menarik artikel ni...boleh diaplikasikan di rumah...secara tak langsung mengajar anak untuk berdisiplin
Rahsia bagaimana anak anda buat kerja rumah tanpa perlu disuruh
Nak tahu bagaimana cara mudah supaya anak anda melakukan kerja-kerja rumah tanpa perlu anda menyuruh terjerit terlolong?
Saya pernah
membaca satu article di internet menceritakan bagaimana seorang ibu
membuat satu sistem di rumah di mana anak-anak akan dikenakan denda
sekiranya membuat kesalahan. Denda nya ialah anak-anak di "grounded"kan
atau dilarang daripada menggunakan segala gajet, tv, computer sehingga
mereka dapat kumpul point secukupnya. Untuk kumpul point tu, anak-anak
perlu membuat kerja-kerja rumah. Kerja-kerja rumah seperti sidai baju,
lipat baju, cuci toilet, mop lantai dan macam-macam lagilah mengikut
kreativiti anda.
Nampak macam menarik. Maka, saya cuba implement sistem ini di rumah saya. Ini contoh yang saya buat untuk anak-anak saya.
Sebelum anda
nak implement sistem ni, duduk dengan anak-anak, bincang jenis-jenis
kesalahan, jenis denda, jenis kerja rumah dan jumlah point. Biar semua
orang setuju dan sepakat dengan sistem ni baru anak-anak tidak mengeluh
dan mengikut sistem ini dengan rela hati.
Dengan sistem
ini di rumah, anak-anak saya lebih berhati-hati takut-takut melanggar
rules yang ditetapkan. Kalau tersasar, mereka tahu mereka di "grounded"
dan secara automatik terus mencari-cari kerja-kerja rumah yang boleh
dilakukan seperti yang di persetujui. Berlumba-lumba pulak tu nak kumpul
point. Hihihi... Anak-anak saya sendiri yang keep track jumlah point
yang telah terkumpul.
Alhamdulillah,
sistem ini sangat membantu kerja-kerja rumah saya dan mengajar anak-anak
lebih bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan elak dari melakukan
kesalahan-kesalahan yang berulang-ulang. Saya pun kurang sikit
marah-marah kat anak-anak saya. Tetapi, cabaran buat saya pula untuk
sentiasa konsisten dan comply betul-betul sistem ni. Kalau tak,
anak-anak ingat kita main-main dan tidak serius. Jadi, anak-anak pun
ikut main-main dan tidak mematuhi peraturan.
Saya lebih suka kalau sistem ini di kategorikan sebagai "consequences" atau kesan dari perbuatan tidak baik anak-anak, bukannya "penalty" atau hukuman. "Consequences" lebih sedap bunyinya berbanding "hukuman". Kan? Anak-anak pun tidak rasa dirinya dihukum.
Dan maybe sesetengah orang nampak sistem ini akan menyebabkan anak-anak membuat kerja-kerja rumah dengan terpaksa. Tapi bagi saya, cara ini adalah latihan untuk membiasakan anak-anak saya dengan kerja-kerja rumah. InsyaAllah, lama-lama saya yakin sifat dan sikap menolong kerja-kerja rumah akan tertanam di dalam diri mereka.

kredit http://souqvitamin.blogspot.com/2014/05/rahsia-bagaimana-anak-anda-buat-kerja.html
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini