Assalamualaikum...
hi bloggers...
Saya tak pernah kena demam denggi, alhamdulillah. Tapi melihat kepada sahabat, ahli keluarga demam denggi ditahan di wad, nampak sangat kesian...dan dikhabarkan demam denggi terasa badan berbisa...wallahua'lam...hanya yang pernah melalui je yang tahu...apa itu Demam_Denggi
Jika tak dibendung atau dicegah boleh membawa maut...
1. Air mineral/air kosong/air masak.
Sama je kan?. hihi..
Sebenarnya kalau tak sakit pun, air memang penting untuk tubuh kita,
kan?.. Tapi, bila kena demam denggi ni, lagilah penting.. Jangan tak
minum tau. Memang kita akan rasa tak larat sangat nak minum. Tapi,
cubalah gagahkan diri minum ye.. Untuk kesihatan diri sendiri juga :) Sekurang-kurangnya 2liter air sehari...dan bukan minum air manis, tapi air masak semata...
2. Minuman Isotonik/ 100 Plus.
Air ni pun penting
jugak.. Untuk memberi tenaga buat yang mengidap demam denggi. Masa demam
tu, comfirm kita tak lalu makan kan?.. Jadi, bila kita minum air 100
plus ni, sedikit sebanyak memberi kita tenaga juga.. Ada yang kata tak
elok minum banyak-banyak.. Kandungan gula yang tinggi, dan boleh
memudaratkan bagi yang ada gastrik.. Tapi, saya rasa, tak salah nak
minum pun. Sebab bukan kita minum hari-hari.. Kita hanya minum ketika
terkena denggi ni je, banyak-banyak.. Dan dah tentu kita pun tak nak
kena denggi lama-lama kan?.. Lebih baik amalkan... petuanya, campurkan sebahagian air masak dengan sebahagian air 100 Plus barulah minum...
3. Sup Ketam.
Ok, sup ketam ni memang
ramai yang cadangkan.. saya sendiri pernah dengar dari kenalan rapat, sedara mara semua cadangkan kalau demam denggi buat sup ketam...Buat sup ketam untuk
pesakit denggi bukan buat macam kita buat selalu tu.. macam yang kita
dok makan kat restoran seafood tu.. No, No, No..ye.. hikhik.. Resepinya
simple sahaja.. Hanya ketam,serai yang diketuk atau halia dan air
sahaja.. Orang kata ketam Nipah lagi baik. Tapi, tak kisahlah kan ketam
apa pun. Ketam tu ketuk sikit-sikit kat kaki dia tu bagi pecah
sikit-sikit.. Masuk je dalam air dengan serai atau halia tadi. Biarkan..
Pastu dah siap.. Minum sup dia dan makan isi ketam tu... Kita berusaha
je, Allah yang izinkan segalanya....
4. Air rebusan daun pucuk betik.
Ya, air ni pun amat baik
tau.. Try la kawan-kawan.. Kalau minum awal,
InsyaAllah, akan sembuh.. Senang
je, caranya.. Pilih daun yang muda-muda, yang pucuk tu. Tapi, jangan
ambik yang baru nak jadi daun pulak... Sekali buat, ambik dalam 2 helai
je.. Rebus dalam periuk. Agak-agak dah mendidih tu, dah la. Bila dah
sejuk, bagi pesakit denggi minum..
5. Air Jus Jambu Batu.
Yang ni saya dapat tahu
dari teman FB. Pastu bila saya google, memang ada yang minum. Boleh beli yang dalam kotak tu je. Yang marigold peelfresh tu...
6. Kurma/Jus Kurma
Kurma makanan sunnah..banyak khasiatnya...kalau rasa susah nak buat jus kurma, makan je kurma tu...lagipun orang denggi kan tak lalu nak makan sekurang-kurangnya makan kurma dapat membekalkan gula dalam badan...seterusnya bekalkan tenaga...
7. Air kelapa.
Air kelapa pun kita boleh bagi kepada pesakit demam denggi. Ketika cuaca panas, minum air kelapa memang melegakan. Selain pelepas
dahaga, air kelapa juga dimanfaatkan sebagai ubat pelbagai penyakit. Sejak
dulu, minum air kelapa dijadikan amalan kerana dianggap ubat mujarab
membantu mengurangkan demam campak selain berfungsi menurunkan suhu
badan dengan cepat.
8. Jus tembikai/buah tembikai.
Ok pengalaman seorang isteri yang melihat memang ramai
yang minum masa kat hospital. dia nampak kat hospital, bila family
dorang datang time waktu melawat, mesti bawak jus tembikai. Tapi, bila
doktor atau nurse lalu, mesti dorang sorokkan air tembikai tu.. Tak tahu
kenapa?.. Mungkin doktor larang kot?.. Eh tak tahula. cara-potong-buah-tembikai-dengan-cepat
9. Jus kiwi
Ok, jus kiwi ni pun
bagus tau. boleh pilih samada nak beli buah kiwi dan makan atau beli jus kiwi yang dalam kotak marigold peelfresh je. Tapi, ada yang kata
lagi baik kita beli buah kiwi dan blend sendiri je..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini