Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Monday, December 30, 2013

selamat menyambut tahun baru...

Tahun baru 2014 bakal menjelang...bagaimana tahun 2013 anda? bagi saya, saya sangat gembira pada tahun 2013, saya telah memilih suatu produk kesihatan yang terbaik...dan saya tak menyesal dibawa menceburkan diri dalam perniagaan ni oleh kakak saya...Dr Nurul Azreen...terus terang saya katakan sebelum ini saya tak penah dengar tentang shaklee sehinggalah kakak saya yang memperkenalkan kepada saya...dan saya berani mencuba salah satunya sebab kakak saya seorang doktor...dia lebih pakar tentang hal2 supplement ini...di penghujung tahun 2013 ini, saya berasa sangat bersyukur dan sangat berterima kasih kepada kakak saya kerana memperkenalkan suatu jenama yang TERBAIK, SELAMAT, SEMULAJADI  DAN TERBUKTI BERKESAN...
10 THUMBS UP FOR SHAKLEE
http://www.shaklee.com.my/img/content/Image175511566.jpg
Add caption

Thursday, December 26, 2013

CABUTAN BERTUAH

Assalamualaikum...
Tawaran cabutan bertuah masih berbaki 6hari...
Cuma jangan keliru, cabutan bertuah ni bukan datang dari shaklee, cuma dari kumpulan kami yang nak menghargai customer kami...
Sangat mudah, syaratnya anda hanya perlu menjadi salah seorang customer saya walau hanya dengan pembelian sebotol vitamin pun dah melayakkan untuk anda menempatkan nama anda dalam cabutan bertuah...hadiah utama 3 loket emas habib dan 3 barangan lain...
Bukan selalu kami bermurah hati dan pemurah macam ni...;)

Syikin
919352
0197905220

Thursday, December 19, 2013

PMR...PMR...PMR...

Assalamualaikum rakan-rakan blogers...
hari ni keputusan PMR diumumkan di sekolah...alhamdulillah keputusan yang agak membanggakan di sekolah saya. keseluruhan subjek meningkat daripada tahun lepas...

Di sekolah, saya adalah guru tingkatan bagi kelas yang hujung iaitu 3B4...tadi kebanyakan pelajar datang bersama dengan mak dan ada yang datang dengan kawan-kawan...ada seorang pelajar perempuan datang dengan ibunya, dan apabila melihat kepada keputusan anaknya, ternyata si ibu agak kecewa jelas pada wajahnya...(apa yang diharapkan oleh ibu pelajar ni, kemungkinan beliau kecewa kerana anaknya tak mendapat sebarang A)...tapi saya pujuk kembali, puan, result anak puan ni memanglah tidak sebagus pelajar-pelajar lain tapi result dia ni yang terbaik berbanding dengan result peperiksaannya sebelum ini...

ibu...ayah...
setiap anak ada potensi diri...tapi sekiranya anak telah mendapat keputusan yang lebih baik, berilah mereka galakan sekurang-kurangnya ucapan tahniah...jangan kerana anak-anak tidak mendapat seperti yang kita harapkan, tidak menjadi top scorer kita langsung tidak memberikan penghargaan kepada mereka. Sebentar tadi saya baru post di wall facebook saya berkenaan ucapan tahniah kepada anak-anak didik, tidak kira walau apapun keputusan yang diperolehi, bersyukur...CIKGU BANGGA DENGAN KALIAN...
percayalah, hanya dengan memberikan galakan dan kata-kata semangat sebegini terutama kepada pelajar yang sederhana dan lemah membuatkan anak-anak berasa sangat dihargai dan akan cuba menonjolkan potensi diri masing-masing. 

Tak lama selepas saya update post saya di facebook tadi, seorang pelajar dari kelas saya telah berhasrat nak beli OMEGA GUARD daripada saya...mula-mula saya ingatkan dia tanyakan untuk neneknya rupanya dia yang nak makan OMEGA GUARD tu untuk lebih fokus di kelas pada tahun hadapan.

Sunday, December 15, 2013

Luahan hatiku

Assalamualaikum...
Apa khabar rakan2 bloggers...
Semalam masa saya dan mak tonton tv drama siapa aku di hatimu di tv 1.
Ada satu scene si mak bercakap pada anaknya,
'mak tak sabar nak timang cucu'
Saja mengalihkan perhatian time scene tu...
Sememangnya sy takut kalau mak saya cakap mcm tu dgn saya...
Saya nak jawab apa? Belom sedia, jawapan dahlia lakonan anzalna...atau apa...

Kalau ditanya, siapalah yang kawen taknak anak..
Blom rezeki...Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambanya...
Masa dapat tahu adik yg kawen lebih lambat dr saya dh preggy, sy menangis teresak2...gembira mendengar khabar gembira tu tapi dalam masa yg sama rase sayu+sedih...

Setakat ni dah berurut...dah mkn mkanan untuk preggy yg kebanyakannya xsedap yaks...dah jumpa doktor...namun belom lagi berhasil...blom cukup usaha agaknya...

Sekarang, saya seboleh mungkin taknak bertanya pasal anak atau baby kepada kawan2 atau sepupu yang senasib dgn saya...isu ni sensitif bg yg senasib dgn saya...takut sangat akan mengecilkan hati sesapa yg berkenaan...yang mana tahu disebabkan kecik hati, doa saya belum Allah makbulkan. Dan saya juga mewakili kawan2 dan saudara saya yg senasib belum memiliki anak sangat berharap, janganlah org keliling selalu bertanya eh blom ada anak lagi...ataupun kau ni bila nak mengandung...si polan si polan kawin lambat dari kau, dah mengandung, kau ni lambat betul...bla bla bla...kata2 ni sangat mengguris hati kami...tolonglah kami...jangan siksa perasaan kami dgn kata2 ni...apa kata doakan kami moga cepat dikurniakan anak, itukan lebih baek daripada mengutuk kami...

Jodoh, hidup mati, rezeki, anak itukan rahsia Allah...tapi saya takkan putus asa.tentu ada hikmahnya saya menjadi isteri terpilih yg belum bergelar ibu

Skrg ni, sy bertekad nak disiplin ambil set kesuburan shaklee...kita cantikkan dan sihatkan dalaman kita...sekiranya berjaya dgn izin allah, saya nak bantu mereka yg senasib dgn saya dan suami...Ya Allah permudahkanlah urusan kami

Sunday, December 8, 2013

9 mitos tentang penyusuan bayi

Ramai ibu mengharapkan yang ibu akan menyusukan anak 2tahun penuh tanpa campur dengan susu formula. Namun, azam tinggal berazam apabila pelbagai MITOS tentang penyusuan susu ibu yang menyukarkan si ibu...jom kita lihat...

1) MITOS - SUSU TAK CUKUP UNTUK HARI-HARI TERAWAL KELAHIRAN

FAKTA - Pada hari-hari awal kelahiran, bayi akan menghadapi masalah 'latching'. Pengeluaran kolostrum (susu yang agak pekat bewarna sedikit kekuningan-susu yang keluar dalam 3 hari di awal kelahiran) pada hari awal-awal kelahiran cukup untuk keperluan bayi

2) MITOS - IBU PERLU MEMBASUH PUTING PAYUDARA SETIAP KALI SEBELUM PENYUSUAN

FAKTA - Tidak perlu dibasuh puting payudara. ini kerana akan menyebabkan kesakitan kerana air basuhan akan menghilangkan pelembap semula jadi yang melindungi puting susu ibu

3) MITOS - MINUM AIR YANG BANYAK AKAN MENINGKATKAN PENGELUARAN SUSU

FAKTA - Memang betul. Air yang mencukupi sangat penting untuk menggantikan air yang keluar daripada badan ibu. Kekurangan air dalam badan seorang ibu akan menyebabkan tahap pengeluaran susu terganggu. Tetapi, jika anda telah minum air yang mencukupi, pertambahan kuantiti air dalam badan tidak akan membanyakkan susu. (Anda perlukan suplement bagi membanyakkan susu seperti Alfafa). Amalkan minum segelas air selepas menyusukan bayi.

4) MITOS - JUMLAH SUSU YANG KITA PAM MENJADI PETUNJUK JUMLAH SUSU YANG BADAN KITA HASILKAN

FAKTA - Pengeluaran susu menggunakan 'breastpump' tidak sebaik apa yang payudara dapat lakukan untuk proses penyusuan secara terus. Jumlah susu yang dipam juga berbeza mengikut individu. Sekiranya ibu melihat anak membesar, buang air besar atau kecil secara normal, jangan risau kalau susu yang dipam tak cukup. Badan kita lebih tahu berapa banyak susu yang diperlukan oleh bayi.

5) MITOS - SUSU AWAL KELAHIRAN DIANGGAP BASI, DAN PERLU DIBUANG
(Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit)

FAKTA -  Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi.

6) MITOS - IBU PERLU BERHENTI MENYUSUKAN SEKIRANYA DIDAPATI MENGANDUNG.

FAKTA - Tidak benar. Jangan menafikan hak si bayi apabila si ibu didapati mengandung. Bergantung kepada tahap kesanggupan dan kesihatan ibu untuk menyusukan bayi. Bincang dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan

7) MITOS - JIKA BAYI CIRIT-BIRIT ATAU MUNTAH, IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN

FAKTA - Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi, adalah susu ibu. Hentikan makanan lain buat sementara tetapi tidak susu ibu

8) MITOS - MENYUSUI MENYEBABKAN PAYUDARA KENDUR

FAKTA - Payudara kendur bukan disebabkan oleh faktor penyusuan tetapi faktor bertambahnya usia dan kehamilan

9) MITOS - PAYUDARA KECIL, SUSU SIKIT

FAKTA - Banyak atau sikit susu yang dihasilkan tidak bergantung kepada saiz payudara. Ada ibu yang mempunyai saiz payudara yang kecil namun mempunyai susu yang banyak dan sebaliknya.

sumber- MAJALAH ISIHAT DISEMBER 2013

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search