Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung ata
u
 telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak 
menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu 
menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. 
Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan 
sandaran.
Sebenarnya, Qada 
solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti 
tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara 
sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa 
besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya 
mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang 
ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika 
wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup 
aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh 
langsung bersolat dengan pakaian tersebut.
SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau 
pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung 
sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style 
apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung 
dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak 
leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.
SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan
 kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat 
betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar
 kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang 
digalakkan.
SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks 
nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat 
kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan 
pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.
SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki 
semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti 
time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu 
risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi 
mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang 
leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. 
Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.
SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit
 kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi
 longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun 
ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk 
dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai 
stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.
SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat 
pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. 
Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang 
kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.
Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama
 bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan
 tudung seeloknya labuh