Followers
DISCLAIMER
Wednesday, May 21, 2014
Monday, May 19, 2014
6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG
Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.
Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.
SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.
SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.
SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.
SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.
SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.
SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.
Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh
Wednesday, May 14, 2014
SEDEKAH
1. belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).
2. Inisiatif - sedekah:
letakkanlah d jendela kamarmu segelas air atau makanan untuk burung2 kecil yg datang hinggap ke sana.
3.Inisiatif - sedekah:
sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
4.Inisiatif - sedekah:
belilah sekantung plastik sarung tangan & sarung kaki, agar dpt dberikan kepada para pekerja.
5. Inisiatif- sedekah:
letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.
6. Inisiatif- sedekah:
jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
7. Inisiatif- sedekah:
jika kamu mengisi petrol, kemudian datang petugasnya ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)
8. Inisiatif - sedekah:
belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
9. Inisiatif - sedekah:
berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
10. Inisiatif- sedekah:
lemparkanlah senyum kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
11. Inisiatif - sedekah:
jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
12. Inisaitif- sedekah:
kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga anda pun akan diberi pahala kerananya...
Selamat bersedekah...
Renung2kan & Selamat beramal..
Mudahnya untuk mendapat pahala
Tambahan...jika tidak mampu nak membeli apa2...sedekahkan alfatihah kpd ibubapa, pasangan, ank2 dan kenalan
Monday, May 12, 2014
which want you want to be?
Wealth File
1. Rich people believe "I create my life." Poor people believe "Life happens to me."
2. Rich people play the money game to win. Poor people play the money game to not lose.
3. Rich people are committed to being rich. Poor people want to be rich.
4. Rich people think big. Poor people think small.
5. Rich people focus on opportunities. Poor people focus on obstacles.
6. Rich people admire other rich and successful people. Poor people resent rich and successful people.
7. Rich people associate with positive, successful people. Poor people associate with negative or unsuccessful people.
8. Rich people are willing to promote themselves and their value. Poor people think negatively about selling and promotion.
9. Rich people are bigger than their problems. Poor people are smaller than their problems.
10. Rich people are excellent receivers. Poor people are poor receivers.
11. Rich people choose to get paid based on results. Poor people choose to get paid based on time.
12. Rich people think "both". Poor people think "either/or".
13. Rich people focus on their net worth. Poor people focus on their working income.
14. Rich people manage their money well. Poor people mismanage their money well.
15. Rich people have their money work hard for them. Poor people work hard for their money.
16. Rich people act in spite of fear. Poor people let fear stop them.
17. Rich people constantly learn and grow. Poor people think they already know.
~T. Harv Eker~

Sunday, May 11, 2014
kenali dunia bayi anda-apa yang bayi tahu buat sewaktu umurnya 1tahun?
12 bulan pertama bayi lahir begitu mengujakan. Setiap bulan ada saja kemahiran baru yang mereka kuasai...cuba check btul tak?
- 1 bulan - bayi hanya mampu melihat dalam jarakb antara 20 hingga 25cm. Walaupun jarak tersebut terbatas, bayi akan mampu membalas senyuman anda kepadanya
- 2 bulan - bayi sudah pandai memberikan tidak balas jika kita mengagahnya.. dia juga sudah pandai mengeluarkan bunyi seperti eh, ah, oh dan uh
- 3 bulan - bayi dah boleh angkat kepala ketika meniarap dan dapat menahannya dalam tempoh yang lama
- 4 bulan - bayi dah mula pandai bermain dan pandai menggenggam barang yang diberi kepadanya. Biasanya dia lebih tertarikkepada benda yang bewarna terang
- 5 bulan - bayi makin lasak. Dia dah boleh duduk dengan stabil kerana keupayaan mengawal belakang badan dan otot kaki
- 6 bulan - masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan pejal. Dia juga sudah pandai memindahkan objek yang dipegangnya dari satu tangan kepada tangan lain
- 7 bulan - bayi sudah aktif merangkak. Gigi susunya mula tumbuh. Sebab tu dia akan menggigit dan menghisap apa saja untuk meredakan kesakitan dan ketidak selesaan yang dirasainya
- 8 bulan - bayi anda semakin cepat mencapai barang-barang yang ada di sekelilingnya. Berhati-hati jangan biarkan barangan yang membahayakan anak di atas lantai
- 9 bulan - kawalan jarinya semakin baik. Dia dah boleh memegang sendiri botol susunya
- 10 bulan - bayi dah boleh bertatih jika anda memagang kedua-dua tangannya. Dan dia dah mula perkataan mama atau dada
- 11 bulan - bayi dah boleh berdiri sendiri sambil menoleh kiri kanann. Waktu ini dia sangat suka jika dapat memindahkan barang dari satu bekas ke bekas yang lain
- 12 bulan - dia dah pandai menepuk dan melambai
Thursday, May 8, 2014
[melipat Kain baju]
Isteri yang bekerja macam saya, memang biasa baju bertimbun tak berlipat...tipsnya,
1) Gantung dulu (baju kurung, blous n kemeja) di hanger terus masuk dalam almari, baru duduk lipat kain
2) pakaian yang paling tak suka lipat dulu, kalau saya, saya tak suka lipat cadar, selimut n seluar jeans
3) pakaian yang paling suka dilipat last sekali...
yang besar dah lipat, so taklah nampak bertimbun sangat kain baju yang blom lipat...so jimatlah masa untuk siap melipat...
PANTANG...jangan lipat kain sambil tengok tv, lambatlah siapnya hehehe
Friday, May 2, 2014
Buah Oren VS Jus Oren
Mana lagi BAGUS? Makan buah atau minum Jus buah?
Minuman jus buah tidak sama seperti anda makan buah terutama dari segi kandungan nutrien. Bagaimanapun ia tidak bermakna anda tidak boleh menikmati jus buah, cari jus buah dan tidak ditambah gula. saiz hidangan yang dicadangkan 1/2 atau 3/4 cawan
Perbezaan buah oren dan jus oren
|
Nutrien
|
Buah oren
|
Jus oren
|
|
Vitamin C
|
83mg
|
51 mg
|
|
Serat
|
3.1g
|
0,3 g
|
|
Kalsium
|
60 mg
|
16 mg
|
|
Folat
|
48 mg
|
28 mg
|
sumber: Majalah I-sihat
6 mitos tentang batuk
assalamualaikum...sekarang ni musim batuk...saya pun tengah batuk ni...terbaca dalam majalah i-sihat tentang batuk...
!) Mitos - Semua batuk terjadi disebabkan jangkitan kuman
Fakta - Tidak benar, banyak alasan kenapa kita batuk mungkin juga disebabkan virus yang umum terdapat di sekeliling menyebabkan pneumonia serta jangkitan bakteria. Kemungkinan juga akibat masalah jantung
2) Mitos - batuk memerlukan antibiotik
Fakta - kebanyakan batuk disebabkan virus, antibiotik tidak membantu. Pengambilan antibiotik secara berlebihan menyebabkan keadaan bertambah buruk
3) Mitos - batuk yang lama pasti TBC (Tuberkulosis)
Fakta - Tidak semestinya, penyebab lain batuk adalah pneumonia, penyakit paru kronis (COPD), asma, kanser paru-paru
4) Mitos - Makan asam punca batuk
Fakta - tidak ada bukti menunjukkan makan asam punca batuk, tetapi kemungkinan makanan masam menimbulkan iritasi ringan pada kerongkong
5) Mitos - semua ubat batuk air atau sirap menyebabkan mengantuk
Fakta - hanya ubat batuk yg mengandungi chlorpheniramine, antihistamin yang membuatkan mengantuk manakala ubat yang ada dextromethorphan tidak menyebabkan mengantuk
6) Mitos - semua ubat batuk menyebabkan ketagih
Fakta - kebanyakan ubat batuk tidak menyebabkan ketagihan

Friday, April 25, 2014
[Tips Persiapan bahan untuk masak bagi wanita bekerja]
Saya isteri yang bekerja, jarang dapat masak sebab macam2 alasan...balik keje dah penat...tak reti masak...yang pastinya malas:p
tapi ini saya nak share 1 tips untuk mudahkan cara nak siapkan bahan masakan kita...manelah tau lepas ni, dah senang rajinla ke dapur
caranya kita blend bahan asas. bahan yang diblend tu boleh ikut citarasa.. (cili + bawang putih + bawang merah + garam). mungkin ada yang nak tambah belacan siap2...goreng sambal kosong tu, biar sejuk masuk dalam beberapa bekas kecik untuk sekali masak letak dalam freezer...bila nak guna baru keluarkan bekas kecik ni...
sambal ni boleh guna untuk masak sambal, buat pes ikan bakar, sardin goreng, asam pedas (tambah halia & kunyit kemudian), goreng mi, bihun kuey teow...dan sambal kosong ni boleh tahan 6bulan bila dlm freezer...mudahkan...selamat mencuba
Thursday, March 27, 2014
PROTEIN??? KENAPA KITA PERLUKAN PROTEIN
Assalamualaikum...
Lamanya rasa nak update blog, tapi ada je masalahnya...malam ni target mesti post something di blog ni...lagi bersemangat bila tengok bilangan pengunjung makin bertambah...bilangan pengikut makin bertambah...
Protein? Apa itu protein?
Protein ialah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Pendek kata setiap anggota dan organ tubuh kita memerlukan protein untuk memastikan setiap anggota dan organ kita dapat berfungsi semaksima mungkin.Sumber Protein?
Kita boleh dapat daripada ikan, daging, ayam, susu, kekacang...namun sumber protein ni mudah musnah apabila dimasak dalam suhu yang tinggi jadi apa yang kita makan sehari-hari itu hanyalah saki baki. Apabila tubuh kita hanya menyerap saki baki protein, selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan yang bergoreng
Kepentingan Protein?
Tubuh kita terdiri daripada sel. Sel-sel ini akan membentuk tisu seterusnya tisu akan membentuk organ seterusnya membentuk sistem. Protein adalah makanan kepada sel. Of course our body need protein to grow...protein yang mencukupi dikatakan sebagai kunci kesihatan yang optimum.
Trivia tubuh manusia
25% daripada tubuh kita berasal daripada protein...kuku, rambut, tulang, kulit, otot adalah protein. Dr Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.komposisi mineral dalam tubuh manusia 66% air, 25% protein, 8% lemak manakala hanya 1% kombinasi mineral dan vitamin = 100% menjadikan protein sebagai kompanen mineral terbanyak dalam tubuh kita selepas air
Kekurangan Protein
1) anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2) penyakit buah pinggang
3) penyakit hati
4) kolestrol tinggi
5) tekanan darah rendah
6) kandungan gula dalam darah rendah
7) saraf tak stabil (selalu kebas/ sesemut)
8) ulser perut dan usus
9) aliran darah tidak lancar
10) rabun
11) badan menggeletar
12) lesu, letih
13) terencat akal
14) daya tahan terhadap penyakit rendah
15) lebihan air dalam tubuh
16) pertumbuhan terbantut
17) masalah penghadaman
18) kulit kusam
19) rambut beruban dan gugur
20) kegagalan buah pinggang menyebabkan kematian
ESP SUMBER PROTEIN TERBAIK UNTUK TUBUH SAYA, AWAK, KITA, DAN MEREKA
Akan bersambung...
Nak beli ESP? Klik sini ESP
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum... Hi bloggers... Petang ni saya nk kongsikan resepi popia cheese meleleh... Actually, time saya taip post ni saya tengah...
-
Assalamualikum...hi everyone Semalam saya dah kongsikan post pertama kali masuk singapura . Harini saya nak kongsikan beberapa tempat yang ...
-
Assalamualaikum... hi bloggers... harini dalam group wa, masing-masing share tentang seni deco mendeco rumah masing-masing...teruja tengok...
-
Assalamualaikum... hi bloggers... Harini saya nak kongsikan susur atur barangan ikea di rumah mak...moga mencetuskan idea untuk sesiapa...
-
Assalamualaikum... Hi everyone... Harini nak share pasal cara potong buah tembikai dengan cepat... a) Tembikai Saya sangat suka makan b...
-
Assalamualaikum... hi bloggers...terasa lama tak post di blog ni...saya ni seorang yang suka makan...bila ada kawan2 yang b...
CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT
Anti – Aging
Vivix
Anti- Oxidant
Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix
Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}
Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD
Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake
Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,
Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP
Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa
Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health
Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic
Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD
Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard
Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix
Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix
Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

RENCAM KEHIDUPAN
- Khidmat masyarakat (11)
- Kisah lawak (3)
- Kreativiti (3)
- Makan-makan (5)
- Resepi-resepi (10)
- Seni Potong buah (2)
- Tips kereta (3)
- Tips penjawat awam (1)
- deko bilik mainan anak (1)
- deko bilik tidur (2)
- deko dapur (1)
- deko dinding (2)
- deko dining hall (2)
- deko garden (1)
- deko ruang jahit (1)
- deko ruang tamu (1)
- ikea (2)
- kaison (2)
- modern style (1)
- motivasi (34)
- psikologi (6)
- tips kewangan (2)
- tips makanan (5)
- tips pengantin (1)
- tips peniaga kain online (2)
- tutorial blog (7)