Followers

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Showing posts with label BUSINESS. Show all posts
Showing posts with label BUSINESS. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

FB MARKETING

Assalamualaikum...
Hi Bloggers...
Semoga anda berbahagia dan dipermudahkan segala urusan anda harini...

Tentu ramai di kalangan bloggers yang seorang usahawan @ usahawati...samada yang berniaga mempunyai kedai (offline) atau yang berniaga di alam maya (online)...saya salah seorang usahawati online...dan memang ada masa2nya saya jadi buntu...saya tahu online boleh menjana duit...tapi saya masih teraba2...jadi bila suami tanya nak pergi tak kelas FB Advance Marketing di Singapore, eh mestilah nak...macam orang ngantuk disorong bantal...



Monday, November 24, 2014

KELAS FROM ZERO TO HERO

Assalamualaikum...
hi bloggers...
pada hari semalam, saya telah dijemput sebagai speaker ke kelas from zero to hero...jemputan oleh leader empayar hebat kak umee suziana terasa berat untuk ditolak...bertempat di faizland seri kembangan...sesi berkongsi ilmu...sesi menyedut ilmu...sesi menyedut aura...berjumpa dengan sahabat hebat...sesi perkongsian dengan 2 master dalam susur galur kami...Master Dila Roslan dan Master Ummu Ainan...kelas dimulakan dgn solat dhuha...perkongsian...berakhir dengan jamuan pot luck...

Wednesday, October 8, 2014

Terasa nak pencen awal?

Assalamualaikum...hi bloggers...
Tadi di kantin duduk dengan semeja cikgu senior (cikgu normah) yg usianya dah hampir sebaya dengan mak saya...lagi 3 org cikgu muda termasuk saya...

Cikgu normah: penatnya keje kan sekarang ni...ikutkan hati nak je pencen...tapi bila fikir kalau tak kerja siapalah nak bagi duit...

Saya: tulah mengajar tak rase penat, tapi tugasan lain buat kita rasa penat...akak berapa tahun lagi nak pencen?

Cikgu normah: akak dah 56...ikutkan lagi 2 tahun la pencen...tengoklah larat ke tak

Sunday, September 21, 2014

MY SOHO...

Assalamualaikum...hi everybody...harini rasa nak share tentang My SOHO...bila tengok ada kawan yang share tadi, rase teringin pulak nak share my SOHO...tau ke apa tu SOHO? SOHO maksudnya shop office home office...senang kata bilik kerja kitalah...

Dalam SOHO saya, ada...
1) banner
2) Buku panduan nutrisi
3) stock on hands
4) freegifts
5) laptop 
6) flyers
7) kalendar dengan kata motivasi
8) fail yang berkaitan dgn shaklee
9) mission board

Panangan SOHO saya dari pintu masuk



1) banner
Saya duduk kt rumah kuarters, so tak bolehlah nak gantung banner kat luar rumah. Jadi saya gantunglah banner dalam rumah...kira penyambut ke SOHO saya. Tapi kalau korang duduk di rumah sendiri, takde masalah nak gantung kt luar rumah

2) buku panduan nutrisi
Saya bukan doktor. Saya seoang guru jadi bila saya terlibat dengan Shaklee, saya banyak kena belajar tentang produk, tentang penyakit...taklah tersalah suggest kepada pelanggan...penting ye kita study tentang apa yang kita jual

3) stock on hand
Aktiviti yang pling saya suka bila susun stok shaklee saya...memang boleh leka menyusun ikut set...sebelum ni saya suka susun tinggi2...snap gambar dan post kat facebook, page, insta...saya memang sedia sikit stok dalam tangan supaya bila ada yang tercari-cari senang boleh terus cod...dan saya tak buat pinjaman beribu riban untuk buat stok ni...hanya sekadar buat pusingan modal setelah pelanggan bayar...topup semula mana yang kurang...


 

4) freegift
Untuk pelanggan tersayang adalah saya sediakan freegift atas setiap pembelian...nasib2la apa yang ada masa tu... siapa tak suka dapat barang percumakan:)

5) laptop dan broadband
Wajib bagi penjual online ada dua benda ni...dan selalu juga saya update blog dan facebook saya menggunakan tab je...kata mentor shaklee saya, kita guna je apa yang kita ada...kalau nak tunggu semuanya tersedia lambatlah baru dapat mula

6) flyers
Wajib ada di SOHO saya...senang time packing untuk pelanggan, saya akan masukkn flyers...senang untuk dirujuk...setiap kali pos atau cod, make sure selitkan flyers tau, manalah tau customer nak repeat order kan


7) kalendar degan kata-kata motivasi
Senang ada dua fungsi...kalendar untuk merancang aktiviti saya, dan kata2 motivasi untuk menaikkan semula semangat bila saya down...

8) fail tentang shaklee
Maklumat tentang shaklee...maklumat tentang pelanggan...maklumat tentang produk...sumenye saya masukkan dalam fail supaya senang nak dirujuk bila2 perlu

9) mission board
Mentor saya ingatkan kita kena ada mission board...barulah kita halatuju kita nak ke mana...bila kita nak achieve sesuatu pencapaian...barulah minda kita akan mengarahkan anggota kita untuk melaksanakan apa yang dah kita rancangkan...

Rasanya itu jelah saya nak share tentang My SOHO ...semoga dapat membantu sesiapa di luar sana.

Sunday, September 14, 2014

kelas Blog dan SEO

Assalamualaikum...
Saya rasa bersemangat sangat harini, semalam dapat join kelas blog dan SEO...
(bagi yang tak tahu apa itu SEO, SEO adalah singkatan kepada SEARCH ENGINE OPTIMISATION, senang kata kaedah nak bagi blog kita popular) bagi businesswoman seperti saya, saya rasa memang perlulah kita belajar teknik ni...supaya Google senang nak detect kedai kita di online

Wednesday, June 19, 2013

dari kerja makan gaji menjadI pemilik perniagaan


Oleh: Irfan Khairi

Ramai antara kita masih bekerja makan gaji, dan merancang untuk memulakan perniagaan. Ianya sering terjadi di mana, perniagaan yang akan dimulakan adalah berkaitan dengan kerja makan gaji kini.

Ianya tidak salah, malah, ianya di syorkan oleh kerana kerja yang anda lakukan kini telah mengajar anda dengan ilmu dan pengalaman untuk memulakan perniagaan yang berkaitan. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang setiausaha, satu hari nanti mungkin anda boleh memulakan perniagaan setiausaha syarikat. Sekiranya anda
seorang guru sekolah, satu hari nanti mungkin anda boleh menubuhkan sebuah pusat tuisyen. Sekiranya anda seorang jurugambar bersama sebuah syarikat, anda juga boleh memulakan perniagaan fotografi profesional satu hari nanti.

Gunakan kerja anda kini sebagai batu loncatan untuk memulakan perniagaan. Berikut adalah 4 tips persiapan anda sekiranya anda kini bekerja makan gaji dan merancang untuk memulakan perniagaan yang berkaitan.

1: Lakukan penyelidikan
=======================
Sementara mengumpul ilmu dan pengalaman ketika kerja, pelajari mengenai industri anda. Rujuk dan lakukan penyelidikan tentang industri anda dengan membaca majalah yang berkaitan, melungsuri Internet dan juga membaca buku-buku yang berkaitan dengan industri anda.

Ilmu yang anda kumpulkan bukan sahaja akan memantapkan anda di tempat kerja, ia juga akan banyak membantu apabila anda memulakan perniagaan kelak. Sering kali terjadi, apabila ilmu anda bertambah dan pengalaman bertambah, ia menyebabkan gaji anda juga bertambah ketika kerja makan gaji!

Selidik bidang yang anda ingin ceburi sebelum anda membelanjakan apa-apa modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Penyelidikan pada masa masih bekerja adalah amat penting supaya ia menyediakan kita sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang tidak memberi pulangan yang tetap!

2: Prinsip 10/90
================
Ianya dikatakan, sekiranya anda mengambil masa 10% untuk menyelidik dan mendalami perniagaan yang bakal anda lakukan, anda akan menjimat 90% masa dan wang yang mungkin anda kehilangan ketika memulakan perniagaan!

Saya pernah bertanyakan kepada jutawan Azizi Ali, pernahkah beliau melakukan kesilapan dalam perniagaan? Jawabnya pernah! pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau memulakan kedai muzik oleh kerana minatnya dalam muzik.

Tetapi, perniagaan tersebut gagal! oleh kerana, beliau tida melakukan "homework" dalam bidang "perniagaan berbentuk muzik"

Tidak semestinya sekiranya anda mempunyai kepakaran atau minat dalam sesuatu bidang, ia adalah resepi kejayaan perniagaan tersebut. Ia hanyalah satu permulaan oleh kerana anda masih perlu mempelajari selok belok sesuatu perniagaan itu.

Luangkan 10% daripada masa anda untuk lakukan "homework" supaya anda dapat menjimat 90% masa dan modal perniagaan anda!

3: Cari masalah dan selesaikannya
=================================
Ketika bekerja makan gaji, mungkin anda ketemui beberapa masalah daripada pelanggan yang tidak dapat dipenuhi tempat kerja anda. Sering ingat apabila ingin memulakan perniagaan bahawa, "perniagaan adalah penyelesaian kepada masalah"

Pengalaman yang anda ceburi akan mendedahkan anda kepada berbagai masalah. Masalah tersebutlah yang akan menjadi satu peluang perniagaan untuk anda.

Contohnya, sekiranya anda seorang guru sekolah, mungkin anda terjumpa masalah bahawa sesetengah pelajar memerlukan cara pendekatan mengajar yang lebih unik. Anda boleh mencipta cara pendekatan mengajar tersebut dan mulakan kelas bimbingan untuk
pelajar-pelajar yang memerlukannya.

4: Bootstrap
============
Kaedah memulakan perniagaan kegemaran saya adalah bootstrap- iaitu, memulakan perniagaan kecil menggunakan wang sendiri, kemudian, perbesarkan perniagaan tersebut dengan keuntungan yang diperolehi. Anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Kerja makan gaji anda kini merupakan satu platform untuk mengumpul modal.

Apabila cukup wang, anda boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu. Ini akan memberi pengalaman kepada anda sedikit demi sedikit dalam mengembangkan perniagaan.

Mulai sekarang, lakukan simpanan khas untuk dana memulakan perniagaan anda. Wang ini adalah bertujuan khusus untuk memulakan perniagaan, dan bukan untuk simpanan peribadi. Anda perlu sentiasa berhati-hati dan mengumpul seberapa banyak ilmu perniagaan yang boleh oleh kerana, tanpa ilmu perniagaan yang betul, bukan sahaja
wang simpanan anda dari makan gaji akan rugi, tetapi juga masa yang anda telah luangkan ketika makan gaji untuk mengumpulkan wang tersebut juga akan rugi!

Hanya satu sahaja cara untuk mencapai kejayaan- iaitu mencuba. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, sekiranya anda bersedia dalam semua aspek, maka, apa kata anda cuba melibatkan diri anda dalam perniagaan.

CREDIT UMMU AINAN

saya...masih sayang untuk menjadi seorang guru...

Popular Posts

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK SEMUA MASYARAKAT

Anti – Aging
Vivix

Anti- Oxidant

Carotomax,Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Asma, Sinus (Resdung),Alergik, (Gegata), Ekzema
Alfalfa,Vitamin B Complex, Vitamin C { ( + Herbal Blend) untuk Ekzema}

Set Menyusu
Vita-Lea,Vitamin B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Kesihatan Kanak-kanak
Chewable Vita-Lea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Mealshake

Set Pantang
Vita-Lea,Vitamin B- Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP,

Set Diabetis
GLA – Complex, Vitamin C, Vivix, Zink, CoQ Health, Vitalea, ESP

Set Gout
PD, Omega Guard, Alfalfa

Set Penggiat Imun
Nutriferon, Vivix, Vit C, coQ Health

Set Darah Tinggi
Omega Guard, CoQ Health, Garlic

Kesihatan Lelaki
Vita– lea, Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Wanita Mengandung
Vita– Lea, Vitamin B- Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Rawatan Kulit
Vitamin B – Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Set Pengurusan Berat
Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix

Individu Yang Tidak Meminati Tablet atau kapsul
Mealshake, Cinch, ESP, Vivix, Nutriferon

Search