Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Tuesday, October 21, 2014

KEMPEN SAYA NAK PEGANG ANJING?

Assalamualaikum... hi bloggers...

Dalam minggu ni penuh kat wall fb dan wa saya, ramai yg share pasal kempen saya nak pegang anjing...saya gosok2 mata iye memang saya baca anjing...

Saya bukan ustazah...saya bukan ilmuan yang penuh ilmu agama di dada...saya hanya salah seorang umat Islam...hukum dalam Islam tu jelas...yang halal itu jelas, yang haram itu jelas...terang2 dalam al-Quran kata makan daging anjing itu haram...

anjing dikategorikan najis mughalazah, ada pendapat ulama yang mengatakan pegang anjing sewaktu DARURAT dibolehkan contoh (nak selamatkan anjing dari bencana)...bukan setakat pegang, malah boleh makan daging anjing jika ketika itu hanya ada daging anjing. Dan agama Islam menggalakkan kita berasa sayang dengan semua binatang termasuk anjing, namun kita ada batasan, walaupun kita sayangkan anjing, tak bermakna kita boleh pegang anjing sesuka hati. Namun, melihat kepada gambar2 yang dikongsikan, ternyata itu bukan keadaan darurat...gambar itu diambil ketika keadaan biasa...Apa niat penganjur melancarkan kempen sedemikian? Wallah a'lam.


Dah tiba masanya setiap kaum diingatkan semula tentang menjaga sensitiviti kaum lain. Kita dapat hidup damai kerana perpaduan, jangan dek kerana segelintir dari mana2 kaum yang busuk hati yang sengaja menimbulkan isu sensitif sebegini menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlaku semula...

Bagi orang Islam yang telah menyertai kempen tersebut, moga Allah buka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan...moga kita semua dilindungi daripada fitnah masyarakat di akhir zaman ini...
Gambar sekadar hiasan

I WANT TO TOUCH A DOG: SATU ULANGAN SEJARAH

Program ‘I want to touch a dog’ merupakan program ulangan. Satu perdebatan berkaitan dengan perihal jilatan anjing telah berlaku di negeri Kelantan pada tahun 1937. Perselisihan pandangan atau pendapat ini bermula dengan Hj. Nik Abdullah b. Hj. Wan Musa, seorang ulama muda ketika itu, yang kemudiannya diteruskan oleh ayahandanya Hj. Wan Musa b. Hj. Abdul Samad yang pernah menjadi Mufti Kelantan dari 1908 hingga 1916.

Perbezaan ini bermula dari tahun 1936, apabila Hj. Nik Abdullah dipanggil oleh Raja Kelantan ketika itu YM Tengku Ibrahim ibnu Sultan Muhammad IV ke istana bagi meminta pandangannya berkaitan hasrat baginda untuk memelihara anjing. Hj. Nik Abdullah menjawab, jika ada keperlun seperti menjaga keselamatan maka ia adalah diharuskan. Berkaitan perihal jilatan anjing pula beliau memberikan dua pandangan menurut mazhab Maliki dan Mazhab Syafie. Beliau menyatakan, jika terdapat lebih dari satu pandangan maka diperbolehkan untuk umat Islam beramal dengan mana-mana pandangan tersebut.

Pandangan ini sampai kepada Hj. Ibrahim b. Hj. Yusof yang merupakan Mufti Kelantan ketika itu. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Hj. Nik Abdullah yang mahukan agar rakyat Kelantan beramal menurut Imam Syafie dan disokong oleh beberapa ulama’ lain seperti Hj. Ahmad Mahir b. Hj Ismail, Hj. Abdullah Tahir b. Hj. Ahmad dan lain-lain lagi.

Umur Hj. Nik Abdullah tidak panjang. Beliau meninggal tak lama selepas itu. Ayahnya yang merupakan bekas Mufti Kelantan, meyakini kebenaran pandangan anaknya, Hj. Wan Musa bertindak mempertahankan pandangan anaknya dalam kuliah-kuliah pengajian yang dikendalikannya.

Pertelingkahan ini berpanjangan dan semakin membesar dalam masyarakat sehingga menarik perhatian Sultan Kelantan ketika itu iaitu DYMM Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Baginda memanggil kedua-dua belah pihak ke Istana Jahar untuk mendapatkan persepakatan dan seterusnya menghentikan polemik yang sedang hangat dalam masyarakat Kelantan. Usaha baginda menemui jalan buntu dan gagal mendapat persepakatan pihak-pihak yang berselisih pandangan. Masyarakat terus dengan polemik berkaitan perihal jilatan anjing ini.

Usaha pihak istana tidak terhenti disitu, YM Tengku Ibrahim merancang untuk membuat satu perdebatan berkaitan hal ini yang melibatkan lebih ramai ulama’ di Istana Sri Cemerlang. Perdebatan itu turut melibatkan Hj. Abas Taha (Kadi Besar Singapura) dan Dr. Burhanudin al-Helmi (S/U majlis Ulama’ Singapura), yang menyebelahi Hj. Wan Musa. Sultan Ismail bertindak sebagai hakim.

Namun seperti sebelumnya, Sultan Ismail tidak dapat membuat keputusan dan menyerahkan kepada rakyat untuk beramal dengan mana-mana pandangan yang diperdebatkan. 

Sekembalinya dari perdebatan itu Hj. Abas Taha menulis satu kitab yang berjudul Risalah Penting, yang mengumpulkan pandangan ulama’ yang menyokong pendapatnya termasuklah Mufti Mesir seperti yang dicatatkan Maulana al-Sheikh al-Marori. Tidak cukup setakat itu, Raja Kelantan, Tengku Ibrahim turut menghantar 3 soalan kepada Sheikh al-Azhar ketika itu Syed Mohd. Mustapha al-Maraghi, yang menyokong pendapat Hj. Nik Abdullah. Jawapan tersebut telah diterima pada 1 April 1937.

Jelas dicatatkan dalam sejarah, orang Melayu telah berbincang berkaitan hal ini kira-kira 90 tahun yang lalu. Oleh itu hasrat Sdr. Syed Azmi al-Habshi selaku penganjur program ‘I Want to touch a dog’ tidak lebih dari sekadar mengulang kisah lama. Jika mahu diukur dari sudut keupayaan dan potensi terhadap impak menukar persepsi orang Melayu khususnya terhadap makhluk Allah yang kita namakan sebagai anjing, jelas perdebatan tahun 1937 jauh lebih berupaya kerana melibatkan istana dan kelompok ulama’ berpengaruh. 

Natijahnya, tiada pun keluarga Hj. Nik Abdullah yang memelihara anjing sehingga kini dan masyarakat Melayu terus kekal sebagaimana asalnya. Oleh itu, ia merupakan polemik yang sia-sia dan tidak membawa perubahan dalam masyarakat. 

Begitu juga dengan ulama’ Melayu dahulu, tidak pula melabelkan Hj. Nik Abdullah dan ayahandanya Hj. Wan Musa sebagai tokoh liberalis kerana perbezaan pandangan feqah dalam hal ini. Mereka boleh berlapang dada kerana itulah sikap yang dituntut kepada seorang ulama’.

Jika perdebatan ini diperpanjang, maka kekeliruan akan bertambah teruk. Pertembungan akan semakin parah sehingga boleh menjejaskan kesatuan umat Islam di Malaysia. Jika ia berpunca dari kekeliruan, kejahilan dan salah tanggapan, maka yang diperlukan adalah pendidikan dan penjelasan, bukan kutukan dan sindiran yang menyakitkan hati. Kembalilah kita kepada asas kesejahteraan ummah iaitu dakwah. Sejahterakan Malaysia dengan dakwah.

Nukilan,
Cikgu Amidi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search