Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Friday, May 2, 2014

Buah Oren VS Jus Oren



Mana lagi BAGUS? Makan buah atau minum Jus buah?

Minuman jus buah tidak sama seperti anda makan buah terutama dari segi kandungan nutrien. Bagaimanapun ia tidak bermakna anda tidak boleh menikmati jus buah, cari jus buah dan tidak ditambah gula. saiz hidangan yang dicadangkan 1/2 atau 3/4 cawan

Perbezaan buah oren dan jus oren
Nutrien
Buah oren
Jus oren
Vitamin C
83mg
51 mg
Serat
3.1g
0,3 g
Kalsium
60 mg
16 mg
Folat
48 mg
28 mg

 sumber: Majalah I-sihat

6 mitos tentang batuk

assalamualaikum...sekarang ni musim batuk...saya pun tengah batuk ni...terbaca dalam majalah i-sihat tentang batuk...

 !) Mitos - Semua batuk terjadi disebabkan jangkitan kuman
Fakta - Tidak benar, banyak alasan kenapa kita batuk mungkin juga disebabkan virus yang umum terdapat di sekeliling  menyebabkan pneumonia serta jangkitan bakteria. Kemungkinan juga akibat masalah jantung

2) Mitos - batuk memerlukan antibiotik
Fakta - kebanyakan batuk disebabkan virus, antibiotik tidak membantu. Pengambilan antibiotik secara berlebihan menyebabkan keadaan bertambah buruk

3) Mitos - batuk yang lama pasti TBC (Tuberkulosis)
Fakta - Tidak semestinya, penyebab lain batuk adalah pneumonia, penyakit paru kronis (COPD), asma, kanser paru-paru

4) Mitos - Makan asam punca batuk
Fakta - tidak ada bukti menunjukkan makan asam punca batuk, tetapi kemungkinan makanan masam menimbulkan iritasi  ringan pada kerongkong

5) Mitos - semua ubat batuk air atau sirap menyebabkan mengantuk
Fakta - hanya ubat batuk yg mengandungi chlorpheniramine, antihistamin yang membuatkan mengantuk manakala ubat yang ada dextromethorphan tidak menyebabkan mengantuk

6) Mitos - semua ubat batuk menyebabkan ketagih
Fakta - kebanyakan ubat batuk tidak menyebabkan ketagihan

Friday, April 25, 2014

[Tips Persiapan bahan untuk masak bagi wanita bekerja]


Saya isteri yang bekerja, jarang dapat masak sebab macam2 alasan...balik keje dah penat...tak reti masak...yang pastinya malas:p

tapi ini saya nak share 1 tips untuk mudahkan cara nak siapkan bahan masakan kita...manelah tau lepas ni, dah senang rajinla ke dapur


caranya kita blend bahan asas. bahan yang diblend tu boleh ikut citarasa.. (cili + bawang putih + bawang merah + garam). mungkin ada yang nak tambah belacan siap2...goreng sambal kosong tu, biar sejuk masuk dalam beberapa bekas kecik untuk sekali masak  letak dalam freezer...bila nak guna baru keluarkan bekas kecik ni...

sambal ni boleh guna untuk masak sambal, buat pes ikan bakar, sardin goreng, asam pedas (tambah halia & kunyit kemudian), goreng mi, bihun kuey teow...dan sambal kosong ni boleh tahan 6bulan bila dlm freezer...mudahkan...selamat mencuba

Thursday, March 27, 2014

PROTEIN??? KENAPA KITA PERLUKAN PROTEIN



Assalamualaikum...
Lamanya rasa nak update blog, tapi ada je masalahnya...malam ni target mesti post something di blog ni...lagi bersemangat bila tengok bilangan pengunjung makin bertambah...bilangan pengikut makin bertambah...

Protein? Apa itu protein?
Protein ialah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Pendek kata setiap anggota dan organ tubuh kita memerlukan protein untuk memastikan setiap anggota dan organ kita dapat berfungsi semaksima mungkin.

Sumber Protein?
Kita boleh dapat daripada ikan, daging, ayam, susu, kekacang...namun sumber protein ni mudah musnah apabila dimasak dalam suhu yang tinggi jadi apa yang kita makan sehari-hari itu hanyalah saki baki. Apabila tubuh kita hanya menyerap saki baki protein, selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan yang bergoreng

Kepentingan Protein?
Tubuh kita terdiri daripada sel. Sel-sel ini akan membentuk tisu seterusnya tisu akan membentuk organ seterusnya membentuk sistem. Protein adalah makanan kepada sel. Of course our body need protein to grow...protein yang mencukupi dikatakan sebagai kunci kesihatan yang optimum.

Trivia tubuh manusia
25% daripada tubuh kita berasal daripada protein...kuku, rambut, tulang, kulit, otot adalah protein. Dr Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.komposisi mineral dalam tubuh manusia 66% air, 25% protein, 8% lemak manakala hanya 1% kombinasi mineral dan vitamin = 100% menjadikan protein sebagai kompanen mineral terbanyak dalam tubuh kita selepas air

Kekurangan Protein
1) anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2) penyakit buah pinggang
3) penyakit hati
4) kolestrol tinggi
5) tekanan darah rendah
6) kandungan gula dalam darah rendah
7) saraf tak stabil (selalu kebas/ sesemut)
8) ulser perut dan usus
9) aliran darah tidak lancar
10) rabun
11) badan menggeletar
12) lesu, letih
13) terencat akal
14) daya tahan terhadap penyakit rendah
15) lebihan air dalam tubuh
16) pertumbuhan terbantut
17) masalah penghadaman
18) kulit kusam
19) rambut beruban dan gugur
20) kegagalan buah pinggang menyebabkan kematian

ESP SUMBER PROTEIN TERBAIK UNTUK TUBUH SAYA, AWAK, KITA, DAN MEREKA

Akan bersambung...

Nak beli ESP? Klik sini ESP

Monday, December 30, 2013

selamat menyambut tahun baru...

Tahun baru 2014 bakal menjelang...bagaimana tahun 2013 anda? bagi saya, saya sangat gembira pada tahun 2013, saya telah memilih suatu produk kesihatan yang terbaik...dan saya tak menyesal dibawa menceburkan diri dalam perniagaan ni oleh kakak saya...Dr Nurul Azreen...terus terang saya katakan sebelum ini saya tak penah dengar tentang shaklee sehinggalah kakak saya yang memperkenalkan kepada saya...dan saya berani mencuba salah satunya sebab kakak saya seorang doktor...dia lebih pakar tentang hal2 supplement ini...di penghujung tahun 2013 ini, saya berasa sangat bersyukur dan sangat berterima kasih kepada kakak saya kerana memperkenalkan suatu jenama yang TERBAIK, SELAMAT, SEMULAJADI  DAN TERBUKTI BERKESAN...
10 THUMBS UP FOR SHAKLEE
http://www.shaklee.com.my/img/content/Image175511566.jpg
Add caption

Thursday, December 26, 2013

CABUTAN BERTUAH

Assalamualaikum...
Tawaran cabutan bertuah masih berbaki 6hari...
Cuma jangan keliru, cabutan bertuah ni bukan datang dari shaklee, cuma dari kumpulan kami yang nak menghargai customer kami...
Sangat mudah, syaratnya anda hanya perlu menjadi salah seorang customer saya walau hanya dengan pembelian sebotol vitamin pun dah melayakkan untuk anda menempatkan nama anda dalam cabutan bertuah...hadiah utama 3 loket emas habib dan 3 barangan lain...
Bukan selalu kami bermurah hati dan pemurah macam ni...;)

Syikin
919352
0197905220

Thursday, December 19, 2013

PMR...PMR...PMR...

Assalamualaikum rakan-rakan blogers...
hari ni keputusan PMR diumumkan di sekolah...alhamdulillah keputusan yang agak membanggakan di sekolah saya. keseluruhan subjek meningkat daripada tahun lepas...

Di sekolah, saya adalah guru tingkatan bagi kelas yang hujung iaitu 3B4...tadi kebanyakan pelajar datang bersama dengan mak dan ada yang datang dengan kawan-kawan...ada seorang pelajar perempuan datang dengan ibunya, dan apabila melihat kepada keputusan anaknya, ternyata si ibu agak kecewa jelas pada wajahnya...(apa yang diharapkan oleh ibu pelajar ni, kemungkinan beliau kecewa kerana anaknya tak mendapat sebarang A)...tapi saya pujuk kembali, puan, result anak puan ni memanglah tidak sebagus pelajar-pelajar lain tapi result dia ni yang terbaik berbanding dengan result peperiksaannya sebelum ini...

ibu...ayah...
setiap anak ada potensi diri...tapi sekiranya anak telah mendapat keputusan yang lebih baik, berilah mereka galakan sekurang-kurangnya ucapan tahniah...jangan kerana anak-anak tidak mendapat seperti yang kita harapkan, tidak menjadi top scorer kita langsung tidak memberikan penghargaan kepada mereka. Sebentar tadi saya baru post di wall facebook saya berkenaan ucapan tahniah kepada anak-anak didik, tidak kira walau apapun keputusan yang diperolehi, bersyukur...CIKGU BANGGA DENGAN KALIAN...
percayalah, hanya dengan memberikan galakan dan kata-kata semangat sebegini terutama kepada pelajar yang sederhana dan lemah membuatkan anak-anak berasa sangat dihargai dan akan cuba menonjolkan potensi diri masing-masing. 

Tak lama selepas saya update post saya di facebook tadi, seorang pelajar dari kelas saya telah berhasrat nak beli OMEGA GUARD daripada saya...mula-mula saya ingatkan dia tanyakan untuk neneknya rupanya dia yang nak makan OMEGA GUARD tu untuk lebih fokus di kelas pada tahun hadapan.

Sunday, December 15, 2013

Luahan hatiku

Assalamualaikum...
Apa khabar rakan2 bloggers...
Semalam masa saya dan mak tonton tv drama siapa aku di hatimu di tv 1.
Ada satu scene si mak bercakap pada anaknya,
'mak tak sabar nak timang cucu'
Saja mengalihkan perhatian time scene tu...
Sememangnya sy takut kalau mak saya cakap mcm tu dgn saya...
Saya nak jawab apa? Belom sedia, jawapan dahlia lakonan anzalna...atau apa...

Kalau ditanya, siapalah yang kawen taknak anak..
Blom rezeki...Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambanya...
Masa dapat tahu adik yg kawen lebih lambat dr saya dh preggy, sy menangis teresak2...gembira mendengar khabar gembira tu tapi dalam masa yg sama rase sayu+sedih...

Setakat ni dah berurut...dah mkn mkanan untuk preggy yg kebanyakannya xsedap yaks...dah jumpa doktor...namun belom lagi berhasil...blom cukup usaha agaknya...

Sekarang, saya seboleh mungkin taknak bertanya pasal anak atau baby kepada kawan2 atau sepupu yang senasib dgn saya...isu ni sensitif bg yg senasib dgn saya...takut sangat akan mengecilkan hati sesapa yg berkenaan...yang mana tahu disebabkan kecik hati, doa saya belum Allah makbulkan. Dan saya juga mewakili kawan2 dan saudara saya yg senasib belum memiliki anak sangat berharap, janganlah org keliling selalu bertanya eh blom ada anak lagi...ataupun kau ni bila nak mengandung...si polan si polan kawin lambat dari kau, dah mengandung, kau ni lambat betul...bla bla bla...kata2 ni sangat mengguris hati kami...tolonglah kami...jangan siksa perasaan kami dgn kata2 ni...apa kata doakan kami moga cepat dikurniakan anak, itukan lebih baek daripada mengutuk kami...

Jodoh, hidup mati, rezeki, anak itukan rahsia Allah...tapi saya takkan putus asa.tentu ada hikmahnya saya menjadi isteri terpilih yg belum bergelar ibu

Skrg ni, sy bertekad nak disiplin ambil set kesuburan shaklee...kita cantikkan dan sihatkan dalaman kita...sekiranya berjaya dgn izin allah, saya nak bantu mereka yg senasib dgn saya dan suami...Ya Allah permudahkanlah urusan kami

Sunday, December 8, 2013

9 mitos tentang penyusuan bayi

Ramai ibu mengharapkan yang ibu akan menyusukan anak 2tahun penuh tanpa campur dengan susu formula. Namun, azam tinggal berazam apabila pelbagai MITOS tentang penyusuan susu ibu yang menyukarkan si ibu...jom kita lihat...

1) MITOS - SUSU TAK CUKUP UNTUK HARI-HARI TERAWAL KELAHIRAN

FAKTA - Pada hari-hari awal kelahiran, bayi akan menghadapi masalah 'latching'. Pengeluaran kolostrum (susu yang agak pekat bewarna sedikit kekuningan-susu yang keluar dalam 3 hari di awal kelahiran) pada hari awal-awal kelahiran cukup untuk keperluan bayi

2) MITOS - IBU PERLU MEMBASUH PUTING PAYUDARA SETIAP KALI SEBELUM PENYUSUAN

FAKTA - Tidak perlu dibasuh puting payudara. ini kerana akan menyebabkan kesakitan kerana air basuhan akan menghilangkan pelembap semula jadi yang melindungi puting susu ibu

3) MITOS - MINUM AIR YANG BANYAK AKAN MENINGKATKAN PENGELUARAN SUSU

FAKTA - Memang betul. Air yang mencukupi sangat penting untuk menggantikan air yang keluar daripada badan ibu. Kekurangan air dalam badan seorang ibu akan menyebabkan tahap pengeluaran susu terganggu. Tetapi, jika anda telah minum air yang mencukupi, pertambahan kuantiti air dalam badan tidak akan membanyakkan susu. (Anda perlukan suplement bagi membanyakkan susu seperti Alfafa). Amalkan minum segelas air selepas menyusukan bayi.

4) MITOS - JUMLAH SUSU YANG KITA PAM MENJADI PETUNJUK JUMLAH SUSU YANG BADAN KITA HASILKAN

FAKTA - Pengeluaran susu menggunakan 'breastpump' tidak sebaik apa yang payudara dapat lakukan untuk proses penyusuan secara terus. Jumlah susu yang dipam juga berbeza mengikut individu. Sekiranya ibu melihat anak membesar, buang air besar atau kecil secara normal, jangan risau kalau susu yang dipam tak cukup. Badan kita lebih tahu berapa banyak susu yang diperlukan oleh bayi.

5) MITOS - SUSU AWAL KELAHIRAN DIANGGAP BASI, DAN PERLU DIBUANG
(Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit)

FAKTA -  Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi.

6) MITOS - IBU PERLU BERHENTI MENYUSUKAN SEKIRANYA DIDAPATI MENGANDUNG.

FAKTA - Tidak benar. Jangan menafikan hak si bayi apabila si ibu didapati mengandung. Bergantung kepada tahap kesanggupan dan kesihatan ibu untuk menyusukan bayi. Bincang dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan

7) MITOS - JIKA BAYI CIRIT-BIRIT ATAU MUNTAH, IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN

FAKTA - Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi, adalah susu ibu. Hentikan makanan lain buat sementara tetapi tidak susu ibu

8) MITOS - MENYUSUI MENYEBABKAN PAYUDARA KENDUR

FAKTA - Payudara kendur bukan disebabkan oleh faktor penyusuan tetapi faktor bertambahnya usia dan kehamilan

9) MITOS - PAYUDARA KECIL, SUSU SIKIT

FAKTA - Banyak atau sikit susu yang dihasilkan tidak bergantung kepada saiz payudara. Ada ibu yang mempunyai saiz payudara yang kecil namun mempunyai susu yang banyak dan sebaliknya.

sumber- MAJALAH ISIHAT DISEMBER 2013

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search