Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Sunday, December 27, 2015

BOIKOT KELUARGA BANI HASHIM TAMAT

assalamualaikum...

Terdapat beberapa pendapat kenape boikot bani hasyim dihentikan. Tetapi ade 2 riwayat yg paling famous, ade pendapat yg percaye combination 2 riwayat ni. Wallahualam.
Pertame, beberape wakil dr puak Quraisy telah plan senyap2 sesame mereka di luar pengetahuan abu jahal. Mereka adelah Zuhair bin abi umaiyah, hisyam b amru, muth'im bin ady, abi al-bukhturi bin hisyam, dan zama'ah bin al aswad.
Esoknye, zuhair bersuara di depan kaabah " wahai penduduk mekah, apakah kita memakan makanan dan memakai pakaian sedangkan saudara2 kte bani hasyim kelaparan dan kesusahan?"
Hisyam, muth'im, abi al bukhturi dan zama'ah berpura-pura berdiri di penjuru yg berlainan dan menyokong kate2 zuhair seolah-olah mereka tidak berpakat. Apabila org mekah lain nmpk 5 wakil dr setiap puak ni, semua menyokong utk membatalkan boikot terhadap bani hasyim.
Abu jahal dpt menghidu plan 5 org ni. Kate abu jahal "aku tau perkare ni telah diatur 1 malam, di mana kamu bermesyuarat bukan di tempat ini"

Thursday, December 24, 2015

SUARA AGUNG KERINDUAN...

🌹Suara Agung Kerinduan🌹

Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Di tanyakan mengapa?
Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah.

Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal. "Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?"
Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah.

Sunday, December 20, 2015

PEMBOIKOTAN KELUARGA BANI HASHIM (PART 2)

Assalamualaikum...

Semasa pemboikotan bani hasyim, hanya Abu lahab yg x diboikot same sbb die dh geng dgn abu jahal dan lain2.
Org quraisy yg beri makanan pada bani hasyim tu adelah Muth'im ibn Ady. Pd waktu malam die akan penuhkan unta dgn brg mknn dan pukul unta tu supaye die masuk ke perkampungan bani hasyim. Die lakukan beberapa kali. So bani hasyim amik makanan tu dan sembelih unta tu.
Ckp pasal Muth'im sikit bole?
Nanti2 ketika peristiwa Thaif apabila nabi dan Zaid dibaling dgn batu etc, Muth'im offer protection kepada nabi supaya nabi bole blk mekah dgn selamat. Die hantar 2 anak lelaki die utk escort nabi balik ke Mekah.
Muth'im jugak yg plan dgn konco2 dr kaum lain utk mesyuarat utk stop boycott bani hasyim.
So pemboikotan berlaku selama lebih kurg 3 tahun.
Terdapat beberapa pendapat kenapa boycott diberhentikan. Tp yg paling famous ade 2.
Tggu next post ok!

Sunday, December 13, 2015

TIRAI 2015 HAMPIR DILABUHKAN



Assalamualaikum...
hi bloggers...rindunya nak menulis di blog ni...
malang tak berbau menyebabkan sy menyepi sekejap
alhamdulillah diberi kekuatan utk menulis lagi...

Sekejap je rasa kita dh sampai bulan disember...penutup tahun 2015...bagaimana hari2 anda dlm tahun ni? Mari kita muhasabah apa yang dah berlaku pada kita...muhasabah apa yang kita dah buat sepanjang tahun ini...
adakah memberi manfaat kepada orang lain...

SIRAH NABI : PEMBOIKOTAN KELUARGA BANI HASHIM

Assalamualaikum...

Ape respon org Quraisy mekah bile dpt tau Najasyi nk bg protection kt org Muslim yg berhijrah ke Habsyah?
Mereka sgt marah dan announce pemboikotan kepada keluarga bani hashim. Semua bani hashim termasuk yg non-muslim pun diboikot termasuklah abu talib. Barang2 mereka dirampas dan mereka dihalau dari rumah masing2. Mereka kemudian membina penempatan di pinggir mekah. Org bani lain dilarang berurusniaga dan berkahwin dgn bani hashim.
Diriwayatkan ade seorang bani hashim mengaku yg najis mereka seperti najis kambing disebabkan mereka tiada makanan dan terpakse makan daun2.
Tetapi ade seorang quraisy yg baik hati telah beri mknn kepada bani hashim. Cube teka siape?
N hanya seorang dr bani hashim yg x diboikot. Cube teka siape?

Sunday, December 6, 2015

SIRAH NABI : HIJRAH KE HABSYAH (PART 3)

Assalamualaikum...

Hijrah ke Habsyah (part 3)
Selepas Amr mula nk menghasut Najasyi, Jaafar bin Abu Talib selaku ketua kumpulan kaum Muslimin tadi datang bersama beberapa orang kaum Muslimin mengadap Najasyi tanpa memberikan rukuk hormat sebagaimana adat di istana, lalu Najasyi pun bertanya “ Mengapa kamu tidak hormat seperti adat yang biasanya dalam istana ini?”Lalu, Jaafar bin Abu Talib pun menjawab,“ Nabi kami kata kami sujud hanya kepada Allah.”
Najasyi bertanya: “Agama apa yang kamu anuti itu sehingga kamu rela meninggalkan kaum kamu dan tidak mahu masuk agamaku dan tidak agama-agama lain?”
Jaafar menjawab,”Sebelum ini kami adalah manusia jahil. Kami menyembah batu, memakan benda kotor dan melakukan pelbagai kejahatan. Siapa yang kuat akan menindas yang lemah.

Sunday, November 29, 2015

SIRAH NABI : HIJRAH KE HABSYAH (PART 2)

Assalamualaikum...

Hijrah ke Habsyah (part 2)
Back to the previous post, 15 org telah berhijrah ke Habsyah buat pertama kali.
Pernah dengar pasal SATANIC VERSES?
1 hari tu ketika nabi solat, nabi telah baca surah An-Najm ayat 19 dan 20, tiba2 semua org arab termasuk Quraisy di sekeliling kaabah sujud, sehinggakan ada org tua yg tak boleh sujud pun die ambil tanah letak kt dahi untuk menunjukkan die telah sujud.
Siapa nak tau lebih lanjut tentang pasal satanic verses ni bole buat research sikit. Boleh google Satanic verses Surah An-Najm.
Apabila terjadi nya kisah semua org sujud di sekeliling kaabah, timbul rumors yg mengatakan semua org Mekah telah ikut Muhammad. Rumor tu smpi ke Habsyah dan menyebabkan beberapa sahabat termasuk Abu Salamah(sepupu nabi) dan Uthman ibn Maz'un yg sudah berhijrah ke Habsyah kembali ke Mekah. Mereka kemudiannya kembali diseksa di Mekah.

Sunday, November 22, 2015

SIRAH NABI : HIJRAH KE HABSYAH (PART 1)

Assalamualaikum...

So arini jom throwback kisah hijrah ke Habsyah.
Hijrah ke Habsyah (part 1)
Before we start, semua org kene faham yg org arab ni hidup 'mafia-style' , maksudnya kalau ade org yg bg protection so org tu xbole kene pukul whatsoever. Thats why mase Abu Talib masih hidup org x brani nk seksa Rasulullah sbb Abu Talib akan protect.
tapi ramai sahabat yg ketua puak mereka dh announce utk cancel protection termasuklah Saidina Abu Bakar, saidina Uthman, Abdul Rahman b auf, Zubair etc. So, utk elakkan mereka terus diseksa, Rasulullah suruh mereka berhijrah ke Habsyah.
Orang islam hijrah ke Habsyah 2x. Hijrah pertama terdiri daripada 15 org termasuk Saidina Uthman dan isterinye, Ruqayyah (anak nabi), Abdul Rahman b Auf, Zubair, Mus'ab etc.
Kenapa Abu Bakar x hijrah ke Habsyah?

Sunday, November 15, 2015

SIRAH NABI : PENGISLAMAN SAIDINA UMAR

assalamualaikum...

Terdapat beberapa riwayat tentang pengislaman umar.
Firstly, atas doa nabi. Nabi pernah berdoa " ya Allah, kuatkanlah islam dengan salah satu umar yg lebih kau sayang" yg nabi maksudkan either Amr b hisyam yakni abu jahal dan umar al-khattab.
Secondly, kisah yg kte sgt familiar mase kt skola dulu. Abu jahal offer umar 100 ekor unta jika berjaye bunuh Muhammad. Umar pun sambil pegang pedang nk cari nabi. Beliau terserempak dgn seorang sahabat nabi yg 'secret muslim'. So sahabat tu tanya mane umar nak pergi. Umar jawab 'aku nak bunuh muhammad'.mase tu sahabat tu sgt cuak dan xde idea lain, so nk selamatkan nabi punya pasal sahabat tu bgtau ' drpd kau sibuk2 pasal bani hashim,baik kau tengok keluarga kau sendiri. Adik kau fatimah dah ikut muhammad'.
Umar dgn rase marah terus pergi ke rumah adiknya, fatimah.

Saturday, November 14, 2015

POTONG KUKU IKUT SUNNAH

Assalamualaikum...
hi bloggers...
sebelum ni potong kuku pakai taram je...
tapi kalo ikut sunnah kan lg baik...
bersih + kemas + dapat pahala...
jom kita beramal...walaupun sunnah ni nampak kecil...

 


Sunday, November 8, 2015

SIRAH NABI : SIAPA SAIDINA HAMZAH?

Assalamualaikum...
Hamzah adelah pakcik nabi tp bkn adik beradik dgn abu lahab, abas dan abu talib sebab mereka semua daripada ibu yg berbeza. Abu talib is the real sibling dgn Abdullah, bapa nabi.
So macam mane hamzah memeluk islam?
1 hari ni hamzah pergi berburu di luar mekah. Abu jahal datang ke perkampungan bani hasyim dan mengutuk muhammad dan bani hasyim. Kutukan yang terlalu teruk sampai perempuan2 bani hasyim menangis.
Bila hamzah balik, perempuan2 bani hasyim mengadu pada hamzah.
Hamzah menjadi terlalu marah dan terus ke kaabah dan jumpe abu jahal. Hamzah pukul muke abu jahal dgn bow. Dek terlalu marah, hamzah beritahu abu jahal " Aku dah masuk agama Muhammad".

Friday, November 6, 2015

JAMUAN KELAS 4ST 2015

Assalamualaikum...
hi bloggers...
malam tadi anak-anak 4ST buat jamuan kelas...yang bestnya saya guru kelas langsung tak terlibat dalam perancangan jamuan ni...semuanya diorg yg plan...cikgu2 dpt invitation melalui whatsapp...ada wakil pelajar yang pm cikgu2 yg mengajar kelas ni sorang2...

Wednesday, November 4, 2015

JANGKA HAYAT ALAT SOLEK





Assalamualaikum...
 hi bloggers...
mesti ada di luar sana yang tak boleh keluar tanpa mekap...mesti nak calit kat mata...nak calit kat pipi...nak calit kat bibir...yang pastinya bukan saya...saya rajin beli tapi nak pakai tu lemah je...malas pun ada...natural beauty gitu...

bagi yang rajin bermekap tu...tau tak setiap alat solekan kita ada jangka hayatnya...walaupun rupanya nampak ok, tapi dibimbangi akan memudaratkan...jangan tau pakai je...bimbang alat solekan yang dah tamat tempoh tu akan mengundang penyakit...

Monday, November 2, 2015

SEGMEN BLOGLIST & BLOGWALKING SALLY SAMSAIMAN




Assalamualaikum...
hi bloggers...
malam ni terasa nak join segmen ni...http://www.sallysamsaiman.com/2015/10/segmen-bloglist-blogwalking-sally.html

TESTIMONI LUKA CEPAT BAIK LEPAS KEMALANGAN

Assalamualaikum...
hi bloggers...
ada yang tahu suami saya accident motor pada 14 September yang lepas...sekarang dalam proses penyembuhan...
apa yang saya nak kongsi gambar selepas dia discharge dari hospital, bila nurse datang buat dressing di rumah dapatlah snap gambar kakinya...gambar ni saya ambil masa hari pertama nurse buat dressing di rumah

Sunday, November 1, 2015

SIRAH NABI : FASA KEDUA DAKWAH

ASSALAMUALAIKUM...

Fasa Kedua Dakwah
Selepas baginda menerima wahyu daripada Allah untuk memberi peringatan kepada kerabat terdekat, baginda telah menjemput 40 orang dari Bani Hasyim ke rumah untuk menyampaikan ajaran Islam.
Abu Talib bangun menyatakan sokongan dan berjanji memberi perlindungan kepada Rasulullah.
Baginda kemudiannye ke Bukit Safa dan mengumpulkan semua kaum Quraisy.
Baginda bertanya "bagaimana pendapat kalian jika aku katakan di sebalik bukit ini ada musuh berkuda yg ingin menyerang kalian, adakah kalian percaya?"
Mereka menjawab " ya, kami percaya dgn kebenaranmu, MUhammad".
Rasullulah kemudian menyebut nama setiap kaum dan baginda berkata " Wahai bani Quraisy, selamatkanlah diri kamu drpd api neraka"
Abu Lahab mencelah " Binasalah engkau pada hari ini.adakah dgn sebab ini kau mengumpulkan kami semua"

Maka turunlah ayat Allah (Surah Al- lahab).

Saturday, October 31, 2015

SUSUN ATUR WARNA BIRU DALAM PETI SEJUK

Assalamualaikum...
ni pulak idea untuk susun atur warna biru dalam peti sejuk...
sejuk nampak tersusun je...
jom kita kemas peti sejuk kita



SUSUN ATUR WARNA HIJAU DALAM PETI SEJUK

Assalamualaikum...
hi bloggers...
saya baru balik dari ikea singapore petang tadi...
dalam kepala nak beli set pruta (ikea)...datang mood nak mendeko peti ais dengan tema colour hijau...macam cantik je macam comel je...

Sblm ni dah beli bakul dari tesco...tgh offer 50%...terus grab 6 biji...tadi grab plak set pruta 1 set...memandangkan skrg dok menumpang rumah makcik, saya kumpul idea dululah...koleksi susun atur dalam peti ais (hijau)...

Wednesday, October 28, 2015

3 TIPS TAMPIL LEBIH CERAH



Assalamualaikum...
hi bloggers...
Sekarang ni dah jadi trend semua orang nak kelihatan lebih cerah...tak kira lelaki mahupun perempuan...macam-macamlah produk yang dicuba...dari yang sapu, yang makan...semua dah dicuba tapi hasilnya tidak memberansangkan...ada produk pemutih yang menyebabkan kulit menjadi rosak...ada krim yang memutihkan sehingga putih pucat macam mayat...

Tips yang pertama, usahakan agar menjaga rambut supaya hitam dan berkilat. Ia membantu supaya kita kelihatan lebih cerah.

Sunday, October 25, 2015

SIRAH NABI : FASA PERTAMA DAKWAH

Assalamualaikum...

Fasa pertama dakwah
Siapa yg awal2 beriman?
Wanita : saidatina Khadijah
Lelaki Dewasa : saidina Abu Bakar, Saad ibn Abi Waqqas,
Saidina uthman, zubair ibn awwam, abdurrahman ibn auf
(Diislamkan melalui saidina Abu bakar)
Kanak2 : Saidina Ali
Pekerja : Abdullah ibn Mas'ud ( bekerja utk Utbah ibn Abi Muaid yg nanti Utbah pernah meludah muka Rasulullah dan meletakkan isi unta atas nabi ketika baginda sujud )
Hamba: Zaid, Bilal, Khabbab, Keluarga Yasir
Amar ibn Abasa ( dari Yaman, ingin bersama nabi utk
berdakwah tp dilarang oleh Nabi. Rasulullah
menyuruhnya pulang ke Yaman dan datang semula
apabila Islam telah berkembang)

Monday, October 19, 2015

TESTIMONI IBU MENYUSU

Assalamualaikum...
hi bloggers...
mlm ni tadi baru hantar ESP kepada kawan merangkap anak Shaklee saya yang sedang berpantang anak pertama...sebelum ni dia order set berpantang, tinggal ESP dah habis...tu yang cepat2 topup tu...

Kin sebelum ni saya minum ESP sekali je, tapi time pantang ni, saya minum 3 kali ESP sehari...memang bestla susu pekat, nampak anak puas menyusu...lepas tu Vit c pun best...cepat luka operate baik...memang tak miss la dua ni...

Baguslah susu pekat, takdelah anak asyik terjaga nak menyusu...anak pun lebih nyenyak tidur...di samping ibu ada tenaga tambahan...dan tadi saya lihat muka kawan ni glowwing...jeles tau




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit Syikin Hashim Pengedar Shaklee No 1 Anda 0197905220 (jwhatsapps only) COD BBU, Kempas, Larkin, JB, Singapore Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapore

Sunday, October 18, 2015

SIRAH NABI : PENANGGUHAN WAHYU

Assalamualaikum...
sambungan sirah nabi...

Setelah turunnya whyu pertama di Gua Hira', terdapat senggang waktu di mana tiada wahyu yang turun.
Terdapat banyak pendapat tentang jangka masa penangguhan wahyu, ada yg berpendapat beberapa hari, beberapa bulan, dan beberapa tahun.Wallahualam.
Ketika penangguhan wahyu itu, Rasulullah dilanda kebimbangan dan kehairanan, terlalu berdukacita hingga terdapat riwayat mengatakan Rasulullah berkali-kali berkejar ke puncak bukit utk menghumban dirinya.
Ibnu Hajar menceritakan penangguhan wahyu tersebut bertujuan memberi masa dan melahirkan rasa yakin kepada Rasulullah bahawa baginda adalah utusan Allah dan menerbitkan rasa rindu pada turunnya wahyu daripada Allah.

Friday, October 16, 2015

SUSUN ATUR BARANGAN IKEA

Assalamualaikum...
hi bloggers...

Harini saya nak kongsikan susur atur barangan ikea di rumah mak...moga mencetuskan idea untuk sesiapa di luar sana...

Ruang meja makan

Thursday, October 15, 2015

JOIN KELAB BLOGGER JUTAWAN DAPAT HADIAH?

Assalamualaikum...
hi bloggers...dulu bila saya mula berblogging, saya lihat ada blog yg ahli kepada blogger ashari...macam best je ada kelab blogger macam ni...

Sehinggalah tahun ni apabila KELAB BLOGGER JUTAWAN ditubuhkan...dan kelab ni ekslusif...bukan calang-calang orang boleh masuk...ada syarat yang mesti dipatuhi...dan alhamdulillah saya terpilih masuk group yang EKSLUSIF ni...
Banyak ilmu blogging, tips2 dikongsi oleh otai2 blog...tak cukup secara teori, ada praktikal pula...ada kelas diadakan...dan kelas ada yuran yang sangat murah dikenakan...setiap kali datang kelas ada je ilmu baru...

Dan baru2 ni saya terpilih sebagai topten ahli kelab yang rajin update blog untuk bulan ogos/september...terkejut + bangga + bersyukur...siap diannounce dalam group lagi...ni yang buat makin bersemangat nak update blog...nilai harga beratus tau...bukan cikai2 hadiahnya...





*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit Syikin Hashim Pengedar Shaklee No 1 Anda 0197905220 (jwhatsapps only) COD BBU, Kempas, Larkin, JB, Singapore Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapore

Wednesday, October 14, 2015

Korang tau tak?

Assalamualaikum...
hi bloggers...
Ada yang kata makanan saya tiada gula...saya amalkan diet tanpa gula...betul ke? cuba lihat pada kandungan makanan anda...adakah nama-nama ini ada dalam senarai kandungan itu? Tanpa sedar kita dah ambil gula tambahan...
 

Tuesday, October 13, 2015

SHEPARD PIE VERSI TAK PEDAS

Assalamualaikum...

Utk inti..

Ayam/beef kisar
Bwg besar cincang halus
Tomato
Mix herb/any herb ler..oregano pn boleh
Dutch lady full cream
Sos tomato
Garam sikit

Panas myk
Masuk bwg dan herb
Masuk ayam/daging
Masak sekejap
Masuk tomato
Masuk sos tomato
Biar seketika

Masukkan susu
Perasakan dengan garam

Jgn letak sos byk..sbb tomato dah ada😁
Tp aku xletak telur tp aku letak butter 2 sudu n blackpaperresepi🏻
Boleh diolah ikut citarasa😁

RESEPI SHEPARD PIE PEDAS

Assalamualaikum...
nak tepek 1 lg resepi...senang bila nak cari nanti

Ubi kentang - rebus sejukkan dan lenyek tambah garam...dah abis lenyek campur dutch lady fresh milk. (Bahan terpulang korang nak msk byk mane)

Inti:-
Daging/ayam kisar..best ramly
Bwg besar ptg dadu
Bwg putih ketuk n minced halus
Oregano
Mix herb
Chili flake - optional
Lada benggala
carrot
Tomato
(Sayur minced halus jg)
Sos tomato+cili

DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN

Assalamualaikum...
hi bloggers...hanya ingatan...harini hari terakhir kita dalam tahun 1426 hijrah...jangan lupa petang ni selepas asar kita baca doa akhir tahun...moga tahun ini segala amalan kita diterima...

 

Selepas maghrib jangan lupa kita baca doa awal tahun...moga tahun 1427 kita lebih cemerlang...moga Malaysia lebih gemilang...dan Islam lebih terbilang


 Salam maal hijrah...marilah kita berhijrah untuk jadi seorang yang lebih baik

KORANG TAU TAK

Assalamualaikum...
hi bloggers...
Ada tak kat sini yang kalau minum air atau makan bubur, kalau tawar skit...isy tawarlah tak sedap...saya seorang penawar...sejak2 mak kena diabetis, mak dah mula kurangkan gula dalam minuman...saya pun dah terikut, letak gula sikit je...lagi-lagi kalau saya buat cinch tea...
prinsipnya mudah yang sedap biasanya bawa penyakit...terlebih gula, diabetis...terlebih garam darah tinggi...terlebih lemak, kolestrol...jadi berpada-padalah mengambil manisan...dan masinan ...cuma airan perlu lebih ya...

 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit Syikin Hashim Pengedar Shaklee No 1 Anda 0197905220 (whatsapps only) COD BBU, Kempas, Larkin, JB, Singapore Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapore

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER




assalamualaikum...
hi bloggers...
pagi ni tiba-tiba terasa nak join segmen ni...
jom meriahkan...


jumlah follower 161

Monday, October 12, 2015

RESEPI KEK CHOC MOIST KUKUS

Assalamualaikum...
hi bloggers...

Kawan sy chik sudi sharekan resepi Choc moist keknya...tepek kt sini supaya senang nak cari

Bhn A
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan gula castor
1 cawan serbuk koko
1 cawan air

Bahan B
1 cawan tepung-ayak
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder
Mix seme bhn

SIRAH NABI: NABI MUHAMMAD SAW MENDAPAT WAHYU



asslamualaikum...
sambungan sirah nabi sebelum ni...

Rasulullah menerima wahyu pertama ketika baginda berumur 40 tahun ketika baginda bersendirian di Gua Hira'.
Gua Hira' terletak di Jabal Nur. Keluasan Gua Hira' adalah kira2 4 hasta. Tinggi puncak Jabal Nur estimatedly 200m.
Nabi mula beruzlah di Gua Hira', bertafakur dan mengasingkan diri dari keruntuhan moral masyarakat Arab Jahiliyah.
Pada 1 malam pd bulan Ramadhan, baginda melihat cahaya terang benderang menerangi gua. Tiba2 malaikat Jibril muncul menyampaikan wahyu Allah yg pertama yakni Surah Al Alaq ayat 1-5. Selama 6 bulan sebelum peristiwa itu, baginda telah bermimpi setiap hari tentang apa akan berlaku.

Perasan x gua hira' direct to masjidil haram?

Allahuakbar.

To be continued

Saturday, October 3, 2015

CARA BETUL MEMAKAI TOPENG MUKA

Assalamualaikum...
hi bloggers...
musim-musim jerebu kita digalakkan pakai topeng muka...tapi betul ke cara kita pakai...adakah sepatutnya yang berwarna di luar atau yang putih di luar? cara pemakaian topeng muka yang salah mungkin menyebabkan kita sakit seterusnya membahayakan kita


HARI KESEDARAN ARTIRITIS

Assalamualaikum...
hi bloggers...
Bagi yang berada di seremban, dan kawasan sekitar...
boleh datang memeriahkan HARI NI (3 OKTOBER 2015)

 

Monday, September 28, 2015

CUTI PERSEKOLAHAN KERANA JEREBU

Assalamualaikum
hi bloggers...
harini heboh dalam group wassap...group telegram...
berkenaan cuti persekolahan di Johor dan Melaka pada hari besok Selasa (29 september 2015)...memang confirm cuti besok ye...jangan bersangka2...betul ke...betul ke...

Saturday, September 26, 2015

FAKTA TENTANG AIR



Assalamualaikum...
hi bloggers...
lamanya terasa tak update blog saya ni...almaklumlah cuti hari raya...kita pun cutilah hehe

harini saya nak kongsi tentang fakta air...


takut kan fakta ni...itu baru setitis, kalau segelas...kalau sebotol...dan sumber air kita sekarang pun dah tercemar...takut pulak air yang tercemar ni masuk dalam badan kita...

Sunday, September 20, 2015

KORBAN PERTAMA

Assalamualaikum...
hi everybody...
yeay hari ahad, hari sirah nabi...sebelum ni saya dah kongsikan tentang korban abdullah...kira lanjutan daripada cerita sebelum ni tentang korban tak jadi...kenalah dengan kita yang dah nak raya ni...

Sebelum ni saya hanya tahu kisah nabi ismail nak dikorbankan tapi tak tahu detail ceritanya...pagi tadi terdengar dalam radio ikim tentang kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Saturday, September 19, 2015

6 TIPS MENGELAKKAN ANAK DICULIK

Assalamualaikum...
hi bloggers...
pagi ni tadi tertonton rancangan nasi lemak kopi o di tv9,
topik tentang penculikan kanak-kanak...
sekarang ni hampir tiap hari kita dikejutkan dengan berita penculikan kanak-kanak...

Walaupun saya tiada anak, tapi saya rasa tips yang diberi oleh wakil polis tadi sangat berguna buat ibu bapa...kita tak mahu anak kita diculik...kita tak mahu anak jiran kita diculik...kita tak mahu sesapa diculik...

Tips ialah...
1) ajar anak-anak supaya gigit tangan orang yang tak dikenali (yang mengancam) jangan sebarangan gigit orang lain...

2) suruh anak jerit kalau ada penculik yang cuba menculik

3) jika anak-anak kita tengah menunggang basikal, biarkan anak tu pegang basikal tu bagi melengah-lengahkan penculik...kan susah penculik nak angkut dengan basikal sekali

4) ajar anak supaya jalan secara berkumpulan

5) ibubapa sila telefon no ni untuk memaklumkan kepada polis jika  ternampak orang yg mencurigakan 03-22663333

6) jika diancam pisau, bagi je apa yang dia mahu...tarik nafas dalam-dalam, gunakan otak untuk berfikir tindakan seterusnya

Thursday, September 17, 2015

TIPS KREATIF DEKO KAISON

Assalamualaikum...
hi bloggers...
nak kongsi lagi gambar-gambar rumah kawan yang sangat kreatif...siapa sangka wallpaper kaison boleh buat macam-macam


SENI DECO MENDECO RUMAH

Assalamualaikum...
hi bloggers...
harini dalam group wa, masing-masing share tentang seni deco mendeco rumah masing-masing...teruja tengok...kreatif dan inovatif rupanya kawan-kawan wanitaku...lawa-lawa belaka...yang bestnya kebanyakannya adalah barangan ikea dan kaison...bolehlah kumpul idea untuk mendeco rumah nanti...



Wednesday, September 16, 2015

KAEDAH WUDUK PESAKIT DENGAN BANTUAN INDIVIDU

Assalamualaikum...
hi bloggers...sambungan daripada post semalam tentang panduan-solat-pesakit 

Harini saya nak kongsi tentang kaedah wuduk pesakit dengan bantuan individu...penting untuk yang menemankan pesakit tahu hal ni...

Bolehkah pesakit mengambil wuduk dengan cara mengelap menggunakan tuala yang basah?
Sebelum ni saya ingat boleh...rupanya salah...TIDAK SAH, kerana wudhu hendaklah menggunakan air yang mengalir. Sebaik-baiknya guna spray air

Bagi pesakit yang tak mampu berwudhu sendiri perlulah mendapat bantuan 

Daripada waris (keluarga atau mahram yang haram dikahwini)
a) ibubapa
b) adik beradik
c) anak
d) individu lain yang tidak membatalkan wudhu

Daripada waris yang bukan mahram (yang boleh dikahwini) perlulah menggunakan sarung tangan getah ketika membantu pesakit
a) isteri
b) suami
c) individu lain

Tuesday, September 15, 2015

PANDUAN SOLAT PESAKIT

Assalamualaikum...
hi bloggers...semasa menjaga suami di hospital, saya terjumpa pamplet tentang panduan solat buat pesakit...solat itu fardhu wajib dikerjakan walaupun sakit...sangat bermanfaat untuk dikongsi...

Panduan berwudhuk untuk pesakit


1) Basuh muka beserta niat wudhu', semua bahagian muka diratai air. Balutan di muka yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya

2) Basuh kedua tangan hingga ke siku. Balutan di tangan yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya

3) sapu air di kepala. Balutan di keseluruhan kepala yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya

4) basuh kedua kaki hingga meliputi 2 buku lali, balutan di kaki yang sukar dibuka atau memudharatkan jika dibuka memadai hanya disapu air di atasnya

Monday, September 14, 2015

SEMUT OH SEMUT



Assalamualaikum...
hi bloggers, sebelum tidur teringat saya akan kisah semut yang saya dengar semasa dalam perjalanan ke hospital...semut...tentu istimewa serangga ini sehinggakan terdapat surah semut (alnamlu) dalam alquran...

Pelbagai pengajaran yang dapat kita contohi daripada serangga kecil ini...semut sinonim dengan rajin, berdedikasi, disiplin, beringat ketika senang (biasanya mereka akan kutip makanan dan simpan untuk kehidupan akan datang) hidup dalam kumpulan, seolah bersalaman apabila berjumpa...

Sedikit info yang dapat saya ambil tentang semut.

Taukah Anda semut merupakan makhluk hidup dengan populasi terpadat di dunia? Bisa dibayangkan, perbandingan untuk setiap 700 juta semut yang akan hidup ke dunia, hanyalah sekitar 40 kelahiran manusia saja. Dan masih banyak lagi informasi mengenai makhluk kecil ini yang akan kita bahas pada tulisan ini.

Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Semut hidup secara ber
kelompok atau "berkoloni" seperti halnya sebuah masyarakat yang tersusun dalam berkehidupan dengan jirannya, yang memiliki peradaban seperti halnya manusia. 

Sebagai makhluk sosial, semut dibagi menjadi semut pekerja, semut pejantan, dan juga ratu semut. Setiap koloni semut terkadang terdiri dari ribuan semut, satu koloni semut dapat menguasai dan memakai sebuah daerah luas untuk mendukung kegiatan mereka. Koloni semut kadangkala disebut superorganisme kerana koloni-koloni mereka yang membentuk sebuah kesatuan.

Meskipun ukuran tubuhnya yang relatif sangat kecil, semut adalah haiwan terkuat 


Sunday, September 13, 2015

JOM BELAJAR KETURUNAN RASULULLAH (PART 2)

Assalamualaikum...
hi bloggers...
mungkin ada yang tertunggu sambungan slot sirah nabi...
memang hari Ahad adalah hari sirah...

Sudah menjadi kebanggaan masyarakat Arab mempunyai anak lelaki yang ramai.

Ketika itu Abdul Mutalib hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Al-Harith, Abdul Mutalib kemudiaannya bernazar untuk mengorbankan seorang anak lelaki jika Tuhan memberinya 10 orang anak lelaki. Dengan kuasa Allah, Abdul Mutalib dikurniakan 10 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan.

Abdul Mutalib pergi ke kaabah untuk mencabut nama anak yang perlu dikorbankan. 3 kali undi dicabut & 3 kali nama Abdullah terpilih. Abdul Mutalib berasa sangat sedih dan risau kerana Abdullah adalah anak yang paling disayanginya.

Abdul Mutalib telah berjumpa dengan ahli sihir wanita dan akhirnya mengorbankan 100 ekor unta sebagai tebusan agar Abdullah tak dikorbankan.

Maka, Nabi Muhammad adalah hasil 2 korban yang tak menjadi yakni korban Nabi Ismail dan Abdullah


Friday, September 11, 2015

MAKANAN : MURTABAK DAGING CHEESE JUMBO

Assalamualaikum...
hi bloggers...
tadi berkesempatan pekena murtabak daging cheese jumbo...makan-makan-murtabak-majid-special
first time rasa yang saiz triple ni...makan pulak 2 orang je...memang berpeluh gak nak habiskan...3x daging, 3x cheese, 3x telur, 3x saiz murtabak cheese biasa...


Thursday, September 10, 2015

RAHSIA TULISAN

Assalamualaikum...
hi bloggers
Jom kita kenali rahsia tulisan, yang baik kita kekalkan, yang tak baik kita baiki...

Tekanan


✏i. Tekanan yang kuat✏

-Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
-Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

Wednesday, September 9, 2015

MAKANAN PILIHAN SAYA DI PLAZA ANGSANA JB

Assalamualaikum...
hi bloggers...
pernah pergi bershopping di Plaza Angsana JB tak? Bila dah bershopping terasa lapar pulak...memang macam-macam ada kat sini...boleh kata syurga makanan lah...yang popular yang tak popular...

HIDUP ADALAH SATU PENGEMBARAAN

Assalamualaikum...
hi bloggers...
Terkenangkan pengembaraan saya selama ini...dh 33 tahun hidup...sebab tadi saya dan kawan terpaksa berkursus di PPD JB...dia pun bagitau yang dia tak tahu jalan dan balasannya saya kata takpelah saya tunjukkan...dan dia mengaku yang dia memang penakut bawak kereta...dia hanya tahu jalan ke sekolah dari rumah...kin takpe, kin memang berani orangnya...

Beranikah saya? Ya saya lebih berani daripada dia...saya berani memandu ke mana-mana asalkan tempat tersebut ada dalam GPS...walaupun saya memandu seorang diri...

Sunday, September 6, 2015

JOM BELAJAR KETURUNAN RASULULLAH [part 1]

Assalamualaikum...
Mari kita kenali siapa Nabi Muhammad SAW?
Makin kita kenali baginda, moga makin sayang kita kepada baginda
Allahumma soli alaihi wasalam

Muhammad Ibn Abdullah Ibn Abdul Muttalib Ibn Hasyim Ibn Abd Manaf Ibn Qusayy Ibn Kilaab Ibn Murrah.
Moyang nabi, Hasyim berkahwin dengan seorang wanita madinah dan dikurniakan seorang anak, iaitu 
Shayba (Abdul Muttalib).[Shayba bermaksud bayi yg ada uban]. Hasyim kemudiannya meninggal di 
Gaza. Shayba dijaga oleh ibunya di madinah.

Muttalib, iaitu saudara lelaki Hasyim pergi ke madinah untuk berniaga. Beliau ternampak Shayba dan 
merasakan paras rupa Shayba seperti orang Mekah.Setelah diselidik barulah Muttalib tahu Shayba 
adalah anak saudaranya. Dia pun membawa Shayba pulang ke Mekah.

Disebabkan takut tersebarnya berita bahawa Hasyim mempunyai anak di Madinah, Muttalib 
kemudiannya mengaku bahawa Shayba adalah hambanya.
Disebabkan itu, Shayba yakni datuk nabi digelar Abdul Muttalib (Hamba Muttalib).

To be continued....

Saturday, September 5, 2015

3 CARA MENYIMPAN DUIT WALAUPUN ANDA BEKERJA



Assalamualaikum...
Hi bloggers...
Harini saya nak kongsikan cara saya dan suami menyimpan duit walaupun kami masih bekerja...

Cara 1 Duit Syiling

 

Saya dan suami memang tak suka simpan duit syiling banyak-banyak dalam dompet sebab berat, koyak dompet. Jadi apa yang kami buat, setiap kali balik dari kerja saya dan suami akan keluarkan duit syiling dalam poket atau dalam dompet dan dimasukkan dalam tabung duit syiling. Suami saya yang selalu menyumbang duit syiling dalam tabung duit syiling kami, bila penuh duit tu kami akan tukarkan di bank atau kedai runcit tips-menyimpan-duit-tabung-syiling-di.html

KELAS BLOG ASAS #3 DI FAIZWORLD TRAINING CENTRE BANGI

Assalamualaikum...
hi bloggers, harini rasa bertuah sebab dapat menyertai kelas blog anjuran Failand Centre Bangi...
terasa sangat bertuah sebab seat limited...hanya 30 orang yang boleh join...
dan lebih bertuah sebab cik hb nak temankan saya ke kelas ni...
bertuahnya saya...

Malam tadi kami baru sampai di Muar dan pagi ni bergegas ke ke Faizworld Training Centre...mujurlah jalan lancar dan tak jem pagi ni...dan kami sampai dah pukul 9.30 dan tengah sesi taaruf...memang rase energetic nak join kelas ni...terasa banyak lagi ilmu blog yang saya kena explore...

Dan special nya kelas ni hanya untuk SID Shaklee di bawah keluarga Jutawan. Dan kami semua automatik masuk Kelab Bloggger Jutawan Shaklee di FB Group...Best ke best?


KENAPA KITA PERLU AMBIL SUPPLEMENT?


Assalamualaikum...
hi bloggers, harini saya nak cuba masukkan video dalam blog saya...
dan terjumpa video ni...

enjoy viewing it

Friday, September 4, 2015

JANGAN BERDUSTA DENGAN NAMA RASULULLAH

Assalamualaikum...
hi bloggers...
kebelakangan ni banyak sangat hadis yang dishare di media sosial...entahkan hadis tu betul entahkan hadis tu dhaif dari segi perawinya...lagipun akhir2 zaman ni fitnah berleluasa sehingga ada yang sanggup menggunakan hadis nabi untuk melepaskan diri...dulu di sekolah ambil Al-quran dan Assunnah, sayangnya hanya di peringkat tingkatan 4 dan 5 dan tak disambung di peringkat ijazah...

Thursday, September 3, 2015

MADU DAN KAYU MANIS?

✅Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

SEMINAR USAHAWAN TUDUNG JENAMA SENDIRI

Perkongsian seorang kawan dalam group wa...semoga bermanfaat...

☺Seminar Usahawan Tudung Jenama Sendiri☺

Lokasi Kl pada 27 september 2015.Kami nak bantu anda sampai berjaya.

6 perkara kenapa anda perlu sertai seminar ini.
1) Anda akan di beri ilmu tentang indusri tudung.

Wednesday, September 2, 2015

5 CARA NAK BLOGWALKING 50 BLOG SEHARI

Assalamualaikum...
hi bloggers...
biasa tak dengar blogwalking? bagi yang dah biasa dengan blog mesti tahu...bagi yang baru berjinak-jinak dengan blog, meh nak habaq mai...blogwalking ni wajib dibuat untuk bagitau orang supaya mereka singgah kat blog kita...kalau tak buat blogwalking, jadilah kita SS syok sendiri yang ada blog tapi takde pengunjung...sebelum kita nak orang lain datang blog kita, kita dulu kena pergi blog orang lain...tinggalkan kesan tapak kaki atau jejak di situ

masa saya menaip ni, saya baru blogwalking 27 blog...tinggal baki lagi 23 blog yang nak diterjah harini...misi blogwalking 50 blog sehari...banyak ke? mula-mula memang rasa banyak tapi kalau dah biasa 50 blog sehari xde hal lah...ops macam berlagak pulak...alah bisa tegal biasa orang kata...

ok post kali ni saya nak kongsikan cara nak blogwalking...

Monday, August 31, 2015

7 LOKASI WAJIB PERGI PADA WAKTU MALAM DI JB



                                              











Assalamualaikum...
hi bloggers...lambat pulak bersiaran harini...
ada yang bertanya kat mana saya boleh pergi waktu malam di JB?
almaklumlah kadang-kadang masing-masing ada kursus ke... melawat sedara ke...
di sini saya nak kongsikan 7 lokasi wajib pergi pada waktu malam di JB...
Memang happening lah...

1) BAZAR KARAT @ BAZAR JB

terletak sepanjang Jalan Sg. Segget berdekatan dengan Galeria Kotaraya...
kira macam uptown...
jual macam2...sebut je nak cari apa...
dari baju, seluar, shawl, alat elektonik, mainan kanak-kanak, viper, stoking, binatang peliharaan, jam tangan...pendek kata macam-macam ada...
ada yang barangan baru...ada yang barangan second
ada yang tiruan, ada yang original
dan yang paling best boleh tawar menawar...
dibuka setiap malam, dari pukul 6 petang hingga 2 pagi...

gambar: cik Google

2) PASAR BORONG PANDAN

Saturday, August 29, 2015

MY EVENING

Assalamualaikum...

Mlm ni nak celebrate besday anak sedara sofiya azzahra...

nak dijadi cerita keknya tak sempat didecorate...

so terpaksalah decorate sendiri...

mencabar rupanya nak decorate kek...

my hand is shaking...ni first time decorate kek...

dan hasilnya...tarra...


Boleh agak tak gambar apa?

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search