hi bloggers...
Saya selalu mendengar keluhan rakan-rakan guru di sekolah...ada yang mengadu dia migrain...ada yang bercerita dia tekanan darah tinggi...ada pulak yang tekanan darah rendah sampai nak pitam di kelas...ada yang selalu pening kepala...dan saya kalau saya marah teramat-amat di kelas, badan saya akan menggigil, denyutan jantung berdegup dengan sangat pantas dan secara automatik badan akan berpeluh...saya rasa kalau berterusan ada saya ni sakit jantung atau strok...nauzubillah...mintak2 dijauhkan...
Harini saya nak berkongsi tentang Tekanan Darah Tinggi. Hasil carian saya di internet, Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Apa pula maksud tekanan darah tinggi? Baca di sini
Dianggarkan 4.8 juta penduduk menghidap darah tinggi...lebih separuh rakyat Malaysia berusia 40 tahun ke atas berisiko menghidap darah tinggi...bila baca tajuk artikel akhbar ni saya dah takut...adakah saya termasuk dalam golongan itu?
Punca Tekanan Darah Tinggi
Punca tekanan darah tinggi kebanyakannya tidak diketahui...namun anda lebih berisiko menghidap tekanan darah tinggi sekiranya:- berat anda berlebihan atau obes
- sering tertekan atau cemas
- seorang yang kuat masin (terlalu banyak pengambilan garam dalam masakan),
- mempunyai sejarah keturunan yang menghidap tekanan darah tinggi,
- seorang penghidap diabetis
- seorang perokok
- lelaki lebih berisiko berbanding wanita
- anda mengambil minuman keras
Komplikasi Tekanan Darah Tinggi
Jika tidak dibendung, tekanan darah tinggi boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
-
serangan jantung
-
angin ahmar/ strok
-
kegagalan jantung
-
kerosakan buah pinggang
Langkah Pencegahan
-
memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
-
tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salur nadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
-
kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
-
kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang
-
kekalkan berat badan yang unggul
-
bersenam secara berkala
-
elakkan pengambilan alkoholAtau anda boleh mencuba cadangan set darah tinggi Shaklee...yang diyakini semulajadi, selamat untuk badan dan selamat untuk alam dan diyakini keberkesanannya. Banyak sangat? Ni hanya cadangan set untuk darah tinggi, meh kita bincang mana yang sesuai...
Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:
- Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
- Keturunan.
- Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
- Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
- Merokok.
- Pengambilan berlebihan alkohol, garam.
- Kegemukan, kurang senaman.
- Stres yang berlebihan.
- Diabetes.
- Penyakit buah pinggang.
- Penyakit adrenal.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini