Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Sunday, December 8, 2013

9 mitos tentang penyusuan bayi

Ramai ibu mengharapkan yang ibu akan menyusukan anak 2tahun penuh tanpa campur dengan susu formula. Namun, azam tinggal berazam apabila pelbagai MITOS tentang penyusuan susu ibu yang menyukarkan si ibu...jom kita lihat...

1) MITOS - SUSU TAK CUKUP UNTUK HARI-HARI TERAWAL KELAHIRAN

FAKTA - Pada hari-hari awal kelahiran, bayi akan menghadapi masalah 'latching'. Pengeluaran kolostrum (susu yang agak pekat bewarna sedikit kekuningan-susu yang keluar dalam 3 hari di awal kelahiran) pada hari awal-awal kelahiran cukup untuk keperluan bayi

2) MITOS - IBU PERLU MEMBASUH PUTING PAYUDARA SETIAP KALI SEBELUM PENYUSUAN

FAKTA - Tidak perlu dibasuh puting payudara. ini kerana akan menyebabkan kesakitan kerana air basuhan akan menghilangkan pelembap semula jadi yang melindungi puting susu ibu

3) MITOS - MINUM AIR YANG BANYAK AKAN MENINGKATKAN PENGELUARAN SUSU

FAKTA - Memang betul. Air yang mencukupi sangat penting untuk menggantikan air yang keluar daripada badan ibu. Kekurangan air dalam badan seorang ibu akan menyebabkan tahap pengeluaran susu terganggu. Tetapi, jika anda telah minum air yang mencukupi, pertambahan kuantiti air dalam badan tidak akan membanyakkan susu. (Anda perlukan suplement bagi membanyakkan susu seperti Alfafa). Amalkan minum segelas air selepas menyusukan bayi.

4) MITOS - JUMLAH SUSU YANG KITA PAM MENJADI PETUNJUK JUMLAH SUSU YANG BADAN KITA HASILKAN

FAKTA - Pengeluaran susu menggunakan 'breastpump' tidak sebaik apa yang payudara dapat lakukan untuk proses penyusuan secara terus. Jumlah susu yang dipam juga berbeza mengikut individu. Sekiranya ibu melihat anak membesar, buang air besar atau kecil secara normal, jangan risau kalau susu yang dipam tak cukup. Badan kita lebih tahu berapa banyak susu yang diperlukan oleh bayi.

5) MITOS - SUSU AWAL KELAHIRAN DIANGGAP BASI, DAN PERLU DIBUANG
(Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit)

FAKTA -  Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi.

6) MITOS - IBU PERLU BERHENTI MENYUSUKAN SEKIRANYA DIDAPATI MENGANDUNG.

FAKTA - Tidak benar. Jangan menafikan hak si bayi apabila si ibu didapati mengandung. Bergantung kepada tahap kesanggupan dan kesihatan ibu untuk menyusukan bayi. Bincang dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan

7) MITOS - JIKA BAYI CIRIT-BIRIT ATAU MUNTAH, IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN

FAKTA - Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi, adalah susu ibu. Hentikan makanan lain buat sementara tetapi tidak susu ibu

8) MITOS - MENYUSUI MENYEBABKAN PAYUDARA KENDUR

FAKTA - Payudara kendur bukan disebabkan oleh faktor penyusuan tetapi faktor bertambahnya usia dan kehamilan

9) MITOS - PAYUDARA KECIL, SUSU SIKIT

FAKTA - Banyak atau sikit susu yang dihasilkan tidak bergantung kepada saiz payudara. Ada ibu yang mempunyai saiz payudara yang kecil namun mempunyai susu yang banyak dan sebaliknya.

sumber- MAJALAH ISIHAT DISEMBER 2013

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search