Hi bloggers...
Kelmarin ada penjual buku datang jual buku kat kawan saya...saya ternampak terus panggil penjual buku tu...di luar kebiasaan betul...kalau selalu sayalah orangnya yang akan lari jauh2 taknak masuk bilik guru kalau ada penjual buku...kali ni bukan setakat tak lari...siap panggil lagi penjual buku tu datang ke meja...
Bila saya tengok tajuk je saya dah tertarik...belum dia buka mulut lagi...saya dah terpikat...memang senang keje dia haritu, tak payah bercerita tak payah nak promot dekat saya buku dia...saya memang dah nak beli...
Anda adalah apa yang anda makan...kuasa penyembuhan daripada makanan...kesihatan sedikit sebanyak bergantung pada makanan yang diambil setiap hari...sesetengah makanan boleh membawa penyakit...selebihnya mampu mencegah, mereda malah menyembuhkan keuzuran yang dialami...buku yang membantu pembaca mengenali makanan mana yang dianugerahi kuasa penyembuh di samping menikmati kelazatannya...
Bila tengok isinya, memang lengkap...macam sebuah ensiklopedia tentang makanan...ada khasiat setiap makanan, cara masak yang paling tepat...makanan untuk mata...makanan untuk usus...makanan untuk arteri, makanan dan kanser dan lain-lain...memang sangat sesuai untuk saya sebagai SID juga penting untuk saya sebab saya nak sihat...buku yang sangat digalakkan miliki oleh semua orang yang mementingkan kesihatan...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini