Terdapat beberapa pendapat kenape boikot bani hasyim dihentikan. Tetapi ade 2 riwayat yg paling famous, ade pendapat yg percaye combination 2 riwayat ni. Wallahualam.
Pertame, beberape wakil dr puak Quraisy telah plan senyap2 sesame mereka di luar pengetahuan abu jahal. Mereka adelah Zuhair bin abi umaiyah, hisyam b amru, muth'im bin ady, abi al-bukhturi bin hisyam, dan zama'ah bin al aswad.
Esoknye, zuhair bersuara di depan kaabah " wahai penduduk mekah, apakah kita memakan makanan dan memakai pakaian sedangkan saudara2 kte bani hasyim kelaparan dan kesusahan?"
Hisyam, muth'im, abi al bukhturi dan zama'ah berpura-pura berdiri di penjuru yg berlainan dan menyokong kate2 zuhair seolah-olah mereka tidak berpakat. Apabila org mekah lain nmpk 5 wakil dr setiap puak ni, semua menyokong utk membatalkan boikot terhadap bani hasyim.
Abu jahal dpt menghidu plan 5 org ni. Kate abu jahal "aku tau perkare ni telah diatur 1 malam, di mana kamu bermesyuarat bukan di tempat ini"
Pendapat kedua yg mnyebabkn pembatalan boikot adelah wahyu drpd Allah yg memberitahu rasulullah bahawa piagam boikot yg ditulis telah habis dimakan anai2 kecuali sebutan nama Allah. abu talib telah bertemu abu jahal dan pembesar quraisy yg lain memberitahu tentang hal ini dan mendesak utk pembatalan boikot jika betul kata2 drpd Rasulullah dan setuju menerima ape2 tindakan jika kata2 drpd Rasulullah adelah salah. Apabila diperiksa piagam tersebut yg terletak di kaabah terbukti hanya nama Allah yg tinggal. Allahuakbar!
Maka, terhentilah pemboikotan bani hasyim selepas 3 tahun.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini