Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Sunday, October 27, 2013

Buah-buahan unggul kegemaran rakyat Malaysia

assalamualikum...
apa khabar semua rakan2 blog saya...harapnya semua sihat...dah makan buah ke hari ni?sambil saya menaip post ni saya tengah mengunyah anggur...apa buah kegemaran anda semua? semalam saya baca majalah I-Sihat, ada yang saya nak share pasal buah2an apa yang saya baca dalam majalah ni...

buah-buahan unggul bermaksud buah-buahan yang kurang dikenali dan diterima tetapi kaya dengan kesihatan unggul...ada 7 buah semuanya...
  1. ceri (51%)
  2. manggis (48%)
  3. buah naga (45%)
  4. buah pic (39%)
  5. pisang kaki (35%)
  6. avocado (34%)
  7. buah delima (31%)
Mengkagumkan ceri buah paling unggul disebabkan warna merah yang menarik, rasanya lazat dan kaya dengan antioksidan yang tinggi. Berbeza dengan manggis yang mempunyai kandungan antioksidan polifenol yang tinggi dan kandungan vitamin c, vitamin e dan karetonoid yang lebih kuat. Ia membantu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan menguatkan daya tahan melawan penyakit. kulit manggis boleh dikisar dan diminum jusnya kerana kulit manggis kaya dengan xanthone yang berpotensi menangani kanser, masalah pernafasan, menguatkan system imun dan menjaga kesihatan usus.



Dengan rasa yang manis dan rupa menarik, buah naga merah lebih popular berbanding buah naga putih. Buah pic agak mahal harganya tetapi tetap digemari disebabkan rasanya yang sedap dan biasanya dijadikan snek, smoothie atau dimakan begitu sahaja. Pisang kaki mendapat tempat kelima kerana rasanya yang unik dan manis serta rangup turut memberi khasiat kepada kesihatan. Kaya dengan antioksidan. Manakala buah avocado dan buah delima menjadi pilihan terakhir, kemungkinan besar kulitnya sukar dikupas...


Dalam banyak2 buah-buahan unggul ni, saya suka makan pisang kaki...tapi buah ni susah nak dapat...ada musim agaknya...walauapapun buah yang anda suka, kita kena makan buah dan sayur supaya kita dapat vitamin c...yang terdapat dalam buah dan sayur itu...mulai hari ni berazam nak makan buah dan sayur setiap hari...di samping ambil supplement vitamin c sebagai tambahan




tapi apa susah kalau anda tak sempat nak makan buah hari ni, telan je sebiji vit c sustaine release...khasiatnya sama macam kita makan 7biji buah oren...wow...cukup sebiji je...

SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health Buddy

Thursday, October 24, 2013

TIPS PELAJAR CEMERLANG

DR FADZILAH KAMSAH
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
| Notes | Reblog |

Wednesday, October 23, 2013

14 penawar semulajadi yang berkesan


  1. sakit kepala (penyelesaian - pensel)  
 Apabila anda merasa tertekan atau cemas, secara tidak sengaja anda mengetap rahang dan gigi menyebabkan rasa tegang dan memicu sakit kepala...Cubalah letakkan pensel antara gigi tapi jangan gigit...akan kurang sakit kepala

2. Nafas berbau (penyelesaian - yogurt)
Kajian menunjukkan bakteria baik dalam yogurt mampu mengalahkan bakteria buruk yang menyebabkan nafas berbau


3. Kaki melecet (penyelesaian - listerine)
Penyegar nafas listerine sebenarnya mampu bertindak sebagai antiseptik terbaik...Caranya basahkan kapas dengan listerine dan sapu pada bahagian melecet 3kali sehari hingga luka kering

4. Masalah tersedu (penyelesaian - gula)
Satu sudu gula dimakan secara kering mampu menghilangkan sedu dalam masa seminit sahaja

5. Masalah tekanan darah tinggi (penyelesaian - muzik/ipod)
Kajian yang dilakukan oleh universiti florence di itali menunjukkan muzik mampu menjadi penawar tekanan darah tinggi. Cukup hanya 30 minit sehari mendengar lagu yang memberi ketenangan sambil bernafas perlahan-lahan mampu menurunkan tekanan darah


6. Masalah mabuk/mual (penyelesaian - buah zaitun/lemon)
Bahan dalam buah zaitun mampu mengeringkan mulut dan memberikan rasa lega. Menghisap lemon juga boleh atasi masalah ini

7. Masalah ekzema (penyelesaian - minyak zaitun)
 Legakan keradangan akibat ekzema dengan menggunakan minyak zaitun di kawasan yang bermasalah. Kerana minyak zaitun adalah asas kepada kebanyakan pelembap. Caranya sapukan satu sudu kecil di tempat bermasalah

8. Masalah sakit kaki (penyelesaian - bola golf atau bola tenis)
Tanggalkan kasut dan golekkan bola golf atau bola tenis di bahagian kaki yg sakit...Bagi kaki yang berdenyut golekkan botol yang berisi ais



9. masalah gigi kuning (penyelesaian - epal)







Buah-buahan dan sayur-sayuran rangup bertindak sebagai berus gigi semasa kita mengunyahnya. Epal mempunyai asid malic yang memutihkan gigi

10. Masalah kuku rapuh (penyelesaian - minyak sayuran)
Gunakan losyen sekerap mungkin sebelum tidur ataupun anda boleh cuba minyak sayuran. Untuk kesan maksimum, pakailah sarung tangan supaya minyak tersebut menembusi bahagian yang bermasalah

11. Masalah stress (penawar - pudina)
Kajian menunjukkan tidak balas 25 orang pelajar kolej mengunyah gula-gula pudina semasa memandu dalam keadaan trafik yang sesak. Keputusannya mereka mengakui kadar kebimbangan dan keletihan menurun 20%, kecewa menurun 25%manakala 30% mengakui fokus makin meningkat

12. Masalah luka ( penawar- minyak cengkih)
Minyak cengkih amat berguna untuk penyembuhan luka. Taburkan sedikit bagi mengelakkan jangkitan serius di bahagian luka. Di dalamnya terkandung eugenol yang bertindak sebagai antiseptik dan penawar kesakitan

13. Masalah jangkitan salur kencing (penawar - serbuk penaik)
Jika anda menghadapi masalah ini pada peringkat awal, solusi ini mungkin dapat membantu. Campurkan lapan auns ain yang dicampur 1/4 sudu teh serbuk penaik. Serbuk penaik menjadikan persekitaran pundi kencing lebih beralkali dan mengurangkan keupayaan bakteria untuk membiak

14. Masalah kulit kering (penawar - betik)
Kisar betik yang dicampur dengan oat dan sapukan pada tempat yang bermasalah. Biarkan selama 10 minit sebelum dilapkan dengan tuala basah. Lakukan 2kali sebulan


SUMBER MAJALAH I SIHAT



SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health Buddy

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search