MENGANDUNGI 5 VITAMIN B, 2 MINERAL 8gm KARBOHIDRAT UNTUK TENAGA sangat VERSATILE boleh dicampur dengan sebarang minumankecuali kopi dan teh...bukankah ini merupakan minuman protein terbaik? Memang wajib saya borong bulan ni...stok setahun tu




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search