Followers
DISCLAIMER
Friday, September 20, 2013
Thursday, September 19, 2013
kisah sedih melanda diriku...
salam...
baru-baru ni sewaktu saya berada di rumah saya di JB, saya dikejutkan dengan perkhabaran yang tak pernah saya jangkakan...suami wa...datang hospital khoo teck phuat di Yishun...i got into accident...berderau darah...tak tahu nak buat apa...cepat2 solat magrib...terus drive kete untuk masuk singapore...set2 gps takde plak hospital tu...serious memang rase blurr...macamana ni...
memang tekad...tak kiralah macamana nak pegi hospital tu, dah sampai kang baru fikir...masa tu tuhan je yang tahu betapa berdebarnya saya...air mata bercucuran dari masuk kereta sampailah masuk di kastam singapore...mase tu kepala memang ingat yang negatif je...tapi mulut asyik kata in sya allah dia tak apa2...otak dan mulut dah tak sehala...bila hampir masuk ke kastam, abah mertua call, dia kata dah tau ke? tadi abah sempat naek ambulans sama2 dengan Jas (nama suami) lagilah makin laju air mata bercucuran...
rasa belum cukup berkhidmat kepada suami...rase banyak lagi belum buat bersama...belum ada anak dengannya...masih banyak cacat cela...ya allah bagilah peluang untuk saya berkhidmat kepadanya...untuk saya terus menyayanginya...
bila sampai di rumah mak mertua, mak terus tahan teksi untuk ke hospital tu...sesampai di hospital, abah tunjuk box dan helmet abang...dah ingat box tercampak ke...apalah keadaannya abang...bila dibenarkan melawat abang, memag terus peluk abang...dah tak malu dengan mak abah bila saya menangis sekali lagi macam anak kecik...memang saya takut saya akan kehilangannya...dan memang kesian tengok keadaannya banyak luka sana sini...tangan kanannya berbalut...patah...ya allah syukurla dia tak apa2...saya tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi pada saya sekiranya dia tiada...sesungguhnya betullah orang kata masa dia ada, kita kurang hargai...tapi bila dia tiada kita tercari-cari...

Thursday, September 12, 2013
Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium!
Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium!
Kalsium! Ramai orang kaitkan kalsium untuk kesihatan tulang je.
Tapi tahu tak kalsium bukan hanya penting untuk tulang?
Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
Tapi tahu tak kalsium bukan hanya penting untuk tulang?
Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.
Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.
Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kekurangan, boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.
Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis. Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.
Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya.
Sumber diolah daripada: Life123
Oleh itu, pengambilan Vitamin Kalsium adalah sangat penting terutamanya bagi individu di akhir usia 20an dimana kandungan kalsium dalam tubuh sudah mula merosot.
sumber kalsium terbaik datang dari susu dan produk tenusu...tapi kebanyakan kita tak suka minum susu...jadi penyelesaiannya OSTEMATRIX...anda bukan hanya dapat kalsium malah magnesium dan vitamin2 lain...hanya 4 biji sehari sebelum tidur
SYIKIN, Shaklee ID: 919352 |
donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim
Page AlyaSofiya Your Health
Buddy
Tuesday, September 10, 2013
tanda-tanda tubuh tak cukup zat...
Sebenarnya tubuh kita sering hantar signal ataupun tanda2 yang tubuh
kekurangan vitamin..mungkin masa tu antara sedar atau tidak je..kadang2
kita sendiri yg tak hiraukan ataupun ambik mudah..tanda2 seperti cepat
rasa letih, badan lemah, kulit jadi kering, bibir pecah dan macam2 lagi
yg biasanya berlaku bila tubuh kurang vitamin ni..bagi saya sendiri
kalau tak ambik suplemen memang akan dapat signal-signal macam tu...ye
la penat dengan bekerja di pejabat..balik rumah bekerja untuk suami dan
anak2..kalau boleh nk semua benda perfect..tapi sampai satu tahap badan
jadi sangat penat..untuk ibu2 dan seisi keluarga bolehla tambahkan
suplemen untuk bujet bulanan anda..kesihatan tiada galang ganti...
Jom tengok senarai beberapa signal yg cuba disampaikan oleh tubuh bila kurang vitamin..
tambahan info...dulu suka subjek sains...ingat2 balik apa yang saya belajar dulu
Jom tengok senarai beberapa signal yg cuba disampaikan oleh tubuh bila kurang vitamin..
- Kuku mudah patah- Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan oleh kekurangan ZAT BESI, ZINK dan ASID LEMAK PATI atau ESENSIAL. Boleh ambil makanan daripada sumber seperti daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh ye bila kuku sering patah sbb biasanya kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan daripada keadaan ni berterusan kerana ia menunjukkan anda terkena penyakit tiroid.
- Mata terasa kering- Bila sering merasa mata pedih dan kering sebenarnya disebabkan keadaan persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Boleh atasi keadaan ni dengan ambik VITAMIN A dan ASID LEMAK PATI. Amalkan makan banyak sayur dan buah buahan yg bewarna hijau, kuning dan oren.
- Pecah-pecah di bahagian hujung mulut- Tanda2 kekurangan ZAT BESI, VITAMIN B12, B6 dan ASID FOLAT. Sebaik-baiknya banyak mengambil daging, kekacang dan sayuran bewarna hijau.
- Bibir pecah-pecah- Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu ia disebabkan oleh kekurangan VITAMIN B2. Sebaik-baiknya ambil daging dan produk tenusu.
- Kulit memerah dan wajah berminyak- Kemungkinan anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan VITAMIN B2, B6, ZINK atau LEMAK PATI MINYAK. Cuba ambil lebih daging, ikan dan kerang.
- Jerawat- Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan VITAMIN B KOMPLEKS, VITAMIN E dan ASID LEMAK PATI. Untuk mengatasinya ambil lebih banyak produk daripada haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.
- Rambut nipis- Kekurangan ZAT BESI atau ZINK boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.
- Kelemumur- Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kelemumur. Selain itu kekurangan VITAMIN C, B6, ZINK dan ASID LEMAK ESENSIAL juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah buahan seperti limau/oren, daging, ikan dan produk susu.
- Mata merah- Mata yang merah sering dianggap mata letih atau akibat debuatau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan VITAMIN A dan B2. Sebaik baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren atau hijau.
- Luka lambat sembuh- Kemungkinan anda kekurangan ZINK. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan yang bersumberkan susu dan kerang agar dapat mengatasi masalah ini.
tambahan info...dulu suka subjek sains...ingat2 balik apa yang saya belajar dulu
- tanda putih pada kuku - kukurangan zink
- rambut mudah gugur - kekurangan zink
- gusi berdarah - kukurangan vitamin c
- sembelit - kekurangan vitamin c
- anemia - kekurangan zink
- SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim Page AlyaSofiya Your Health Buddy
Sunday, September 1, 2013
Saturday, August 31, 2013
Friday, August 23, 2013
makanan yang perlu dielak sewaktu hamil
Makan dan makanan yang seimbang adalah penting pada setiap masa, tetapi ia adalah lebih penting apabila anda sedang hamil. Terdapat nutrien yang penting, vitamin, dan mineral-mineral yang membangunkan keperluan bayi.Kebanyakan makanan yang selamat; Walau bagaimanapun, terdapat beberapa makanan yang anda harus elakkan semasa mengandung.
Tidak
terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa
kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang
sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada
sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan
boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir.
Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan.
Kafein : Walaupun
kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein dalam jumlah
yang sederhana adalah OK, namun sebahagian wanita mengandung yang
mengambil kafein menunjukkan bahawa pengambilan kafein mungkin berkaitan
dengan keguguran . Cuba elakkan kafein semasa trimester pertama untuk mengurangkan kemungkinan keguguran . Sebagai peraturan umum, kafein harus dihadkan kepada kurang daripada 200 mg sehari semasa mengandung. Kafein adalah diuretik, yang bermakna ia membantu menghapuskan cecair dari badan. Ini boleh menyebabkan air dan kehilangan kalsium. Ia adalah penting bahawa anda minum banyak air, jus, susu dan bukannya minuman berkafein. Beberapa
penyelidikan menunjukkan bahawa jumlah kafein yang besar yang dikaitkan
dengan keguguran, kelahiran pra-matang, berat lahir yang rendah, dan
gejala penarikan balik pada bayi. Perkara yang paling selamat adalah untuk menahan diri dari mengambil kafein dalam kuantiti yang berlebihan.
Telur mentah: telur mentah atau mana-mana makanan yang mengandungi telur mentah harus dielakkan kerana potensi pendedahan kepada salmonella. Beberapa
kuah Caesar buatan sendiri, mayonis, ais krim buatan sendiri atau
kastard, dan sos Hollandaise boleh dibuat dengan telur mentah.
Kerang-kerangan mentah: Kebanyakan
penyakit yang dibawa oleh makanan laut disebabkan oleh kerang-kerangan
yang kurang masak, yang termasuk tiram, kepah, dan kupang . Memasak
membantu mencegah sesetengah jenis jangkitan, tetapi ia tidak
menghalang jangkitan yang berkaitan dengan alga yang dikaitkan dengan
ombak merah. Kerang mentah menimbulkan kebimbangan untuk semua orang, dan mereka harus dielakkan sama sekali semasa mengandung.
Keju lembut: Keju lembut mungkin mengandungi bakteria dipanggil Listeria yang boleh menyebabkan keguguran . Listeria
mempunyai keupayaan untuk menyeberangi plasenta dan boleh menjangkiti
bayi yang membawa kepada jangkitan atau keracunan darah, yang boleh
mengancam nyawa. Anda
perlu untuk mengelakkan keju lembut seperti: Brie, keju Camembert,
Roquefort, Feta, Gorgonzola dan keju gaya Mexico yang termasuk queso
BLANCO dan fresco queso, melainkan mereka yang dengan jelas menyatakan
bahawa mereka yang dibuat dari susu pasteur. Semua keju lembut yang diimport bukan dibuat dengan susu pasteur adalah selamat untuk dimakan.
Sayur-sayuran yang belum dicuci: Ya, sayur-sayuran adalah selamat untuk dimakan dan ia amat penting bagi membekalkan zat kepada badan.Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk memastikan mereka dibasuh untuk mengelakkan pendedahan yang berpotensi untuk TOXOPLASMOSIS . TOXOPLASMOSIS boleh mencemarkan tanah di mana sayur-sayuran telah ditanam.
Gula :
Pengambilan gula yang berlebihan semasa mengandung boleh menyebabkan
komplikasi seperti kandungan gula yang tinggi di dalam darah semasa
mengandung. Ia juga boleh menyebabkan risiko saiz bayi besar dan
menyebabkan sukar untuk bersalin normal.
Bolehkah memakan durian semasa mengandung?
Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan.
Monday, August 19, 2013
banyakkan bersedekah...jangan berkira
Tak sangka ALLAH balas cepat'
KHALILAH GUSTI
19 Ogos 2013
KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat,
kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang
menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.
Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.
Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.
Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.
"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.
Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.
“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,
“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”
Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.
Dermakan segumpal wang
Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.
Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.
Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.
Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.
“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.
Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.
“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.
“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.
Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.
Upah naik beca
Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.
“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.
Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”
Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.
“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.
“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.
"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.
"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.
Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.
“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.
Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.
Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.
Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.
Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.
Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

11 tanda awal kehamilan
Saat kehamilan adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan
suami isteri. Setiap bulan wanita yang ingin hamil pasti
tertunggu-tunggu adakah dia hamil atau tidak. Ada wanita yang tidak
perasan sebarang tanda kehamilan selama beberapa minggu dan mula
tertanya-tanya “Adakah saya hamil?” apabila haid tidak datang. Berikut
ialah senarai 11 tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami
kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom
kehamilan ini.
1. Lewat datang Haid
5. Keletihan
Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa sangat letih sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awalkehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
6. Pendarahan
Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi berlaku kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
7. Sembelit
Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.
8. Perubahan Mood (Moody)
Anda mungkin akan marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah mungkin akan berlaku saat kehamilan.
9. Payudara membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
10. Kram
Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda
11. Ujian Kehamilan yang POSITIF !!
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini. Tahniah!
1. Lewat datang Haid
Menanda hari pertama haid keluar setiap bulan adalah amat penting
terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Doktor akan
mengira due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari
pertama haid dan bukannya hari terakhir. Jika anda seorang yang sibuk,
anda boleh ‘install’ pelbagai application yang boleh menanda, dan
menyatakan waktu subur anda di dalam hp. Antara application yang boleh
anda install ialah ‘My days’!
2. Terasa Mual & Loya
Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini
berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran
darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda
disahkan hamil. Mual dan loya atau lebih dikenali sebagai morning
sickness, kebanyakan berlaku pada trimister pertama sahaja, keadaan akan
bertambah baik apabila masuk ke trimister kedua.
3. Mengidam
Mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan.
Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin
hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda
kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan
beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada
hari pertama haid terakhir anda.
Sesetengah wanita akan mengidam makanan yang kurang digemarinya! Menarik bukan! Oh kadang-kadang simptom mengidam juga akan dialami oleh si suami bukan si isteri
Sesetengah wanita akan mengidam makanan yang kurang digemarinya! Menarik bukan! Oh kadang-kadang simptom mengidam juga akan dialami oleh si suami bukan si isteri
4. Kerap buang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human
chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang
air kecil lebih kerap. Ini disebabkan volume plasma meningkat semasa
hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.
5. Keletihan
Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa sangat letih sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awalkehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
6. Pendarahan
Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi berlaku kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
7. Sembelit
Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.
8. Perubahan Mood (Moody)
Anda mungkin akan marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah mungkin akan berlaku saat kehamilan.
9. Payudara membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
10. Kram
Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda
11. Ujian Kehamilan yang POSITIF !!
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini. Tahniah!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum... Hi bloggers... Petang ni saya nk kongsikan resepi popia cheese meleleh... Actually, time saya taip post ni saya tengah...
-
Assalamualikum...hi everyone Semalam saya dah kongsikan post pertama kali masuk singapura . Harini saya nak kongsikan beberapa tempat yang ...
-
Assalamualaikum... hi bloggers... harini dalam group wa, masing-masing share tentang seni deco mendeco rumah masing-masing...teruja tengok...
-
Assalamualaikum... hi bloggers... Harini saya nak kongsikan susur atur barangan ikea di rumah mak...moga mencetuskan idea untuk sesiapa...
-
Assalamualaikum... Hi everyone... Harini nak share pasal cara potong buah tembikai dengan cepat... a) Tembikai Saya sangat suka makan b...
-
Assalamualaikum... hi bloggers...terasa lama tak post di blog ni...saya ni seorang yang suka makan...bila ada kawan2 yang b...
CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT
Anti – Aging
Vivix
Anti- Oxidant
Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix
Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}
Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD
Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake
Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,
Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP
Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa
Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health
Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic
Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD
Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard
Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix
Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix
Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

RENCAM KEHIDUPAN
- Khidmat masyarakat (11)
- Kisah lawak (3)
- Kreativiti (3)
- Makan-makan (5)
- Resepi-resepi (10)
- Seni Potong buah (2)
- Tips kereta (3)
- Tips penjawat awam (1)
- deko bilik mainan anak (1)
- deko bilik tidur (2)
- deko dapur (1)
- deko dinding (2)
- deko dining hall (2)
- deko garden (1)
- deko ruang jahit (1)
- deko ruang tamu (1)
- ikea (2)
- kaison (2)
- modern style (1)
- motivasi (34)
- psikologi (6)
- tips kewangan (2)
- tips makanan (5)
- tips pengantin (1)
- tips peniaga kain online (2)
- tutorial blog (7)