Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Monday, August 31, 2015

7 LOKASI WAJIB PERGI PADA WAKTU MALAM DI JB



                                              











Assalamualaikum...
hi bloggers...lambat pulak bersiaran harini...
ada yang bertanya kat mana saya boleh pergi waktu malam di JB?
almaklumlah kadang-kadang masing-masing ada kursus ke... melawat sedara ke...
di sini saya nak kongsikan 7 lokasi wajib pergi pada waktu malam di JB...
Memang happening lah...

1) BAZAR KARAT @ BAZAR JB

terletak sepanjang Jalan Sg. Segget berdekatan dengan Galeria Kotaraya...
kira macam uptown...
jual macam2...sebut je nak cari apa...
dari baju, seluar, shawl, alat elektonik, mainan kanak-kanak, viper, stoking, binatang peliharaan, jam tangan...pendek kata macam-macam ada...
ada yang barangan baru...ada yang barangan second
ada yang tiruan, ada yang original
dan yang paling best boleh tawar menawar...
dibuka setiap malam, dari pukul 6 petang hingga 2 pagi...

gambar: cik Google

2) PASAR BORONG PANDAN

Saturday, August 29, 2015

MY EVENING

Assalamualaikum...

Mlm ni nak celebrate besday anak sedara sofiya azzahra...

nak dijadi cerita keknya tak sempat didecorate...

so terpaksalah decorate sendiri...

mencabar rupanya nak decorate kek...

my hand is shaking...ni first time decorate kek...

dan hasilnya...tarra...


Boleh agak tak gambar apa?

Friday, August 28, 2015

AMALAN DAN DOA NABI ZAKARIA A.S BAGI MENDAPAT ZURIAT

Assalamualaikum...

Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati ada makanan di sisinya. Zakaria bertanya; “Wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini?” Maryam menjawab; ”Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab”
 
Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya m Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.
Diceritakan dalam al-Quran: Ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”
Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu. Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah: “Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.”


Allah berfirman kepadanya: “Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”

Kemudian Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”

Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.
Firman Allah bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.

Doa Nabi Zakaria. a.s.
doa dapat zuriat
Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. 

“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Ini kami petik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran – Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)


doa mudah hamil
Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.

Sumber daripada : http://www.mudahhamil.com/

TUTORIAL BLOG: BAGAIMANA NAK LINK KAN POST KITA DENGAN POST YANG SEBELUM NI?

Assalamualaikum...
hi bloggers...
ada kawan yang bertanya, macamana nak link kan post kita dengan post yang saya buat sebelum ni...konon-konon nak buat ala-ala cite novella...ada sambungan...kang orang tak tahu apa cite sebelum ni, ceritanya macam tak sampai pulak...hehehe

ok kali ni saya kongsikan tutorial blog bagaimana nak link kan post kita dengan post yang sebelum ni? mudah je sebenarnya...

ok...post mana yang awak nak link dengan post sekarang...katakan macam post sebelum ni saya link dengan post sebelumnya...ni contohnya...siap tutorial gambar untuk lebih faham...

 klik link di atas

akan keluar paparan seperti ini...klik view blog (jangan tutup paparan sebelum ini) 

SAYA NAK HAMIL...

Assalamualaikum...hi bloggers...

teringat kata-kata seorang sahabat apabila saya buat moderasi sejarah di sekolahnya baru-baru ni...saya bercerita dengan dia saya sedang berusaha untuk mengandung...dan balasannya teruskan usaha...saya sokong 100 % sahabat ni dah ada dua orang anak, dan lama 6 tahun barulah ditakdirkan Allah untuk bakal menimang anak ke3 (sedang mengandung sekarang ni) dia cerita dia pun usaha macam2 nak dapat yang ketiga ni...alhamdulillah...dan anak keduanya tak sabar nak tunggu adik...bila baby nak lahir ni? sahabat saya jawab tahun depan...lamanya setahun nak tunggu hehehe

ni lanjutan daripada post saya sebelum ni tentang proses kehamilan saya nah baca kat sini...setelah buat IUI, doktor bagikan ubat asid folik dan 1 lg ubat untuk kesuburan...tapi prosesnya agak lama sebelum sampel sperma suami dapat dimasukkan ke dalam tubuh isteri...ambil masa separuh hari saya berada di hospital...tapi trust me, memang kena kuat fizikal n mental time buat IUI...baru faham pesanan kawan2 kepada kawan2 yang nak bersalin...jangan sekali2 angkat punggung...awak tak faham? takpelah...nanti awak akan faham

ISLAMIK : TIPS HABISKAN SURAH AL-KAHFI


Assalamualaikum...


hai bloggers...kerap kali kita dengar ustaz@ ustaah ingatkan kita tentang baca surah al -kahfi bagi

melindungi kita daripada fitnah dajjal...dan sekarang pun kita dah nampak fitnah dah tersebar

macam-macam cerita...macam-macam kisah...macam-macam orang...semoga kita semua terlindung

daripada fitnah manusia dan fitnah dajjal...

Moga ada manfaat. Korang nak SHARE atau TAG ke seluruh alam pun takpe, share dan tag saja..

nak buat wallpaper pun takde masalah.




‪#‎JumaatMubarakah

p/s: 1. kredit kepada Hlovate. Saya dapat idea ni pun daripada dia. Moga Allah permudahkan urusan dia dunia akhirat.

5 FAEDAH TIDUR UNTUK KECANTIKAN


 


assalamualaikum...hai bloggers...
 
siapa nak cantik? mesti ramai yang angkat tangan...

berapa jam awak tido biasanya?

 Seelok-eloknya kita tidur 6 - 8 jam sehari...tapi jangan terlebih tidur pulak...sebab kita bukan baby

yang perlukan tidur lebih 12 jam sehari hahaha...elok-elok muka boleh jadi cantik jadi sembap sebab

asyik nak tidur je...hari siang untuk bekerja...hari malam untuk tidur...cuma hari siang boleh tidur 10

minit sebelum zohor namanya apa eh...(terlupa pulak istilah tido sekejap tu)


Selain untuk kesihatan, tidur juga mempunyai faedah untuk kecantikan. Inilah Faedah Tidur untuk Kecantikan.

SIRAH NABI : PENGASAS BERHALA DI MAKKAH

Assalamualaikum...
salam jumaat semua...

harini saya nak tambah 1 lagi slot iaitu slot SIRAH NABI

Perkongsian sirah nabi ni saya sharekan apa yang adik saya dapat semasa dia mengikuti kelas SIRAH NABI...Moga perkongsian ilmu ini bermanfaat. sesiapa yang berminat nak sertai kelas sirah ni, silalah contact no yang tertera dalam gambar...

Monday, August 24, 2015

SAYA NAK HAMIL

Assalamualaikum...
buat yang ada masalah telur tak matang seperti saya, boleh baca ni...
saya copy info dari blog keluarga jutawan saya...Master To Be Atiqah

SOAL JAWAB BERSAMA PAKAR NUTRISI: Telur Isteri (Ovum) Banyak Tetapi Tidak Matang. Apa Penyelesaiannya?

RAWATAN UNTUK MENDAPATKAN BABY EPISOD 2

Assalamualaikum, hi bloggers...
terasa lama tak sambung tentang rawatan kesuburan saya...
bagi yang belum baca post saya sebelum ni bolehla klik rawatan-untuk-pasangan-yang-belum-hamil 1  

ok sambungan daripada post itu saya berhenti di proses ke 3 HSG (untuk check samada tiub bermasalah atau tidak)...selepas dapat keputusan HSG, dan doktor akan bandingkan dengan keputusan ujian sebelum ini (ujian darah dan ujian sperma) jika semuanya ok, doktor akan berikan PIL KESUBURAN buat isteri biasanya doktor akan sarankan kita makan sebiji bersamaan 50mg dan pil ini perlu dimakan pada hari kedua hingga ke 6 period...



Appointment berikutnya doktor akan scan rahim untuk pastikan si isteri ada fibroid atau cyst (dan biasanya period hari ke 2 kita ada appoinment dgn doktor) keputusannya saya ada FIBROID dan ia tidak mengganggu untuk saya hamil...

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search