Harini datang mood nk masak...first trial...not bad resepi telur bungkus terburai...kenapa terburai? Sebab isinya tak terbungkus betul sampai terburai hahaha...
Bahan yang diperlukan...
4 ketul nugget ayamas (ayam, daging xde, so belasah je pakai nugget)
3 biji telur
1 sudu mayonis
Sedikit carrot
Sedikit colliflower (entah betul ke ejaan ni...kalo buang 1 l ops jadi benda lain)
2 sudu cili boh
3 sudu sos tomato
Setengah biji bawang besar (dipotong dua) 1 bhgn diblend, 1 bhgn lg dipotong mayang
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Sedikit minyak
Langkah yang pertama, goreng nugget sehingga kekuningan
Selepas tu, Potong nugget, carrot n colliflower kecil-kecil...
Langkah seterusnya, tumbuk atau blend 1bhgn bwng besar dan bawang putih (boleh tambah cili api kalo nk pedas berapi) saya gunakan sayur2 ni kerana suami saya tak suka mkn jagung dlm mix vege...so sayur apa yģ ada, kita cebur je
Tuangkan minyak masak, dan tumiskan bawang2an dan cili boh (boleh juga guna cili kering yg diblend)...masukkan sos tomato dan sos cili...gaulkan...
Kemudian, masukkan carrot n colliflower, masak sehingga layu sedikit, masukkan nugget yg telah digoreng. Masukkan garam secukup rasa. Bila siap, masukkan dalam mangkuk.
Seterusnya pukul 3 biji telur dan 1 sudu mayonis dan sedikit garam, tuangkan minyak dan buat seperti telur masak telur dadar...
Bila telur sudah agak2 masak, masukkan bahan2 nugget yg dah digoreng sebentar tadi. (Pastikan anda menggunakan kuali yang tidak melekat supaya senang nak menterbalikkan telur)
Dan inilah hasilnya kersna menggunakan kuali kecil dan kuali yang melekat...
Dah siap resepi telur bungkus terburai. Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini