Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Saturday, April 18, 2015

FALSAFAH BUAH-BUAHAN

🌽🍌🍍🍠🍇🍈🍓🍅

Falsafah buah oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Falsafah Buah-buahan  ... .......
🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

🍠🍠🍠🍠🍠🍠🍠

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santannya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

💝💝💝💝💝💝💝

Kongsilah dgn group lain utk manfaat kita.

💝💝
💝💝💝💝💝

Wednesday, April 15, 2015

RESEPI:LAKSA PENANG STEP BY STEP (KUAH PEKAT, CUKUP MASAM, CUKUP PEDAS)

Assalamualaikum...
hai bloggers...ada tak sesape yang peminat laksa penang macam saya? Saya memang peminat laksa penang...kalo pergi pasar malam atau bazar ramadhan, biasa memang saya akan beli laksa penang...malangnya ramai peniaga yang gunakan ikan sardi  dalam laksa mereka...lebih murah, lebih mudah tapi kurang sedap...setuju tak?
Kelmarin saya teringin makan laksa, alang2 masak jelah...boleh makan banyak....

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak laksa ialah...

Bahagian A
Laksa 1kg (saya guna laksa basah) dicelur dalam air panas kemudian dibasuh dengan air paip dan ditoskan

Bahagian B (kuah)
1kg setengah ikan kembung/ikan selar kuning/ikan mata besar direbus kemudian isi ikan diasingkan daripada tulang dan diblend dimasukkan dalam periuk
Tulang dan kepala yang diasingkan isi juga diblend hancur kemudian ditapis...air tulang diambil, (hampas diberi pada kucing hehehe)
1 biji bawang besar dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
seinci belacan dikisar
20 helai daun kesum
2 batang bunga kantan dipotong dua, batangnya juga saya ambil
Cili boh secawan (saya guna cili boh maz dalam cawan)
6 keping asam keping
Air asam jawa
Air 3cawan
garam secukup rasa
Setiap bahan dimasukkan dalam periuk sambil dikacau perlahan dengan api sederhana besar

Bahagian C (aksesori)
Bawang besar dihiris nipis
timun dipotong panjang
telur direbus
cili api dihiris
Limau nipis dipotong dua

Selamat mencuba...


Saturday, April 4, 2015

RESEPI: KETAM MASAK LOMAK CILI API (N9 STYLE)

Assalamualaikum...
hi bloggers...dah lunch ke? Kalian lunch ape eh?
Harini saya masak ketam masak lomak cili api negeri sembilan style...masak lomak cili api style negeri sembilan tidak menggunakan walau sebiji bawang samada bawang kecil atau bawang putih...

Friday, April 3, 2015

KERANG SAMBAL SINCE 1986

Assalamualaikum...
hai bloggers...harini kebetulan saya dan suami cuti sama...susah nak dapat cuti sama...almaklumlah cuti JB dan Singapore tak sama...jadi kesempatan cuti ni kami pun balik kampung saya di Senggarang, Batu Pahat. Cuti sehari kami habiskaj di kampung...seronok rasanya dah lama tak balik.

Tiba-tiba mak tanya ko pernah g KLCC? Aku cakap tak pernah, suami pulak kata pernah...KLCC mana ni? Bukan KLCC kat KL ke? Mak kata bukan, ni KLCC dekat Rengit...wah apa plak tempat KLCC ni...khabarnya kat situ ada jual macam2 barang2 org Singapore kira barang second yang masih boleh guna lagi...memamng macam2 ada, ada barangan eletrik (mesin basuh, fridge, periuk nasi, microwave,, dryer baju, , vacuum, iron stim, kipas) barangan baby (stroller, katil baby, mainan baby, walker, buaian, car seat, meja makan baby)...perabot (sofa, kabinet, meja makan, almari) ni baru sebahagian barangan yang ada kat situ...memang mabuklah tengok  macam2 barang...lokasi KLCC ni berdekatan dengan MEdan niaga Rengit...ada bangunan batu dan bangunan kayu...cakap je nak barang apa, insya allah ada...harga boleh dirunding...memang sesuai untuk pengantin baru yang baru nak mulakan kehidupan...atau untuk yg duduk rumah sewa...

Thursday, April 2, 2015

SANTAI-SANTAI OTAK...JANGAN STRESS YA

Santai santai otak sikit...........

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Bol eh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda: Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih ke yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Aaa.. Yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yang putih dan yang hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah... Sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya.

Pemuda : Ooo, gitu ke... Habis tu yang hitam tu siapa punya?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

😄😄
Relax relax sebentar.

GST... OH GST

Lari tajuk jap tp penting kita #ambiltahu sebagai pengguna

Cukai Gst 6% akan dilaksanakan pada 1 April 2015 (Rabu) menggantikan Cukai SST kini antara 5% hingga 20%

#kenaikan
Antara barang yang dijangka alami kenaikan harga adalah barangan seperti Handphone
kerana kerajaan telah mansuhkan cukainya sebelum ini.
Contoh
Rm500 + 0% = Rm500
Rm500 + 6% = Rm530

4 PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG HERBLAX

Assalamualaikum...hi bloggers
Malam ni saya nak berkongsi tentang 4 perkara yang anda tidak tahu tentang Herblax. Siapa di sini ada masalah sembelit? Seminggu sekali baru membuang? Silalah baca sehingga habis kemungkinan Herblax sesuai untuk anda...


 
1. Manfaat Herblax 
  • membersihkan najis yang tersekat

Wednesday, April 1, 2015

PROMO APRIL 2015

Assalamualaikum...hai bloggers...
bulan April adalah bulan kelahiran saya...
saya memang dari dulu suka bulan April...
bertambah suka bila dapat tahu promo yang Shaklee tawarkan bulan ni...
Promosi 6 dalam 1...wow tak pernah Shaklee begitu baik hati buat promosi macam ni
di saat Malaysia sana sini orang tengah sibuk tentang GST, harga barang naik...
Shaklee buat promosi macam ni...dan jangan tak tahu Harga Pasaran Shaklee tiada GST

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search