Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Showing posts with label rencana kesihatan. Show all posts
Showing posts with label rencana kesihatan. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Akibat lebih berat badan atau obes


Kalau kita tengok baby yang tembam, kita rase geram nak cubit pipi dia...nak gomol muka dia...tapi kalau baby obes, kemungkinan besar bila dia besar, dia akan kurus...bila dia makin aktif...tapi bagi obes kategori orang dewasa yang kita tahu rutin hidup kita yang jarang bersenam, jarang mengambil makanan seimbang, jarang ambil supplement...tengok gambar ni je pun dah terasa gerun...obes memberi kesan kepada banyak bahagian organ dalaman kita...cegah sebelum parah...

syikin
919352
0197905220

Friday, May 2, 2014

Buah Oren VS Jus Oren



Mana lagi BAGUS? Makan buah atau minum Jus buah?

Minuman jus buah tidak sama seperti anda makan buah terutama dari segi kandungan nutrien. Bagaimanapun ia tidak bermakna anda tidak boleh menikmati jus buah, cari jus buah dan tidak ditambah gula. saiz hidangan yang dicadangkan 1/2 atau 3/4 cawan

Perbezaan buah oren dan jus oren
Nutrien
Buah oren
Jus oren
Vitamin C
83mg
51 mg
Serat
3.1g
0,3 g
Kalsium
60 mg
16 mg
Folat
48 mg
28 mg

 sumber: Majalah I-sihat

6 mitos tentang batuk

assalamualaikum...sekarang ni musim batuk...saya pun tengah batuk ni...terbaca dalam majalah i-sihat tentang batuk...

 !) Mitos - Semua batuk terjadi disebabkan jangkitan kuman
Fakta - Tidak benar, banyak alasan kenapa kita batuk mungkin juga disebabkan virus yang umum terdapat di sekeliling  menyebabkan pneumonia serta jangkitan bakteria. Kemungkinan juga akibat masalah jantung

2) Mitos - batuk memerlukan antibiotik
Fakta - kebanyakan batuk disebabkan virus, antibiotik tidak membantu. Pengambilan antibiotik secara berlebihan menyebabkan keadaan bertambah buruk

3) Mitos - batuk yang lama pasti TBC (Tuberkulosis)
Fakta - Tidak semestinya, penyebab lain batuk adalah pneumonia, penyakit paru kronis (COPD), asma, kanser paru-paru

4) Mitos - Makan asam punca batuk
Fakta - tidak ada bukti menunjukkan makan asam punca batuk, tetapi kemungkinan makanan masam menimbulkan iritasi  ringan pada kerongkong

5) Mitos - semua ubat batuk air atau sirap menyebabkan mengantuk
Fakta - hanya ubat batuk yg mengandungi chlorpheniramine, antihistamin yang membuatkan mengantuk manakala ubat yang ada dextromethorphan tidak menyebabkan mengantuk

6) Mitos - semua ubat batuk menyebabkan ketagih
Fakta - kebanyakan ubat batuk tidak menyebabkan ketagihan

Thursday, November 28, 2013

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang, tenusu dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTINGKAH PROTEIN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN


Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health Buddy

Thursday, November 7, 2013

nutrien yang kurang diambil oleh golongan wanita


salam, semua kawan2 n bloggers sekalian...memandangkan sekarang ni saya sangat conscious tentang kesihatan saya dan orang sekeliling, saya nak share satu statistik yang dikeluarkan oleh United States of Department Agriculture (USDA) mereka menyatakan bahawa sama ada kita sedar ataupun tidak, setiap hari wanita pertengahan usia kekurangan kritikal secara purata 5 nutrient penting...5 nutrient yang dimaksudkan ialah vitamin E, kalium, kalsium, vitamin A dan magnesium...

jom kita lihat sumber2 yang kita boleh dapat nutrient ni
  1. vitamin E - biji bunga matahari (kuaci), paprika, serbuk cili, almond dan kacang Tanah
  2. kalium - bayam, pisang, yogurt, ikan salmon, kentang bakar (dengan kulit)
  3. kalsium - susu, yogurt, keju, bayam
  4. vitamin A - kentang manis (dengan kulit), lobak merah, bayam dan bijirin
  5. magnesium - sayuran berdaun hijau, almond dan kacang soya
tentu ada di kalangan kita yang bila tengok list tu, alamak sayur...ikan salmon...semua tu saya tak suka...dan saya sendiri mengaku daripada senarai di atas tidak semuanya 5 nutrient tu saya ambil dalam sehari...pilihan saya...


 

 

Sunday, October 27, 2013

Buah-buahan unggul kegemaran rakyat Malaysia

assalamualikum...
apa khabar semua rakan2 blog saya...harapnya semua sihat...dah makan buah ke hari ni?sambil saya menaip post ni saya tengah mengunyah anggur...apa buah kegemaran anda semua? semalam saya baca majalah I-Sihat, ada yang saya nak share pasal buah2an apa yang saya baca dalam majalah ni...

buah-buahan unggul bermaksud buah-buahan yang kurang dikenali dan diterima tetapi kaya dengan kesihatan unggul...ada 7 buah semuanya...
  1. ceri (51%)
  2. manggis (48%)
  3. buah naga (45%)
  4. buah pic (39%)
  5. pisang kaki (35%)
  6. avocado (34%)
  7. buah delima (31%)
Mengkagumkan ceri buah paling unggul disebabkan warna merah yang menarik, rasanya lazat dan kaya dengan antioksidan yang tinggi. Berbeza dengan manggis yang mempunyai kandungan antioksidan polifenol yang tinggi dan kandungan vitamin c, vitamin e dan karetonoid yang lebih kuat. Ia membantu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan menguatkan daya tahan melawan penyakit. kulit manggis boleh dikisar dan diminum jusnya kerana kulit manggis kaya dengan xanthone yang berpotensi menangani kanser, masalah pernafasan, menguatkan system imun dan menjaga kesihatan usus.



Dengan rasa yang manis dan rupa menarik, buah naga merah lebih popular berbanding buah naga putih. Buah pic agak mahal harganya tetapi tetap digemari disebabkan rasanya yang sedap dan biasanya dijadikan snek, smoothie atau dimakan begitu sahaja. Pisang kaki mendapat tempat kelima kerana rasanya yang unik dan manis serta rangup turut memberi khasiat kepada kesihatan. Kaya dengan antioksidan. Manakala buah avocado dan buah delima menjadi pilihan terakhir, kemungkinan besar kulitnya sukar dikupas...


Dalam banyak2 buah-buahan unggul ni, saya suka makan pisang kaki...tapi buah ni susah nak dapat...ada musim agaknya...walauapapun buah yang anda suka, kita kena makan buah dan sayur supaya kita dapat vitamin c...yang terdapat dalam buah dan sayur itu...mulai hari ni berazam nak makan buah dan sayur setiap hari...di samping ambil supplement vitamin c sebagai tambahan




tapi apa susah kalau anda tak sempat nak makan buah hari ni, telan je sebiji vit c sustaine release...khasiatnya sama macam kita makan 7biji buah oren...wow...cukup sebiji je...

SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health Buddy

Wednesday, October 23, 2013

14 penawar semulajadi yang berkesan


  1. sakit kepala (penyelesaian - pensel)  
 Apabila anda merasa tertekan atau cemas, secara tidak sengaja anda mengetap rahang dan gigi menyebabkan rasa tegang dan memicu sakit kepala...Cubalah letakkan pensel antara gigi tapi jangan gigit...akan kurang sakit kepala

2. Nafas berbau (penyelesaian - yogurt)
Kajian menunjukkan bakteria baik dalam yogurt mampu mengalahkan bakteria buruk yang menyebabkan nafas berbau


3. Kaki melecet (penyelesaian - listerine)
Penyegar nafas listerine sebenarnya mampu bertindak sebagai antiseptik terbaik...Caranya basahkan kapas dengan listerine dan sapu pada bahagian melecet 3kali sehari hingga luka kering

4. Masalah tersedu (penyelesaian - gula)
Satu sudu gula dimakan secara kering mampu menghilangkan sedu dalam masa seminit sahaja

5. Masalah tekanan darah tinggi (penyelesaian - muzik/ipod)
Kajian yang dilakukan oleh universiti florence di itali menunjukkan muzik mampu menjadi penawar tekanan darah tinggi. Cukup hanya 30 minit sehari mendengar lagu yang memberi ketenangan sambil bernafas perlahan-lahan mampu menurunkan tekanan darah


6. Masalah mabuk/mual (penyelesaian - buah zaitun/lemon)
Bahan dalam buah zaitun mampu mengeringkan mulut dan memberikan rasa lega. Menghisap lemon juga boleh atasi masalah ini

7. Masalah ekzema (penyelesaian - minyak zaitun)
 Legakan keradangan akibat ekzema dengan menggunakan minyak zaitun di kawasan yang bermasalah. Kerana minyak zaitun adalah asas kepada kebanyakan pelembap. Caranya sapukan satu sudu kecil di tempat bermasalah

8. Masalah sakit kaki (penyelesaian - bola golf atau bola tenis)
Tanggalkan kasut dan golekkan bola golf atau bola tenis di bahagian kaki yg sakit...Bagi kaki yang berdenyut golekkan botol yang berisi ais



9. masalah gigi kuning (penyelesaian - epal)







Buah-buahan dan sayur-sayuran rangup bertindak sebagai berus gigi semasa kita mengunyahnya. Epal mempunyai asid malic yang memutihkan gigi

10. Masalah kuku rapuh (penyelesaian - minyak sayuran)
Gunakan losyen sekerap mungkin sebelum tidur ataupun anda boleh cuba minyak sayuran. Untuk kesan maksimum, pakailah sarung tangan supaya minyak tersebut menembusi bahagian yang bermasalah

11. Masalah stress (penawar - pudina)
Kajian menunjukkan tidak balas 25 orang pelajar kolej mengunyah gula-gula pudina semasa memandu dalam keadaan trafik yang sesak. Keputusannya mereka mengakui kadar kebimbangan dan keletihan menurun 20%, kecewa menurun 25%manakala 30% mengakui fokus makin meningkat

12. Masalah luka ( penawar- minyak cengkih)
Minyak cengkih amat berguna untuk penyembuhan luka. Taburkan sedikit bagi mengelakkan jangkitan serius di bahagian luka. Di dalamnya terkandung eugenol yang bertindak sebagai antiseptik dan penawar kesakitan

13. Masalah jangkitan salur kencing (penawar - serbuk penaik)
Jika anda menghadapi masalah ini pada peringkat awal, solusi ini mungkin dapat membantu. Campurkan lapan auns ain yang dicampur 1/4 sudu teh serbuk penaik. Serbuk penaik menjadikan persekitaran pundi kencing lebih beralkali dan mengurangkan keupayaan bakteria untuk membiak

14. Masalah kulit kering (penawar - betik)
Kisar betik yang dicampur dengan oat dan sapukan pada tempat yang bermasalah. Biarkan selama 10 minit sebelum dilapkan dengan tuala basah. Lakukan 2kali sebulan


SUMBER MAJALAH I SIHAT



SYIKIN, Shaklee ID: 919352 | donatcoklat@gmail.com| 0197905220| |FB:Syikin Hashim       
    Page AlyaSofiya Your Health Buddy

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search