Bergelar ibu berkerjaya memang mencabar. Banyak yang hendak diuruskan, keperluan suami, anak-anak dan rumah tangga semuanya sama penting. Pasti setiap ibu punya cara tersendiri memastikan semuanya terurus rapi.
Semoga panduan berikut mampu membantu ibu-ibu berkerjaya menjadi bertambah hebat dalam pengurusan rumah tangga dan kerjaya.
Tip menyediakan sarapan
*Sediakan menu ringkas berasaskan roti  seperti roti bakar, sandwic, telur hancur, telur separuh masak, bijirin bersama susu atau nasi goreng.
Tip menyediakan makan malam
*Rancang menu masakan untuk seminggu lebih awal. Ia dapat menjimatkan masa untuk berfikir dan membuat persediaan bahan-bahan.
*Bagi memendekkan waktu memasak, pastikan semua bahan masakan disediakan lebih awal. Buat stok cili kisar, segala bawang, daging, ayam, ikan siap disiang dan dinyahbeku.
*Sediakan hanya dua menu untuk makan malam hari bekerja iaitu berasaskan daging, ayam atau ikan bersama sayur.
*Masak hidangan lauk yang mudah dimasak seperti ikan stim, isi ayam masak masam manis, daging masak kicap atau ikan goreng. Untuk sayur pula, tumis, masakk sup atau salad sayuran.
Tip menggosok pakaian
*Gosok pakaian pada hujung minggu untuk kegunaan seminggu.
*Gantung pakaian yang sudah digosok berasingan bagi mengurangkan kedutan.
Tip mengemas rumah
*Sapu dan kemas barang-barang yang bersepah setiap hari.
*Kemas rumah setelah anak-anak kecil tidur bagi mengelakkan mereka membuat sepah lagi.
*Di hujung minggu, buat jadual mengemas yang berat seperti vakum, mop lantai, cuci bilik air dan mengelap habuk almari.
*Sediakan bakul atau tempat menyimpan barang mainan anak supaya lebih teratur dan mudah disimpan.
Tip mencuci pakaian
*Cuci pakaian kotor dan setiap hari untuk mengelakkan daripada mencuci terlalu banyak pada waktu cuti dan terus sidai sebelum masuk tidur.
* Lipat pakaian kering segera dengan bantuan suami dan anak-anak untuk mengelakkan ia bertimbun lebih banyak dan berkedut.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja-kerja rumah jangan abaikan anak-anak yang perlukan perhatian. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu jam dengan anak-anak. Pelukan, ciuman dan berbual-bual dengan mereka sambil membuat kerja membantu mengeratkan hubungan ibu dan anak. Pastikan sebelum tidur anda bercerita atau membacakan buku cerita untuk mereka.

(SUMBER MAJALAH PAMA)


Ibu bekerjaya menuntut banyak pengeluaran tenaga.
Sedari bangun pagi, menguruskan anak, menyediakan sarapan, menghantar anak ke sekola, ke pejabat untuk bekerja. Memang sangat perlukan tenaga.
Itu belum waktu petang, mengambil anak dari sekolah,pusat jagaan, mengharungi kesesakan lalulintas, sampai dirumah, perlu menyediakan makan malam untuk keluarga.

Fuhhh.....
Sangat banyak , peranan ibu khasnya yang bekerjaya.kerja di rumah kena tengok...kerja di tempat kerja pun nak kena tengok...

Ramai juga diantara mereka yang menghubungi saya dan mengadu penat, lesu, kerap sakit khasnya selsema.

Apa yang saya boleh kongsikan sebenarnya semua ibu mampu untuk melakukan semua tugasan, namun perlu menjaga pemakanan mereka. Bukan saja pemakanan yang lengkap dan seimbang, namun rehat yang cukup pun perlu. Tapi mana mungkin seorang ibu akan dapat tidur yang lena bukan...apa yang saya boleh katakan ialah JANGAN MENGELUH...BUAT DENGAN IKHLAS...BALASAN PAHALA YANG BESAR KEPADA KITA SEMUA

Dan tambahan khas untuk wanita bekerja yang saya gelarkan SUPERMUM/SUPERWOMAN seperti saya di luar sana, kami di Alyasofiya Your Beauty Health ada menawarkan supplement yang sesuai untuk anda untuk menambah tenaga (ENERGY BOASTER)...2 barangan ni sudah cukup untuk membuatkan para ibu yang bekerja bertenaga sepanjang hari. SAYANGI DIRI ANDA SEBELUM ANDA MENYAYANGI ORANG LAIN...KERANA ANDALAH PERMAISURI HATI BAGI SEMUA


SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health Buddy