Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Sunday, December 6, 2015

SIRAH NABI : HIJRAH KE HABSYAH (PART 3)

Assalamualaikum...

Hijrah ke Habsyah (part 3)
Selepas Amr mula nk menghasut Najasyi, Jaafar bin Abu Talib selaku ketua kumpulan kaum Muslimin tadi datang bersama beberapa orang kaum Muslimin mengadap Najasyi tanpa memberikan rukuk hormat sebagaimana adat di istana, lalu Najasyi pun bertanya “ Mengapa kamu tidak hormat seperti adat yang biasanya dalam istana ini?”Lalu, Jaafar bin Abu Talib pun menjawab,“ Nabi kami kata kami sujud hanya kepada Allah.”
Najasyi bertanya: “Agama apa yang kamu anuti itu sehingga kamu rela meninggalkan kaum kamu dan tidak mahu masuk agamaku dan tidak agama-agama lain?”
Jaafar menjawab,”Sebelum ini kami adalah manusia jahil. Kami menyembah batu, memakan benda kotor dan melakukan pelbagai kejahatan. Siapa yang kuat akan menindas yang lemah.

Kemudian diutuskan seorang nabi yg kami kenal akhlak dan pekertinya. Baginda menyeru kami supaya menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan syirik. Baginda mengajar kami perbuatan makruf dan melarang kami melakukan perkara mungkar. Baginda mengajar kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati kaum kerabat dan jiran.
Baginda melarang berzina, berbohong, memakan harta anak yatim secara haram, memfitnah dan lain-lain keburukan. Baginda mengajar kami Al Quran yang merupakan kitab yang agung."
"Oleh itu, kami percaya kepadanya dan menerima ajaran yang dibawanya. Dengan sebab inilah kami diseksa supaya kami kembali kepada keadaan kami dahulu. Kami datang ke sini untuk memohon perlindungan Tuanku kerana Tuanku pemimpin yg adil."
Jaafar kemudiannya membaca ayat pada permulaan surah Maryam.
Ayat-ayat ini amat menyentuh hati sehingga semua org menangis.“Demi Allah! Ini adalah dari perkataan2 yang diturunkan kepada Musa dan datang dari sumber cahaya yang sama,” kata Najasyi.“Beta tidak dapat menyerahkan orang-orang Islam ini kepada kamu.”
Org Quraisy merasa malu. Mereka kemudiannya berbincang sesuatu yang akan menimbulkan kemarahan Najasyi terhadap kaum Muslimin.
Esoknya org Quraisy telah menghadap Najasyi sekali lagi. Mereka memberitahu Najasyi bahawa org Islam tak percaya Isa tu anak Tuhan. Jaafar menjawab “Kami percaya dengan firman Allah yang disampaikan melalui nabi kami mengenai Isa iaitu dia hanyalah seorang hamba dan utusan Allah, anak Maryam yg suci.”
Najasyi berkata, “Begitu juga dakwah Isa mengenai dirinya.”
Najasyi pulangkan semula segala hadiah yang diberi oleh org2 Quraisy dan menjamin keselamatan dan perlindungan untuk kaum Muslimin.
Tau x nanti Amr Bin As akan masuk Islam melalui Najasyi?
Allahuakbar!
p/s: Sori entry yg ni pjg sgt
alhamdulillah dh abis pasal hijrah ke HAbsyah.
Nak tau ape respon org Quraisy mekah bile tau Najasyi nk bg protection kpd org islam di HAbsyah? Bole tggu next post😁

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search