Hi Bloggers...
Sebelum ni saya ada share tentang pemakanan-untuk-kesuburan.secara umum. Kali ni saya nak kongsikan pula makanan yang membantu potensi untuk hamil bagi isteri. Kebarangkalian disebabkan kita kurang mengambil makanan yang saya nyatakan ini menyebabkan kita lambat dikurniakan zuriat...
Kekurangan zat dan vitamin tertentu dalam tubuh menyebabkan terdapatnya gangguan pada kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur...
1) ASID FOLIK
Ia boleh didapati daripada sayuran berdaun hijau seperti bayam, buah-buahan sitrus seperti limau, kekacang seperti kacang soya, bijirin seperti cococrunch, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam...jika berasa susah nak makan makanan ni, silalah beli asid folik di farmasi atau dapatkan Bcomplex yang dilengkapi dengan asid folik daripada saya2) ZAT BESI DAN PROTEIN
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi. Manakala untuk protein, anda boleh mengambil daripada produk tenusu, telur dan soya3) KEKACANG
Makanan kekacang seperti tauge, kacang dal dan kacang botol mampu menggalakkan kesuburan wanitaSumber : Majalah Pa & Ma Januari 2013
4) AIR
Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Dicadangkan minum 3 liter air dalam sehari semalam.5) SAYUR SAWI
Mengadungi banyak vitamin2, zat besi/iron dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folic penting untuk penetasan telor yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko gugur .
6) SAYUR BEWARNA KUNING, OREN DAN MERAH
Seperti tomato, capsicum, cili merah, lobak, mengadungi banyak vitamin2 dan antioxidant untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kesuburan.7) KOBIS, BRONKOLI, KELEDEK MERAH, KACANG HIJAU
Kesemuanya mengadungi banyak zat dan khasiat yang bolih membetulkan kitaran haid, meimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan.8) BETIK, JAMBU BATU, TEMBIKAI, LIMAU NIPIS/KASTURI, BUAH NAGA
Buah-buahan ini kaya dalam kandungan vitamin2 khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburansumber: Blog Dr. Hamid Arshad
9) PRODUK TENUSU
Wanita yang ingin hamil, perlu mengambil sekitar 1,000 mg Kalsium setiap hari, iaitu sama dengan 8 auns gelas susu. Kajian terbaru yang menyimpulkan bahawa pengambilan susu yang tinggi lemak dapat membantu meningkatkan kesuburan, berbanding jika mengambil susu yang rendah lemak. Malahan, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, pengambilan susu yang rendah lemak, boleh menurunkan tahap kesuburan wanita.10) MINYAK ZAITUN
Omega 3 memiliki kesan yang tinggi kepada peningkatan tahap kesuburan. Omega 3 biasanya ditemui di dalam minyak zaitun Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 dapat membantu meningkatkan kuantiti, tidak kira sperma atau telur wanita, dan merupakan sebahagian diet yang penting dalam meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki, terutamanya mereka yang ingin hamil
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini