Assalamualaikum...
Setelah pemergian abu talib dan saidatina khadijah, rasulullah telah melalui 1 moment penting iaitu isra' mi'raj.
Isra' mi'raj (part 1)
Ibnu al-qayim menyebut rasulullah telah diisra'kan (diperjalankan) dgn jasadnya dr masjidil haram ke baitul maqdis dgn menunggang buraq ditemani oleh Jibril a.s. Rasulullah turun ke baitul maqdis dan mengimami sembahyang bersama para anbiya yg terdahulu.
Selepas itu, Rasulullah dimi'rajkan pd malam yg same ke lapisan langit.
Pertama: bertemu nabi Adam a.s, diperlihatkan roh2 para syuhada' di sebelah kanan, roh2 diseksa sebelah kiri
Kedua: bertemu nabi Yahya a.s dan nabi Isa a.s
Ketiga: bertemu nabi Yusuf a.s
Keempat: bertemu nabi Idris a.s
Kelima : bertemu nabi Harun a.s
Keenam : bertemu nabi Musa a.s
Ketujuh: bertemu nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim sampaikan salam kepada umat nabi Muhammad dan berpesan "syurga itu tanahnya subur tp xbyk pokok, maka tanamlah dgn tasbih, tahmid, tahlil, dan takbir."
Di setiap lapisan langit, baginda memberi salam dan mereka memperakui kenabian baginda.
Then, rasulullah dimi'rajkan ke sidratul muntaha dan dibawa ke baitul ma'mur. Dan kemudian dimi'rajkan ke hadapan Allah.
3 perkara yg Rasulullah dpt;
1)solat, drpd 50 rakaat kepada 5 rakaat setelah Rasulullah berulang alik bertemu Allah.
2) 2 ayat terakhir surah al-baqarah (boleh check tafsir masing2)
3) dpt berita drpd Allah bahawa setiap umat Muhammad yg x syirik akan masuk syurga
Baginda kemudian menyaksikan beberape perkara; tp ade khilaf dlm riwayat2 yg diceritakan, ade yg ckp ia berlaku di dunia ketika baginda bermimpi dan ade yg terjadi ketika di langit. Wallahualam. antarenye;
1) melihat malaikat maalik penjaga neraka yg tak pernah senyum
2) melihat syurga dan neraka
3) menyaksikan balasan pemakan harta anak yatim, pemakan riba, penzina etc
4) bau wangi drpd kubur masyitah
1) melihat malaikat maalik penjaga neraka yg tak pernah senyum
2) melihat syurga dan neraka
3) menyaksikan balasan pemakan harta anak yatim, pemakan riba, penzina etc
4) bau wangi drpd kubur masyitah
Kemudian baginda diturunkan dan balik ke Mekah.
Otw ke mekah tu Rasulullah ade terjumpa sesuatu dan setibanya di Kaabah, baginda telah terjumpa seseorg. Ce teke siape??????
P/s: sori sgt weekend x sempat nk post sbb terlalu bz, so arini ganti blk bg post yg panjang🙈
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen. Jangan serik untuk singgah lagi ke blog ini