Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Thursday, October 30, 2014

MAKANAN YANG MEMBANTU POTENSI UNTUK HAMIL BAGI ISTERI

Assalamualaikum...
Hi Bloggers...
Sebelum ni saya ada share tentang pemakanan-untuk-kesuburan.secara umum. Kali ni saya nak kongsikan pula makanan yang membantu potensi untuk hamil bagi isteri. Kebarangkalian disebabkan kita kurang mengambil makanan yang saya nyatakan ini menyebabkan kita lambat dikurniakan zuriat...

Kekurangan zat dan vitamin tertentu dalam tubuh menyebabkan terdapatnya gangguan pada kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur...

1) ASID FOLIK

Wednesday, October 29, 2014

PETUA DI DAPUR

Assalamualaikum...
Hi bloggers...

Mlm ni dapat beberapa petua...
Petua bg simpan sayur2 supaya sentiasa segar...

1. Simpan cili api dan sayur2 dalam kertas surat khabar sebelum masukkan dalam peti sejuk

2. Simpan daun kesum, daun sun dalam surat khabar dan diletak di bahagian sejuk beku, mampu bertahan sehingga setahun

3. Simpan kerepek, keropok dan biskut dalam peti ais...makin rangup...

4. Simpan sayur dalam foil bg menjamin kesegarannya

5. Begitu juga dgn durian, ambil seulas2 durian dgn menggunakan sudu, masukkan di freezer...boleh tahan sehingga setahun

6. Rambutan pun kita boleh kupas kulitnya dan diletakk dlm peti ais. Sgt sedap dimakan ketika sejuk

Tuesday, October 28, 2014

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG KURMA

Sekadar perkongsian ilmu.

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

PEMAKANAN UNTUK KESUBURAN

assalamualaikum...hi bloggers...
Harini saya nak share tentang makanan untuk kesuburan...almaklumlah saya dan suami masih berusaha untuk mendapat zuriat, pelbagai usaha kami dah buat...yang terkini saya ambil set kesuburan  shaklee...dan saya yakin, saya pasti akan mengandung suatu hari nanti...saya terjumpa topik ni dalam Majalah Pa Ma Januari 2013...mungkin ia berguna kepada sesiapa yang sedang merancang untuk hamil seperti saya...

  1. Perbaiki gaya makan... 

    Kita perlu memperbaiki diet dengan merancang pemakanan seharian. Cuba untuk kurangkan makanan yang berlemak tetapi lebihkan makanan berserat seperti buah, sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju...ya saya memang suka yogurt especially time period. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tarikh subur sukar diramal

PETUA DEMAM DENGGI

Assalamualaikum...
hi bloggers... 
Saya tak pernah kena demam denggi, alhamdulillah. Tapi melihat kepada sahabat, ahli keluarga demam denggi ditahan di wad, nampak sangat kesian...dan dikhabarkan demam denggi terasa badan berbisa...wallahua'lam...hanya yang pernah melalui je yang tahu...apa itu Demam_Denggi 
Jika tak dibendung atau dicegah boleh membawa maut...
Hasil carian saya di internet, saya dapat beberapa petua demam denggi. Antaranya...

Monday, October 27, 2014

TIPS UNTUK MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MAKAN BUAH

Assalamualaikum...
Hi bloggers...
Adakah anak anda suka makan buah atau sayur? Kalau ya, tahniah. Tapi tak semua jawab ya...ada yang jawab tengok sayurlah...apabila tak makan sayur, anak2 kita tak dapat cukup vitamin sebab tu imunisasi anak2 rendah...sebab itu jugalah anak2 kita kerap sakit...

Ibu2 kenalah kreatif sikit ya...ni antara idea yang saya dapat daripada hasil pencarian saya di Google...

I WANT TO TOUCH THE CAT

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Sunday, October 26, 2014

BAHANA SOYA UNTUK IBU MENGANDUNG


Assalamualaikum...
Hi bloggers...
Harini saya nak berkongsi testimoni salah seorg master shaklee iaitu master zura betty...khas untuk ibu2 yang sedang hamil...yang disuruh minum soya supaya kulit anak putih...memang WAJIB baca...

Testimoni dari Master Zura Betty

BAHANA SOYA..!!

SOYA MEMBAHAYAKAN..
Meh nak share.. ni kisah 2 permata hati saya.. yang sebelah kiri tu Amsyar yang kanan Khaulah.. Masa saya mengandungkan Amsyar.. ade laa orang kata.. eh nak baby putih minum soya banyak2.. masa tu 7tahun dahulu.. masa tu facebook xde lagi.. Ilmu pun saya x banyak lagi.. Rakan2 sebaya yang preggy pun x ramai..

TRIP KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE KALI KEDUA

Assalamualaikum...
Hi bloggers...
Penuh aktiviti saya dan suami semalam...kaki kami dah lenguh sangat tapi kami enjoy sangat...seronok...

Harini kami pergi ke USS dari pagi USS baru bukak sampai USS tutup...kami pergi dengan menaiki bas.

Saturday, October 25, 2014

SALAHKAH MENJADI KAYA?

assalamualaikum...hai bloggers...

Berbalik kepada soalan saya di atas tadi, salahkah menjadi kaya? Kenapa orang Islam takut nak menjadi kaya? Ada pendapat yang kata, kalau saya kaya mungkin nanti saya akan jadi seorang yang kedekut, mungkin nanti saya akan lupa nak beribadat, mungkin juga saya akan abaikan keluarga saya, mungkin juga saya akan sentiasa nak menunjuk-nunjuk kekayaan saya...mungkin akan timbul perasaan sombong dengan kekayaan yang saya ada...alasan demi alasan...

Tapi sebenarnya salahkah menjadi kaya? Setiap orang kalau diberi pilihan semua nak pilih jadi kaya...tiada yang nak jadi miskin...kalau boleh dapat duit selepuk depan mata, seronok jugak kan...jadi OKB...Orang Kaya Baru...tapi bila teringat alasan di atas tu, masing2 menikus masing2 takut nak jadi kaya....

CARA BUAT BLOG

Assalamualaikum... hi bloggers...
Semalam ada kawan yang msg saya...wah viewer di blog awak dah 20K...saya nak belajarlah buat blog dengan awak...macamana ye?

ok harini saya akan sharekan tentang cara buat blog (especially kepada yang baru nak berjinak2 dengan blog)...dan saya akan mengajar membuat blog menggunakan blogspot...ini yang paling senang...

1) Langkah pertama, anda perlu buka www.blogger.com...daftar di situ. (saya akan tunjukkan langkah demi langkah dengan menggunakan gambar)

Wednesday, October 22, 2014

[Kisah saya dan shaklee]


Tengok semua orang share pasal kisah masing-masing membuatkan saya terpanggil untuk sharekan kisah saya pula...Kisah cinta saya kepada Shaklee bermula pada Disember 2012 diperkenalkan oleh kakak saya merangkap Mak Shaklee iaitu Kak Azreen Hashim set yang mula-mula saya cuba ialah SET KESUBURAN iaitu Vitalea, Vitamin E, GLA dan Zink...masa tu memang tak tanya banyak, ingatkan kakak saja nak suggestkan almaklumlah saya ngan suami dah hampir 3 tahun berkahwin dan kami belum dikurniakan anak...jadi ingat mungkin ade kawan dia cuba dan berjaya dia terus suggest pada kitorang...lagipun atas dasar percaya cakap doktor...cuba jelah...tak rugi pun mencubakan....lagipun elok juga untuk menyihatkan organ2 dalaman yang kita tak nampak...

RESEPI TELUR BUNGKUS TERBURAI

Assalamualaikum...hi bloggers...
Harini datang mood nk masak...first trial...not bad resepi telur bungkus terburai...kenapa terburai? Sebab isinya tak terbungkus betul sampai terburai hahaha...

Bahan yang diperlukan...
4 ketul nugget ayamas (ayam, daging xde, so belasah je pakai nugget)
3 biji  telur
1 sudu mayonis
Sedikit carrot
Sedikit colliflower (entah betul ke ejaan ni...kalo buang 1 l ops jadi benda lain)
2 sudu cili boh
3 sudu sos tomato
Setengah biji bawang besar (dipotong dua) 1 bhgn diblend, 1 bhgn lg dipotong mayang
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Sedikit minyak

DOA BAHAGIA SUAMI ISTERI

mari kita beramal dengan doa ini

Tuesday, October 21, 2014

PENJELASAN ISU PROGRAM SENTUH ANJING

Saya copy dan paste penjelasan isu program sentuh anjing yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Moga menjernihkan suasana yg agak tegang...


Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu,
setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

KEMPEN SAYA NAK PEGANG ANJING?

Assalamualaikum... hi bloggers...

Dalam minggu ni penuh kat wall fb dan wa saya, ramai yg share pasal kempen saya nak pegang anjing...saya gosok2 mata iye memang saya baca anjing...

Saya bukan ustazah...saya bukan ilmuan yang penuh ilmu agama di dada...saya hanya salah seorang umat Islam...hukum dalam Islam tu jelas...yang halal itu jelas, yang haram itu jelas...terang2 dalam al-Quran kata makan daging anjing itu haram...

ADAKAH ANDA BENAR-BENAR SAYANGKAN ANAK ANDA?

Assalamualaikum semua...

Perkongsian sahabat di group wa, renung2kan...

Warkah Terbuka Untuk Mak Ayah Yang Sayang Anak.

Anda ada anak gadis.
Umurnya 14 tahun. Tktn 2.
Manis. Sedikit cantik.
B'mana budak lelaki boleh 'tackle' dia ?

DOA AGAR ANAK PANDAI BELAJAR

 

Salah satu usaha yang ibubapa boleh buat adalah doa. Selain doa, mungkin boleh belikan anak2 OMEGA GUARD minyak ikan terbaik di dunia bagi membuatkan anak2 lebih fokus di kelas

Monday, October 20, 2014

KAYUH SEMULA

ayuh kayuh semula

Lagu yang memberi semangat

https://soundcloud.com/media-prima-radio/hani-zue-kayuh-semula?utm_source=soundcloud&utm_campaign=share&utm_medium=facebook


MATAHARI TERBIT DARI BARAT?

Cuba bayangkan...


6:00 pagi kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:00 pagi, hari masih gelap.Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan.

Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam 9:00 pagi, sudah time nak pergi
breakfast. Keluar pintu ofis, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh
dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.

JADUAL WAKTU SISTEM TUBUH MANUSIA

Assalamualaikum...hi bloggers


Harini saya nak share tentang jadual waktu sistem tubuh manusia. Inilah juga alasan kenapa vitamin ni ambil waktu pagi, kenapa ada yang kena ambil waktu malam

DOA SUPAYA TAK NYANYUK


DOA MENDAPAT ZURIAT YAN SOLEH DAN SOLEHAH

Doa ni saya dan suami amalkan tiap kali lepas solat


SEPAGI BERSAMA TUAN ZUHAIRI PENULIS BUKU LAW of UNIVERSAL ATTRACTION

Assalamualaikum...hi bloggers...
Beberapa hari tak menaip di sini rase rindu plak...
Harini perasaan saya super baguuuuuuuuuus...
Semalam saya berpeluang menyertai kelas LUA (Law of Universal Attraction) dengan Tuan Zuhairi penulis buku bersama isterinya Pn. Aisyah ... senang kata kelas semalam macamana nak dapat apa yg kita impikan...kelas yang hanya mengambil masa 2jam...tapi impaknya kepada saya,suami dan yang lain2 sangat besar...rase macam taknak balik...
Dan peserta bukan hanya datang dari sekitar kl, tetapi juga ada yg datang bentong, perak dan JB (saya dan suamilah tu)


Friday, October 17, 2014

SUAMI ANDA BERJANGGUT?

Assalamualaikum...hi bloggers

Sapa2 yg suami ada janggut...bca ni yerr...
Yg suami x ada janggut pun baca jugaa..
Bila bca ni...mesti suruh suami bela janggut...

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

MENAIKI BAS DARI JB KE USS?

Assalamualaikum...
Hi bloggers...

Harini saya nak sharekan tentang menaiki bas dari jb ke USS (Universal Studio Singapore)...sebelum ni, saya dan suami pernah bawa keluarga makcik ke USS dengan menaiki kereta...leceh skit dengan jammed, duit toll, minyak, duit parking,...

So kalini saya nk share dengan menaiki bas pula...bagi yang memang nak pergi USS semata2, boleh cuba tips ni...saya gunakan khidmat Rajawali Travel Agency...pejabatnya di Larkin, lorong di belakang Restoran Mat Misai dan berdepan dengan SMK St Joseph (B).
 

Beli tiket di sini. Pakej USS Dewasa RM190, Kanak-kanak RM150. Harga tu termasuk tiket masuk, tambang bas, dapat $5 utk makan (boleh share) dan {$5 untuk shopping (dengan pembelian 1 resit $35)}...pakej ni agak murah berbanding kalau kita berkerta ke USS sendiri...

Thursday, October 16, 2014

jaga solat kita

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian tazkirah:

Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,

Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,

Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,

Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,

Wednesday, October 15, 2014

13 typo di media Malaysia

Assalamualaikum...hi bloggers...
baru-baru ni penuh dalam wa saya kawan2 share tentang typo wartawan di media massa Malaysia... Lepas ni nak kena lebih berhati-hati ketika menaip samada di blog, fb atau page...

 1) jenazah vs ijazah
 berita gembira jadi berita sedih?

PT3...

Assalamualaikum...hi bloggers ...
Setelah 3 hari bertungkus lumus, akhirnya... selesai juga...
alhamdulillah...semoga anak didik mendapat keputusan yang memberansangkan...
bagi yang tak tahu, PT3 ni adalah menggantikan PMR. Pada bulan 7 yang lalu, dah dijalankan PT3 Sejarah dan Geografi, pada 3 hari lepas dijalankan pula 6 subjek lainseperti BM, BI, Matematik, Sains, KH dan Pendidikan Islam...

Tuesday, October 14, 2014

Tips masak-memasak

INFO DARI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN:
  •  Sayuran yang dimakan mentah contoh taugeh, daun kesum, serai wangi dll yang dibuat ulam, yakni tidak dimasak..perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu utk mengelakkan drpd jangkitan virus e.coli 
  • Petua beli ayam segar beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit, kalau beli pada waktu t.hari, pastikan balik ke rumah terus cuci dan masukkan ke dalam peti sejuk beku sebelum dimasak. Ini untuk matikn bakteria. Masak ayam dengan sempurna. Kalau tak cukup masak, bakteria tak mati dan akan aktif semula bila makanan itu sejuk 

Monday, October 13, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Pantang larang supplement



 assalamualaikum...hi bloggers...
untuk memastikan keberkesanan vitamin yang diambil, kita kena patuhi beberapa pantang larang

1. Protein-
Sebaiknya diambil di waktu pagi semasa pesut kosong..kerana waktu pagi metabolisme kita tinggi..ESp tidak boleh dobancuh dengan air panas, kerana protein mudah rosak dgn air panas serta ESP tak boleh menggunakan sudu besi sama alasan untuk madu, berlaku tindakbalas kimia menyebabkan kurang berkesan

2. Alfalfa-
Tidak boleh diambil bersama vit E atau GLA.. vit E akan menghalang penyerapan alfalfa

19 risiko kekurangan protein

Hari ni saya nak kongsikan tentang kesan akibat kekurangan protein dalam badan. Ramai yang tidak sedar tentang kekurangan protein dalam badan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Protein boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Pendek kata, apabila ayam, ikan, daging dimasak, nutrien proteinnya musnah, jadi kita tak dapat protein secukupnya untuk badan kita...

Rahsia bulan kelahiran

 Rahsia bulan kelahiran ini adalah berdasarkan kajian selama 25 tahun
oleh [Dato' Dr. Fadzilah Kamsah] berkaitan sikap manusia. Sejauh mana ketepatan dan kebenarannya, tidaklah diketahui......... 
 

[SEPTEMBER]

sangat bersopan santun dan bertolak ansur
sangat cermat, teliti dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
sangat prihatin dan terperinci,
amanah, setia dan jujur
kerja yang dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yang tidak diketahui

Sunday, October 12, 2014

jejantas runtuh?

Assalamualaikum...
Hi bloggers...
Dapat gambar2 ni daripada group wa...bahaya betul...masa sekolah dulu , kan selalu kita nyanyi lagu london bride is falling down...falling down...falling down...london bridge is falling down, my fair lady...

Friday, October 10, 2014

stress boleh membunuh?

Assalamualaikum...hai bloggers...

Perkongsian dalam group wa semalam...
Copy paste dr group maktab...

Jaga2 cikgu2

Buat kerja jgn stress sgt.
Kisah benar yg baru berlaku;

"Hari ni kami di sekolah digemparkan dgn berita sedih. Seorg guru perempuan  pengsan di sek  & berbuih mulut slps jadi MC Majlis Pelancaran Nilam. Bawa ke Hosp Kajang, diberi bantuan oxygen krn tdk blh bernafas. Bacaan bp 200/100. Doktor scan pembuluh darah di kepala pecah. Skrg masih berdarah & koma. Kami rasa sebak sgt2. Kawan yg berada di hosp lg sebak tgk ragam anak2 beliau yg darjah 5,4 dan 5 thn."

Dari rakan guru beliau,

Thursday, October 9, 2014

Resepi Air Asam Dr. Har

Saje tampal resepi ni di sini, senang nak rujuk bila nak buat...saya selalu fail bila buat air asam...nampak sedap resepi ni, bolehlah nanti dicuba buat...yum yum

Doa suami isteri...

Assalamualaikum...hai bloggers...
Alangkah indahnya jika suami mendoakan isteri dan isteri pula mendoakan suami...insya Allah, rukun rumah tangga

Wednesday, October 8, 2014

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

sambungan...

[MEI]

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran yang tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang amat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan

Tips menyimpan barang mainan anak-anak

Assalamualaikum...hi bloggers...
Dapat tips ni daripada kawan yg share...ibu2 mesti rimas dengan barang mainan anak2...kemas di sini, bersepah di sana...di sini dikongsikan beberapa tips untuk menyimpan barang mainan anak2...

Terasa nak pencen awal?

Assalamualaikum...hi bloggers...
Tadi di kantin duduk dengan semeja cikgu senior (cikgu normah) yg usianya dah hampir sebaya dengan mak saya...lagi 3 org cikgu muda termasuk saya...

Cikgu normah: penatnya keje kan sekarang ni...ikutkan hati nak je pencen...tapi bila fikir kalau tak kerja siapalah nak bagi duit...

Saya: tulah mengajar tak rase penat, tapi tugasan lain buat kita rasa penat...akak berapa tahun lagi nak pencen?

Cikgu normah: akak dah 56...ikutkan lagi 2 tahun la pencen...tengoklah larat ke tak

Tuesday, October 7, 2014

resepi aiskrim goreng

Assalamualaikum...hi bloggers...
Harini nak share resepi yg mudah dan ringkas...

Bahan2 roti, aiskrim, minyak
1) letakkan aiskrim atas roti
2) Lapikkan roti kedua
3) Ambil cawan dan tekan kuat2 hingga roti terpotong di hujungnya
4) goreng dalam minyak yg menggelegak...
5) tarra dah siap...

idea DIY

Assalamualaikum...hi bloggers...
Adakah anda seorang yg kreatif? Idea2 ni mungkin anda boleh cuba...saya kongsi je...saya xcukup kreatif dan tak cukup rajin...org kata apa tangan kayu...tak kreatif langsung...

1) Sarung hp

Monday, October 6, 2014

MAS siarkan doa perjalanan sebelum berlepas?

Assalamualaikum...
Hi bloggers...
Saya mendapat gambar ni dari FB...dan mendapat reaksi pelbagai daripada bangsa Cina... Alhamdulillah pengurusan MAS dah membuat tindakan yang sewajarnya dengan menyiarkan doa ketika menaiki kenderaan. Setelah 2 kes hitam yang melibatkan MAS, memang terdapat pelancong yang gusar dan takut dengan tahap keselamatan sistem penerbangan Malaysia... selalu lah berdoa semoga pesawat MAS akan selamat


Ben Afleck dan Islam?

Assalamualaikum...hi bloggers...
Terbaca komen Ben Afleck tentang Islam...sangat kagum seorang yang bukan islam tetapi menyokong Islam. Semoga Allah berikan hidayah padanya

Sunday, October 5, 2014

toner, perlu ke?

Assalamualaikum...

Lanjutan daripada entry sebelum ni...
Ok kalau dah masker sila letak toner ye
Tau x knp toner ni penting
Kenapa ia penting sangat2 ?
Toner berperanan untuk menyegarkan wajah anda selepas mencuci muka.
Dan selepas mencuci muka, belum tentu wajah anda bersih sebersihnya. Buktinya, tuangkan toner pada kapas muka dan sapu dari bahagian dagu keatas dan lihat hasilnya kapas muka itu bertukar warna macam coklat2 gitu....tu menandakan wajah still ada kekotoran. Sebab tu la juga jerawat n masalah lain senang muncul bila tak bersih abis beb! ^^

mangsa aidiladha

Assalamualaikum...hi bloggers
Harini baca akhbar tentang kemalangan di terowong menora semalam...yang mengorbankan 2 beranak...harini dalam buletin 1.30 pula kemalangan bertempat di pahang yang mengorbankan 6 nyawa...melibatkan kereta alza, kereta myvi dan bas...dikhabarkan kereta alza terbelah dua, dan serpihan dilanggar pula oleh kereta myvi...Allahuakbar, sayu hati bila dengar berita sedih di saat kita bergembira menyambut hari raya...berhati2 semua di jalan raya...kampung halaman tak akan berlari ke mana...pandu laju sampai, pandu perlahan pun sampai...kelsjuan sederhana pun sampai...

Saturday, October 4, 2014

amalan sunat sewaktu aidiladha...

Assalamualaikum...hi everyone...
Harini nak share amalan sunat sewaktu aidiladha...
1) mandi sunat aidiladha
2) memakai pakaian yang bersih dan baru
3) memakai wangian yang menyenangkan
4) makan selepas balik dari solat hari raya
5) menggunakan jalan yang berbeza ketika pergi dan balik dari masjid
6) bertakbir, bertahmid bermula maghrib 10 zulhijjah sehingga terbenam matahari 13 zulhijjah
7) besederhana dalam membuat persiapan
8) berkorban bagi yang berkemampuan

Amaran...hadis palsu jangan disebarkan

Assalamualaikum...hi bloggers...
Semalam ramai yg minta maaf sebab baca 1 hadis...

~SHARING IS LOVING~

Berhubung dengan mesej yang tersebar ini
----------------------------

Assalamu'alaikum wbt..
Sesiapa yg terasa hati@marah pd saya, saya harap maafkan saya sblum berakhirnya hari Arafah...
sbb Rasulullah
bersabda:
'Pd hari Arafah di angkat segala amalan kpd ALLAH, melainkan org yg bermusuhan (bergaduh)'

penting ke masker kalau nak cantik?

Assalamualaikum...hi bloggers
Harini saya bermasker lagi...pecah rekod 2 hari berturut2 bermasker...
 
ESP + SCP + Vivix + vit e + toner nutriwhite...ambik ko 5 bahan saya gunakan untuk buat masker harini...dan semuanya produk shaklee...hasilnya kulit lembap + lembut + pori2 makin kecil...misi mengecilkan pori2 yeah...

Nak tegangkan payudara dan punggung?

Assalamualaikum...hi everyone...
Ada isteri merangkap ibu2 yang menyusukan bayi mengeluh...sejak bersalin n menyusukan badan, payudara makin kendur...punggung pun dah kendur setelah melalui proses bersalin...kalau tak jaga, makin lama makin kendur...meh nak kongsikan set menegang shaklee...bukan setakat tegang luar, malah boleh tegang dalam sekali...persis anak dara...

Shaklee Collagen Powder...

Teknologi baru air kelapa ganti petrol?

Assalamualaikum...hi everyone...
Memandangkan sekarang ni tengah hangat isu minyak naik...macam2 idea keluar untuk menjimatkan minyak kereta...orang Malaysia kan memang kreatif...tak percaya? tak yah cakap banyak, baca kat gambar ni jelah...


Friday, October 3, 2014

Rekod nama terpanjang di Malaysia

Assalamualaikum...hi bloggers...






Terbaca dalam akhbar sinar...JPN umumkan nama yang terpanjang di Malaysia...memang betul2 panjang...sekarang budak tu baru darjah 2...saya tertanya macamanalah rupa IC dia nanti part nama je dah 4 baris gamaknya...

Itu belum cikgu nak tulis nama dia dalam buku kedatangan...kesiannya, guru kelas dia...kalau cikgu nak buat sijil kat sek pun mesti namanya berbaris2...sedangkan kadang2 ruang nama pada sijil sangat terhad...

Yang lagi parah, bakal suaminya...time nak lafazkan akad nikah...dan org melayu suka membuatkan akad nikah tu jadi susah...mesti sebut akad tu dengan sekali nafas...sedangkan dalam Islam takde pun macam tu...semput la weh nak menyebut nama bakal isterinya...

Tak kiralah nama pendek atau panjang...yang penting maknanya baik...dan seeloknya dipanggil nama penuh...

Doa sebelum waktu berbuka puasa sunat Zulhijjah

Mohon di kongsi bersama..

Doa:

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu.
Di bawah doanya sebelum waktu berbuka puasa sunat ZulHijjah;
(15 min sebelum waktu berbuka)
In Shaa Allah

Bismillaahirrahmaa nirrahiim

MUNAJAT ZULHIJJAH…

Ya Allah… ya Rahman… ya rahim…

Dalam dakapan ZulHijjah yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah.. takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua.. justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami.. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami... kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah... ya Rahman... pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami... kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk keluarga kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh… golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai… apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU.. maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2… dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…

Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab..
Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..

Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah… agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada d klgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti.. sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati.. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu.. sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah…. Jgnlah kau jdkan ZulHijjah ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn ZulHijjah yg akn dtg… Tapi, Andai ini ZulHijjah terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ZulHijjah ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah… jdkanlah ZulHijjah ini sebagai penghapus dosa2 kami..

Ya Allah.. terimalah amalan kami.. terimalah taubah kami.. ampunkanlah segala dosa kami... amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Aamiiin Ya Rabbal'alamin

Doa hari Jumaat

DOA HARI JUMAAT
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.
يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. َ

Jom amalkan doa ni

Cium ketiak suami rawat tekanan?

Assalamualaikum...hi everyone...
Semalam dapat msg ni daripada seorang kawan...
 
Masa dapat msg ni...nak tergelak pun ada...tapi jangan main2 ada kajian dah dibuat tau...hahaha...

Ada yang berani nak buat? Tengok berjaya tak kaedah ini kurangkan tekanan si isteri sehari-hari? Make sure suami anda dah mandi...dah pakai deodorant...kalo tak bile cium ketiak dia, bukan makin hilang tekanan tapi makin TERTEKAN sebab bau masyem...hahahaha

Macamana nak letak labels di tepi blog

Assalamualalaikum, hi everyone...
semalam dalam group wassap blog ada yg bertanya, kak macamana nak buat macamni? Sebelum ni, kebanyakan tutorial blog hanya tulisan...kalini saya bg dengan gambar sekali
 

Kira macam folder...taklah serabut blog kita. Viewer pun senang nak cari apa yang dia nak baca

Step yang pertama, pergi kat dashboard, di bahagian tepi dashboard ada layout, klik di situ

 

Thursday, October 2, 2014

aktiviti kanak2 yg murah dan bagus untuk minda

Terjumpa entry ini dalam facebook, so sengaja tepek kt blog untuk rujukan bila sya ada anak nanti...sangat menyeronokkan...pasti anak2 tak bosan...di samping menggunakan barangan yg murah...dan mesra pengguna





Seorang Ibu Menulis 13 Permainan Yang Kita Patut Tahu Jika Mahu Anak Pandai. #7 Sangat Simple


Kami amat menggemari post blog ini!

Seorang ibu, Puan Adlil Rajiah, menulis di dalam blognya 13 permainan yang ibu bapa patut tahu untuk menggalakkan perkembangan minda anak. Kebanyakan permainan yang diperkenalkan, adalah dari barangan harian – ia amat murah dan mudah untuk dilakukan! Tanpa menunggu lagi, sila baca penulisan beliau di bawah ini:
—————–
Aktiviti kanak-kanak yang murah & bagus untuk perkembangan minda!
Ok topik hari ni agak ke”mak-mak”an sikit. Orang bujang mesti boring baca. Tapi kalau bujang yang kuat berangan, boleh la baca sambil berangan anak ada kat sebelah. Scaryyyy~~ ;D
Ok sebenarnya since aku publish entry pasal Child Psychiatrist tu kan, ramai parents yang email aku dan share pengalaman masing-masing buat assessment dengan Child Psychiatrist. Rupanya ramai jugak parents yang dah pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist kan. Aku ingat aku sorang je. -___-

Rahsia bulan kelahiran

RAHSIA BULAN KELAHIRAN
Rahsia bulan kelahiran ini adalah berdasarkan kajian selama 25 tahun
oleh [Dato' Dr. Fadzilah Kamsah] berkaitan sikap manusia. Sejauh mana ketepatan dan kebenarannya, tidaklah diketahui.........

[JANUARI]

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu
daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
cukup sayang pada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cemburu yang sangat tinggi


[FEBRUARI]

berfikiran abstrak
sukakan benda yang realiti dan abstrak
intelligent, bijak dan genius
personaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yang lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamerkan marahnya
tidak suka benda yang remeh-temeh
suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search