hi bloggers...
biasa tak dengar blogwalking? bagi yang dah biasa dengan blog mesti tahu...bagi yang baru berjinak-jinak dengan blog, meh nak habaq mai...blogwalking ni wajib dibuat untuk bagitau orang supaya mereka singgah kat blog kita...kalau tak buat blogwalking, jadilah kita SS syok sendiri yang ada blog tapi takde pengunjung...sebelum kita nak orang lain datang blog kita, kita dulu kena pergi blog orang lain...tinggalkan kesan tapak kaki atau jejak di situ
masa saya menaip ni, saya baru blogwalking 27 blog...tinggal baki lagi 23 blog yang nak diterjah harini...misi blogwalking 50 blog sehari...banyak ke? mula-mula memang rasa banyak tapi kalau dah biasa 50 blog sehari xde hal lah...ops macam berlagak pulak...alah bisa tegal biasa orang kata...
ok post kali ni saya nak kongsikan cara nak blogwalking...
1) Cara yang paling popular, BLOGWALKING DI SHOUTBOX
Tengok kat shoutbox kita, klik pada bloggers yang tinggalkan jejak di situ...klik nama blogger pertama, tinggalkan pesanan di shoutbox nya...klik pulak 10 nama blogger yang ada dalam shoutboxnya...tinggalkan jejak di shoutbox diorang...kemudian klik nama blogger kedua dalam shoutbox kita...cuma 5 orang blog yang kita klik pada shoutbox kita, jadi dapatla total 50 blog2) Cara yang kedua, BLOGWALKING MELALUI PENCARIAN GOOGLE
Search apa-apa jua topik yang kita nak tahu, klik 10 blog yang dicadangkan oleh mr google. jangan lupa tinggalkan jejak di shoutbox mereka...cukup 10 orang, tukar pulak topik yang disearch...3) Cara yang ketiga, BLOGWALKING MELALUI BLOGLIST
Cara ni agak sesuai kerana blog-blog yang terdapat dalam bloglist biasanya blog yang aktif. Macam tadi saya singgah di blog yang popular seperti blog Lysa Faizureen Lysa ada post tentang bloglist Ogos n September...klik je blog-blog tu dan tinggalkan jejak di shoutbox mereka4) Cara yang keempat, BLOGWALKING MELALUI EXCHANGE LINK
Cuba klik dekat Exchange link anda di sini pada blog saya, di situ ada beberapa nama blogger yang dah tinggalkan link mereka, boleh klik di situ dan tinggalkan jejak di shoutbox mereka. Oh jangan lupa tinggalkan link blog awak di situ dan bagitahu di shoutbox saya yang awak dah tinggalkan link supaya saya boleh menjengah blog awak pula...cuma cara ini awak akan jumpa blog-blog yang tak aktif tapi boleh cuba5) Cara yang kelima, BLOGWALKING MELALUI COMMENT
Pergi je mana-mana post yang ada sesiapa komen, klik pada nama pengomen dan tinggalkan jejak pada shoutbox mereka...ok inilah biasanya 5 cara yang saya gunakan untuk blogwalking...selamat mencuba...selamat berkunjung...
Nice ..Mimi selalu blogwalking dengan cara no 1..Ehekk
ReplyDeletesamalah dengan saya...cara yang paling mudah
Delete