Saluran darah retina mudah pecah
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my 
 
MENURUT Sim Ee, diabetes menjadi punca saluran darah pada retina dan bebola mata menjadi lemah, mudah bocor dan tersumbat 
KAJI  Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan 
kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes pada 2012. 
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman, 
 bilangan pesakit diabetes di Malaysia meningkat sebanyak 31 peratus 
dalam tempoh lima tahun berbanding pertambahan 11.6 peratus pada 2006 
bagi setiap orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas. 
Pada masa ini, dianggarkan terdapat lebih 5.6 juta pesakit diabetes 
di negara ini dan 25 peratus daripada jumlah itu mengalami komplikasi 
kaki yang serius dan memerlukan penjagaan luka yang betul. 
“Ramai pesakit diabetes sedar betapa pentingnya penjagaan luka di 
kaki kerana mahu mengelak ia dipotong. Namun ramai yang tidak menyedari 
bahawa risiko diabetes bukan sekadar lumpuh kaki. 
“Mereka juga berisiko untuk mendapat   retinopati diabetes penyebab 
buta,” ujar Pakar Optamologi,  Pusat Perubatan Tropicana di Petaling 
Jaya, Dr. Khor Sim Ee. 
Jelas beliau, retinopati  diabetes  adalah gangguan pembuluh darah di
 retina mata pesakit diabetes melitus. Kerosakan tersebut berlaku 
disebabkan komplikasi penyakit diabetes yang  boleh menyebabkan 
penglihatan mata merosot dan membawa kepada buta jika pesakit tidak 
mendapatkan rawatan sewajarnya.  
“Ramai pesakit muda tidak begitu mementingkan kesihatan mata 
sedangkan ia merupakan penyebab utama kebutaan bagi golongan belia yang 
baru bekerja,” katanya. 
“Kebanyakan pesakit mula mengalami retinopati ini selepas 20 tahun menghidap diabetes.
“Akibat daripada komplikasi tersebut, saluran darah pada retina dan bebola mata  menjadi lemah, mudah bocor dan tersumbat. 
“Kebocoran tersebut mengakibatkan lemak, air dan darah memasuki retina sekali gus menjadikannya bengkak. 
“Keadaan bengkak ini pula menjadi punca  pandangan pesakit  kabur. 
Ada masanya saiz serta bentuk objek yang dilihat  berubah-ubah.
 
PEMERIKSAAN awal dapat menyelamatkan mata daripada buta sepenuhnya. 
Bocor
“Jika keadaan ini berterusan, pesakit akan mendapati pandangan mereka diganggu oleh bintik-bintik hitam,” jelasnya. 
Tambah Sim Ee, disebabkan komplikasi diabetes juga, kesihatan mata  
mula menyusut. Retina akan kekurangan oksigen dan zat-zat yang 
diperlukan untuk kekal sihat. 
“Memandangkan adanya permintaan oksigen dan zat pada retina, saluran 
darah baharu akan tumbuh di permukaan retina untuk menampung kekurangan 
itu. 
“Malangnya, saluran darah baharu tersebut bersifat kurang matang. 
Dindingnya mudah pecah dan pendarahan berlaku di  belakang mata. 
Akibatnya, penglihatan  menjadi kabur.  
“Secara fizikalnya keadaan mata tidak berubah. Ia kelihatan seperti mata normal. 
“Disebabkan itu, setiap pesakit diabetes perlu menjalani pemeriksaan mata. 
“Bagi pesakit peringkat pertama, iaitu penghidap diabetes kanak-kanak
 dan remaja, mereka perlu menjalani pemeriksaan ini selepas lima tahun 
didiagnosis menghidap penyakit ini. Ini kerana kesan komplikasi tidak 
dapat dikenal pasti pada lima tahun pertama. 
“Bagi pesakit diabetes peringkat dua yang melibatkan penghidap 
berusia 30 tahun ke atas, mereka harus menjalani ujian saringan ini 
sebaik sahaja disahkan mendapat diabetes,” katanya.
Jika mereka tidak mendapatkan rawatan awal dan keadaan mata sudah teruk, Sim Ee menambah, parut akan terhasil pada retina mata. 
“Ini menyebabkan urat saraf lekang daripada lapisan dalam mata dan membentuk glaukoma yang juga punca kebutaan. 
 
OBESITI dikaitkan dengan penyakit diabetes. 
Tidak boleh ditukar
“Jika pesakit datang awal, sekurang-kurangnya kita boleh memberi rawatan untuk mengekalkan penglihatan yang ada. 
“Jika sudah terlewat, retina yang rosak teruk tidak boleh 
diselamatkan lagi. Pesakit akan berdepan  masalah 
buta seumur hidup 
kerana retina tidak boleh ditukar atau ditransplan, tidak seperti 
kornea,” jelasnya. 
Bagi pesakit retinopati   diabetes, ada beberapa kaedah rawatan untuk menyelamatkan mata mereka. 
Antaranya, rawatan laser.  Kaedah ini dapat membantu mengawal penyakit daripada merebak ke peringkat yang lebih serius. 
“Pesakit juga boleh mendapatkan rawatan suntikan ubatan tertentu. 
Selain itu, pembedahan  boleh dilakukan untuk membuang darah, lemak dan 
air yang bergenang di dalam bebola mata. 
“Pesakit diabetes perlu tahu, selain 
risiko kehilangan kaki, mereka 
juga berdepan dengan risiko komplikasi mata kalau mereka tidak mengawal 
penyakit tersebut dengan baik. 
“Risiko ini tidak boleh dihilangkan namun dengan pengawalan yang baik, risiko tersebut dapat dilambatkan perkembangannya. 
“Sekiranya seseorang itu patuh kepada arahan doktor, dia mungkin 
mengambil masa selama 10 tahun sebelum kerosakan retinanya beralih dari 
peringkat permulaan ke pertengahan. 
“Namun, jika pesakit tersebut tidak begitu menjaga kesihatannya, 
tidak mustahil dalam tempoh lima tahun, dia akan 
buta,” katanya.

 
Takutnya kalau DIABETIS...dahlah kena cucuk insulin, kaki dipotong dan 
ni pulak bakal BUTA...masa kita boleh nampak tak terasa pun MATA tu 
suatu NIKMAT tapi kalau kita dah buta... besarnya nikmat boleh 
melihat...
Di Shaklee, kami ada SET SUGAR CONTROL membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan penghidap kencing manis...

Kebaikan...
 
- Mengekalkan paras gula sihat dalam darah
- melegakan rasa kebas dan semut-semutan
- membantu menyembuhkan luka
SYIKIN, Shaklee ID: 919352 |
donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health
Buddy