Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Thursday, September 19, 2013

kata motivasi hari ni

kisah sedih melanda diriku...

salam...
baru-baru ni sewaktu saya berada di rumah saya di JB, saya dikejutkan dengan perkhabaran yang tak pernah saya jangkakan...suami wa...datang hospital khoo teck phuat di Yishun...i got into accident...berderau darah...tak tahu nak buat apa...cepat2 solat magrib...terus drive kete untuk masuk singapore...set2 gps takde plak hospital tu...serious memang rase blurr...macamana ni...

memang tekad...tak kiralah macamana nak pegi hospital tu, dah sampai kang baru fikir...masa tu tuhan je yang tahu betapa berdebarnya saya...air mata bercucuran dari masuk kereta sampailah masuk di kastam singapore...mase tu kepala memang ingat yang negatif je...tapi mulut asyik kata in sya allah dia tak apa2...otak dan mulut dah tak sehala...bila hampir masuk ke kastam, abah mertua call, dia kata dah tau ke? tadi abah sempat naek ambulans sama2 dengan Jas (nama suami) lagilah makin laju air mata bercucuran...

rasa belum cukup berkhidmat kepada suami...rase banyak lagi belum buat bersama...belum ada anak dengannya...masih banyak cacat cela...ya allah bagilah peluang untuk saya berkhidmat kepadanya...untuk saya terus menyayanginya...

bila sampai di rumah mak mertua, mak terus tahan teksi untuk ke hospital tu...sesampai di hospital, abah tunjuk box dan helmet abang...dah ingat box tercampak ke...apalah keadaannya abang...bila dibenarkan melawat abang, memag terus peluk abang...dah tak malu dengan mak abah bila saya menangis sekali lagi macam anak kecik...memang saya takut saya akan kehilangannya...dan memang kesian tengok keadaannya banyak luka sana sini...tangan kanannya berbalut...patah...ya allah syukurla dia tak apa2...saya tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi pada saya sekiranya dia tiada...sesungguhnya betullah orang kata masa dia ada, kita kurang hargai...tapi bila dia tiada kita tercari-cari...

Thursday, September 12, 2013

Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium!

Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium!

Kalsium! Ramai orang kaitkan kalsium untuk kesihatan tulang je.

Tapi tahu tak kalsium bukan hanya penting untuk tulang?


Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
Insomnia - Kekurangan kalsium menyebabkan susah untuk tidur dan seterusnya tidak berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur pula kita tak dapat masuk ke fasa tidur yang nyenyak. Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya!

Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.

Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.

Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kekurangan, boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.

Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis. Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.

Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya.

Sumber diolah daripada: Life123

Oleh itu, pengambilan Vitamin Kalsium adalah sangat penting terutamanya bagi individu di akhir usia 20an dimana kandungan kalsium dalam tubuh sudah mula merosot.




sumber kalsium terbaik datang dari susu dan produk tenusu...tapi kebanyakan kita tak suka minum susu...jadi penyelesaiannya OSTEMATRIX...anda bukan hanya dapat kalsium malah magnesium dan vitamin2 lain...hanya 4 biji sehari sebelum tidur
SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health Buddy

Tuesday, September 10, 2013

tanda-tanda tubuh tak cukup zat...

Sebenarnya tubuh kita sering hantar signal ataupun tanda2 yang tubuh kekurangan vitamin..mungkin masa tu antara sedar atau tidak je..kadang2 kita sendiri yg tak hiraukan ataupun ambik mudah..tanda2 seperti cepat rasa letih, badan lemah, kulit jadi kering, bibir pecah dan macam2 lagi yg biasanya berlaku bila tubuh kurang vitamin ni..bagi saya sendiri kalau tak ambik suplemen memang akan dapat signal-signal macam tu...ye la penat dengan bekerja di pejabat..balik rumah bekerja untuk suami dan anak2..kalau boleh nk semua benda perfect..tapi sampai satu tahap badan jadi sangat penat..untuk ibu2 dan seisi keluarga bolehla tambahkan suplemen untuk bujet bulanan anda..kesihatan tiada galang ganti...

Jom tengok senarai beberapa signal yg cuba disampaikan oleh tubuh bila kurang vitamin..

  • Kuku mudah patah- Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan oleh kekurangan ZAT BESI, ZINK dan ASID LEMAK PATI atau ESENSIAL. Boleh ambil makanan daripada sumber seperti daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh ye bila kuku sering patah sbb biasanya kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan daripada keadaan ni berterusan kerana ia menunjukkan anda terkena penyakit tiroid. 
  • Mata terasa kering- Bila sering merasa mata pedih dan kering sebenarnya disebabkan keadaan persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Boleh atasi keadaan ni dengan ambik VITAMIN A dan ASID LEMAK PATI. Amalkan makan banyak sayur dan buah buahan yg bewarna hijau, kuning dan oren.
  • Pecah-pecah di bahagian hujung mulut- Tanda2 kekurangan ZAT BESI, VITAMIN B12, B6 dan ASID FOLAT. Sebaik-baiknya banyak mengambil daging, kekacang dan sayuran bewarna hijau.
  • Bibir pecah-pecah- Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu ia disebabkan oleh kekurangan VITAMIN B2. Sebaik-baiknya ambil daging dan produk tenusu.
  • Kulit memerah dan wajah berminyak- Kemungkinan anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan VITAMIN B2, B6, ZINK atau LEMAK PATI MINYAK. Cuba ambil lebih daging, ikan dan kerang.
  • Jerawat- Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan VITAMIN B KOMPLEKS, VITAMIN E dan ASID LEMAK PATI. Untuk mengatasinya ambil lebih banyak produk daripada haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.
  • Rambut nipis- Kekurangan ZAT BESI atau ZINK boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.
  • Kelemumur- Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kelemumur. Selain itu kekurangan VITAMIN C, B6, ZINK dan ASID LEMAK ESENSIAL juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah buahan seperti limau/oren, daging, ikan dan produk susu.
  • Mata merah- Mata yang merah sering dianggap mata letih atau akibat debuatau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan VITAMIN A dan B2. Sebaik baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren atau hijau.
  • Luka lambat sembuh- Kemungkinan anda kekurangan ZINK. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan yang bersumberkan susu dan kerang agar dapat mengatasi masalah ini.
Sumber: MW


tambahan info...dulu suka subjek sains...ingat2 balik apa yang saya belajar dulu
  • tanda putih pada kuku - kukurangan zink
  • rambut mudah gugur - kekurangan zink
  • gusi berdarah - kukurangan vitamin c
  • sembelit - kekurangan vitamin c
  • anemia - kekurangan zink
  • SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
        Page AlyaSofiya Your Health Buddy

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search