Harini saya nak share tentang makanan untuk kesuburan...almaklumlah saya dan suami masih berusaha untuk mendapat zuriat, pelbagai usaha kami dah buat...yang terkini saya ambil set kesuburan shaklee...dan saya yakin, saya pasti akan mengandung suatu hari nanti...saya terjumpa topik ni dalam Majalah Pa Ma Januari 2013...mungkin ia berguna kepada sesiapa yang sedang merancang untuk hamil seperti saya...
Perbaiki gaya makan...
Kita perlu memperbaiki diet dengan merancang pemakanan seharian. Cuba untuk kurangkan makanan yang berlemak tetapi lebihkan makanan berserat seperti buah, sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju...ya saya memang suka yogurt especially time period. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tarikh subur sukar diramalAmbil suplemen tambahan...
Persekitaran, gaya hidup, makanan yang kita makan membuatkan kita memang sangat perlukan supplemen sekarang...walaupun anda rasa anda dahpun mendapat diet yang seimbang melalui makanan yang anda makan, percayalah bahawa nutrien pada makanan itu sudah banyak terhapus bila kita memasaknya contohnya sumber protein seperti ikan dan ayam. Sesetengah vitamin seperti vitamin C perbezaan-vit-c-shaklee-dengan-vit-c.html, vitamin E kekurangan-vitamin-e, Zink ZINK dan asid folik membentuk sperma yang sihat dan berkualitiMakan asid folik...
Nutrien ini dikatakan terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida dan dapat mengurangkan penyakit jantung, kanser dan kencing manis. kajian menunjukkan selain penting dalam bulan kehamilan, asid folik menambahkan peratusan anda untuk hamil. Anda disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang untuk hamil. Asid folik merupakan vitamin yang larut air. Jadi badan kita akan membuang asid folik yang berlebihan. Jadi sekiranya puan memasak sayuran yang kaya dengan folat, anda perlu menggunakan air yang sedikit bagi mengelakkan asid folik terlarut dalam air
4. Dapatkan berat badan yang ideal...
Bagi mereka yang bertubuh sedikit besar, mungkin dah tiba masanya untuk anda memikirkan cara untuk mengurangkan berat badan, hal yang sama kepada sesiapa yang terlalu kurus, anda perlu menambahkan sedikit berat anda supaya BMI kita cantik bagi memudahkan proses untuk hsmil. Biarkan pengurangan berat berlaku secara sedikit demi sedikit, elakkan pengurangan secara drastik mungkin dengan mengambil pil kurus kerana ia akan menyebabkan ovulasi tidak berlaku
5. Hindari tabiat buruk
Tinggalkan tabiat merokok serta duduk berhampiran dengan orang yang merokok. Tinggalkan tabiat minum minuman keras serta kurangkan minuman berkafein yang boleh menjejaskan kualiti sperma...
Akan datang saya akan kongsikan makanan yang mesti dimakan oleh lelaki dan wanita untuk hamil...Tunggu...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini