Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Thursday, September 18, 2014

Pertama kali masuk Singapura

Assalamualaikum, hi everybody...

Memandangkan sekarang ni masih cuti sekolah, ramai yang berura-ura nak masuk ke Singapura.Tapi takut nak masuk sebab tak tahu prosedur. Ok entry harini saya akan kongsi tentang pertama kali masuk ke Singapura. Memandangkan suami saya Penduduk Tetap Singapura dan dia bekerja di sana, memang kerap kali saya masuk Singapura. Jadi saya akan kongsikan apa yang perlu dibuat, ke mana harus pergi, bagaimana kalau berkereta, berapa banyak yang perlu ada dalam tangan sekurang-kurangnya...

Kelengkapan yang mesti ada untuk yang pertama kali masuk Singapore...
1) kad touch n go/kad plusmile (baki sekurang2nya RM17)
2) pasport yang belum mati...6 bulan sblm tarikh pasport mati dah tak boleh ke luar negara...
3) kad putih
4) insurans kereta (prepared je, kalau diminta)
5) duit singapore sekurang-kurangnya $100 (ni kalau tak nak shopping) tukaran biasa $1=RM2.50
6) kad autopass (kena beli)

Ok, itu kelengkapan yg mesti ada. Kalau nk shopping, maybe lebih skitla budgetnya...

Jika berkereta

Bila sampai di kastam JB, standby semua pasport penumpang  termasuklah pasport baby...pegawai kastam akan scan pasport kita, bila selesai...leretkan kad touch n go (caj baru RM6.80). Teruskan perjalanan...kalau tak bernasib baik, mungkin traffic jammed dari kastam JB ke kastam Spore...ikut je flow...

Sumber Google


Bila tiba di atas tambak, atau biasanya kita panggil causeway...maintain di sebelah PALING KIRI...hati2 dengan penunggang motor yang laju di sebelah kiri...lorong kereta yang paling banyak...ada 5 lorong kereta...ambil yang paling kiri (BERPAGAR) atau lorong yg kedua kiri...jangan ambil lorong lain takut sukar nak ke pejabat kastam Spore.

Setibanya di Kastam Singapore, bagitau kepada pegawai first time datang ke Singapore. Serahkan pasport n kad putih kepada pegawai (kalau takde kad putih minta dengan pegawai tu) dia akan mengoyakkan sebahagian kad putih dan sebahagian lagi ditinggalkan dalam passport...saya biasa memang minta lebih,

 dan terus ke pejabat tak jauh dari tempat check pasport tu, parking kereta dan masuk dalam. Kat situ nanti kena beli KAD AUTOPASS (Pasport untuk kereta keluar dan masuk di kastam Singapore sahaja) Kad Autopass $20.

Tunjukkan insurans kereta jika diminta. Bila dah selesai, kembali ke kereta, dan teruskan perjalanan untuk ke second checkpoint, dari pejabat tu kena himpit ke kanan, lorong berlabel hijau untuk check bonet kereta...Selesai check bonet kereta, anda dah selesai urusan di kastam. Welcome to Singapore.

Bila nak keluar dari kastam Spore, serahkan pasport bersama dengan sebahagian kad putih, masukkan kad autopass dalam slot mesin yang disediakan. Sekali caj $1.20. Manakala di kastam JB, ulangi proses serahkan pasport dan leretkan kad Touch n Go (caj Rm9.70) dan urusan selesai. Selamat Datang ke Johor Bharu

Sumber Google


Semoga tips pertama kali masuk Singapura ni membantu anda sekeluarga bercuti di Kota Singa


1 comment:

  1. info ke sg pertama kali
    cocok buat backpacker nih
    thanks infonya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search