hi everybody...
yeay hari ahad, hari sirah nabi...sebelum ni saya dah kongsikan tentang korban abdullah...kira lanjutan daripada cerita sebelum ni tentang korban tak jadi...kenalah dengan kita yang dah nak raya ni...
Sebelum ni saya hanya tahu kisah nabi ismail nak dikorbankan tapi tak tahu detail ceritanya...pagi tadi terdengar dalam radio ikim tentang kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Pada suatu malam, Nabi Ibrahim bermimpi, ada suara yang menyuruhnya sembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim tidor semula dan terdengar lagi suara menyuruhnya menyembelih Nabi Ismail...kejadian mimpi ni berlaku berkali-kali.
Keesokkan harinya Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail tentang mimpinya. Nabi Ismail hanya tersenyum apabila diceritakan tentang mimpi Nabi Ibrahim. Engkau adalah buah hatiku...pengarang jantungku, mna mungkin aku sanggup menyembelihmu. Nabi Ismail berkata, wahai ayahandaku,laksanakanlah ayahanda.
Nabi Ibrahim pun membawa Nabi Ismail jauh dari kota, setibanya di suatu tempat, Nabi Ibrahim pun hendak melaksanakan sembelihan itu. Nabi Ismail berkata ayahanda, janganlah ayahanda menyembelih dengan melihatku, nescaya ayahanda tidak akan sanggup. Janganlah bajuku terkena percikan darahku, kerana bajuku adalah penawar kerinduan ibu. Ibulah yang menjagaku sepeninggalanmu dahulu. Ayahanda gunakanlah pisau yang tajam supaya aku tidak terseksa.
Nabi ibrahim pun meletakkan pisau di leher Nabi Ismail, beberapa kali dicubanya untuk menyembelih Nabi Ismail malangnya pisau itu tidak berjaya memotong...Nabi Ibrahim berkata wahai pisau, janganlah engkau menjadikan aku seorang yang derhaka...Nabi Ibrahim mencuba pada seketul batu, terbelah dua batu itu. Sekali lagi Nabi Ibrahim mencuba menyembelih tanpa melihat Nabi Ismail dan akhirnya terasa darah memancut seraya terdengar Nabi Ismail berkata...ayahanda...Nabi Ibrahim masih tak percaya masih teringat Baginda terbayang-bayang akan suara Nabi Ismail sehinggalah Nabi Ibrahim melihat sendiri Nabi Ismail telah digantikan dengan seekor kibas...percikan darah yang dirasakan tadi adalah darah kepada kibas...alangkah gembiranya hati Nabi Ibrahim kerana Nabi Ismail masih hidup
Allahu..tak jemu bila baca kisah2 nabi dan Rasul..semakin menebal rasa rindu.
ReplyDeleteBetulla pepatah kata tak kenal maka tak cinta
Delete