Assalamualaikum...
hai bloggers...harini saya akan berkongsikan jenis-jenis kulit
wajah dan cara merawatnya. Tiap manusia dilahirkan dengan jenis
kulit yang berbeza-beza, dengan mengetahui jenis kulit wajah yang
dimiliki, anda dapat menentukan produk dan rawatan yang sesuai
dengan wajah. Sekiranya kita tidak mengetahui jenis kulit kita kemungkinan besar menyebabkan kita silap memilih produk kecantikan...
Setelah mengetahui apa jenis kulit wajah anda, anda dapat
merawat wajah dengan tepat sehingga penampilan wajah dapat ditingkatkan,
bahkan mencegah kulit dari penuaan. Secara dasarnya terdapat 5
jenis kulit wajah di antaranya: Normal, kering, berminyak, kombinasi dan sensitif.
Masing-masing tersebut memiliki produk yang berbeza
Untuk mengetahui apa jenis kulit anda, anda dapat membuat ujian mudah dengan
menyeka wajah dengan tisu pada waktu pagi ketika baru bangun tidur dan kenali apa jenis kulit anda:
1. Kulit Normal
Jika kulit anda termasuk jenis normal maka tisu yang anda seka
tidak akan meninggalkan sebarang kesan minyak. Selain itu kulit anda akan terasa
lentur dan kenyal. Bersyukurlah bila kulit anda termasuk normal kerana
jenis kulit ini adalah yang paling kurang bermasalah. Kulit normal kelihatan bersih, halus bahkan tanpa mekap, kulit
normal akan kelihatan bagus ketika umur 30 keatas. Produk yang sesuai untuk kulit normal:
2. Kulit Kering
Jika kulit anda kering, maka tisu yang diseka saat bangun tidur
tersebut akan bersih dari minyak juga, namun kulit anda akan terasa
keras, kering, bahkan pecah-pecah setelah anda seka dengan tisu. Kulit
jenis kering saat mudah untuk jerawat dan pori-pori besar yang mengakibatkan pigmentasi dan iritasi. Kulit
kering akan masih kelihatan cantik ketika umur muda namun anda harus tetap
menjaga kesihatan kulit agar tidak terlihat jsebaliknya ketika umur 30 keatas.
Perawatan kulit kering:
3. Kulit berminyak
Jika Anda memiliki kulit jenis berminyak, tisu yang anda seka pada
pipi, hidung dan kening akan meinggalkan bekas minyak. Tentunya kulit
berminyak merupakan kulit yang paling rumit dengan masalah. Kulit
berminyak seringkali terlihat berkilat, berminyak dan pori-pori besar
yang menyebabkan jerawat. Namun kulit berminyak juga memiliki kelebihan iaitu susah untuk nampak tua. Anda dapat merawat
kulit berminyak dengan membersihkan muka dengan hati-hati, meminimalkan
makanan yang mengandung karbohidrat dan menghindari produk
yang ‘creamy’. Perawatan kulit berminyak:
4. Kulit Kombinasi
Kebanyakan wanita memiliki jenis kulit kombinasi. Tanda memiliki
kulit kombinasi adalah ketika Anda menyeka bahagian hidung dan dahi
maka pada tisu akan terdapat minyak, namun tidak pada pipi anda, pipi anda kering. Kerana kulit kombinasi ini adalah gabungan antara kulit kering dan
berminyak, jenis ini memerlukan rawatan yang berbeza. Bahagian yang kering seperti pipi dan sekitar
mata mesti dirawat dengan produk yang kaya akan cream, mouturizer,
sedangkan untuk bahagian berminyak seperti dahi dan hidung dapat dirawat
dengan membersihkannya dengan air bersih.
5. Kulit Sensitif
Kulit sensitif umumnya adalah kulit yang sangat kering, terasa ketat
dan dapat teriritasi dengan mudah. Biasanya kulit sensitif akan berwana
merah pada beberapa bahagiannya, warna merah tersebut juga terasa tipis
dan gatal. Untuk kulit sensitif Anda memerlukan rawatan tambahan. Anda
dapat memeriksa kulit wajah sensitif dengan doktor pakar kulit.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini